KISAH SEORANG GURU, ANAK MURID DAN SEBIJI EPAL | Faz Zahrin




Seorang guru bertanya kepada muridnya yang berusia tujuh tahun, " Kalau cikgu bagi awak satu biji epal, satu biji epal lagi dan satu lagi biji epal, berapa biji epalkah yang awak dapat?"

Sepantas kilat, murid itu menjawab dengan yakin, " Empat cikgu."

Guru itu kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh anak muridnya kerana dia mengharapkan jawapan yang diberikan ialah tiga.

" Mungkin dia tidak mendengar dengan baik soalan tadi," bisik guru itu.

Guru tersebut mengulangi soalan yang sama sambil meminta muridnya itu mendengar dengan teliti.

Murid tersebut yang dapat membaca kekecewaan pada raut wajah gurunya, dia pun mula mengira dengan jari. Kali ini dihitung lama-lama dengan harapan agar jawapan yang diberikan dapat membuatkan gurunya gembira, bukan bertujuan mencari jawapan yang tepat. Tanpa ragu-ragu, diulang lagi jawapan yang sama, " Empat epal, cikgu!."

Gurunya masih lagi kecewa dengan jawapan kedua yang masih lagi salah. Kemudian dia teringat , eh bukan ke anak muridnya amat gemar dengan buah strawberi. Jadi sang guru pun ubah sedikit soalan tadi.

" Kalau cikgu beri awak sebiji strawberi, dan tambah sebiji strawberi dan sebiji lagi strawberi , berapakah jumlah strawberi yang awak ada ?"

Murid tersebut mengira lagi dengan jarinya. " Tiga , cikgu!"

Kali ni jawapannya tepat. Wajah guru tersebut terus berseri-seri.

" Bagus. Tepat sekali jawapan awak tu.",

" Okay baiklah sekarang, kalau cikgu bagi awak satu biji epal,satu biji epal lagi dan satu lagi biji epal , berapakah biji epal awak dapat?"

Soalan awal diulangi lagi buat kali ketiga,namun... jawapan yang diberikan oleh anak muridnya tetap sama.

" Empat biji epal, cikgu!"

Dan kali ini guru tersebut hilang sabar. Disoalnya anak muridnya dengan marah.

" Macam mana awak boleh dapat jawapan empat pula ni?"

Dengan suara perlahan dan teragak-agak, murid tersebut menjawab,

" Sebab saya dah ada sebiji epal di dalam beg saya cikgu..."

Mungkin kita memahami sesuatu dari sudut yang berbeza tetapi jangan sesekali mendengar dengan satu tanggapan yang sudah dijangka.

Dengarlah dengan mata hati bukan mata nafsu. Contoh jika kita berbeza pendapat tak bermakna satu pihak betul dan satu pihak lagi salah . Boleh jadi kedua-dua pihak betul dan boleh juga jadi keduanya salah.

Yang penting jangan terus menghukum tanpa mengetahui dan usul periksa dahulu apa kisah sebaliknya.

Waallahualam , moga Allah ampun dosa kita semua.



Continue Reading

PAKU YANG LEKAT DI HATI | Faz Zahrin

" Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita Man ...," nasihat seorang ibu kepada anaknya.

" Man tahu itu salah ibu, Tapi Man akan cepat meminta maaf . Itu dikira satu kelebihan juga kan bu," balas si anak.

" Tetapi perbuatan kamu tu nak yang menyakitkan hati orang."

" Man rasa tidak. Selepas Man meminta maaf , segala-galanya langsai la ibu."

Si ibu berfikir. Macam mana la cara nak sedarkan anaknya daripada sifat buruk ini ?

" Kalau macam tu , kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan faham apa yang ibu maksudkan nanti ."

Tanpa membantah anaknya pun setuju.

" Begini , setiap kali kamu menyakiti hati seseorang , kamu ketuklah sebilah paku ke dinding. Kemudian, setelah kamu meminta maaf , kamu cabut la semula paku yang kamu ketuk di dinding tu!"

" Baik ibu, Man akan ikut cadangan ibu."

Selepas beberapa hari...

" Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal di dinding?," Ujar si anak dengan penuh bangga. 

" Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang Man sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan Man setelah Man meminta maaf."

" Betul...kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan , tapi sedarkah kamu Man...? "

" Maksud Ibu?"

" Cubalah kamu tengok dinding ni, semuanya sudah berlubang ,calar dan berkematu. Itulah semua hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah memaafkan, tetapi kesan perbuatan kamu itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku..."

Si anak merenung ke dinding yang berlubang-lubang itu. Dah tidak cantik lagi seperti yang asalnya. Begitulah hati-hati orang yang telah aku sakiti tanpa aku sedar.

Kadang kita rasa kita meminta maaf itu sudah pun mencukupi. Tapi ingat luka di hati lebih sukar diubati daripada luka di tangan.

Jagalah perkataan kita pada manusia lain jangan sampai melukakan hati mereka tanpa kita sedari. Dan berhati-hati dalam menulis di media sosial kita.

Waallahualam.

Continue Reading

MINDSET | Faz Zahrin



Pada suatu hari, di sebuah kedai makan, ada seorang pemuda yang baru berpindah ke kampung tersebut

Disebabkan dia orang baru, dia cuba mendekati seorang pakcik yang sedang makan di kedai itu untuk berbual-bual.

" Assalammualaikum pakcik. Nama saya Shah. Saya baru pindah sini. Cantik kampung ni. Boleh pakcik cerita sikit pasal tempat ini? Orangnya macam mana?"

Pakcik itu tersenyum dan bertanya, "kat tempat shah tinggal dulu, orangnya macam mana?"

" oh... Tempat saya tinggal dulu, orangnya teruk.. Pakcik. Suka mengumpat, mencuri, pengotor, kaki perempuan, suka cari gaduh, bla bla bla.."

Pakcik itu menggeleng perlahan dan menjawab...

" Shah...orang macam tu jugalah yang kamu akan jumpa di kampung ini. "

Keesokkan harinya, ada seorang lagi pemuda lain yang juga baru berpindah ke kampung tersebut, singgah di kedai makan yang sama.

Seperti Shah, pemuda itu juga berpeluang untuk berbual-bual dengan pakcik yang sama.

" Assalammualaikum, pakcik. Nama saya Fikri. Saya baru pindah sini. Cantik kampung ni. Boleh pakcik cerita sikit pasal tempat ini? Orangnya macam mana pakcik?

Pakcik itu tersenyum dan bertanya," Kat tempat Fikri tinggal dulu, orangnya macam mana? "

" Oh... Tempat tinggal saya dulu, orangnya baik-baik pakcik... Peramah, saling mengenali, saling bantu membantu, saling menyanyangi, saling memuji, suka senyum, bla bla bla..."

Pakcik itu tersenyum dan mengangguk perlahan, lalu menjawab...

" Fikri... Orang yang macam tu jugalah yang kamu akan jumpa di kampung ni".

🤭Haa apa yang faz nak sampaikan sebenarnya ni... Eheks.. Okey2

Dalam hidup ni kita akan lebih tertarik kepada benda yang kita FIKIR, PERCAYA dan FOKUS.

Cuba fikir positif dalam apa jua keadaan InshaAllah kita akan tertarik kepada benda yang baik dan positif dalam hidup dan akan mudah bangkit apabila ujian datang.

Fikir baik-baik, Cakap baik-baik, Buat baik, Doa baik-baik... InshaAllah perkara baik-baik sekeliling kita.

Moga Allah Reda ❤️

Dapat sesuatu tak?


Continue Reading

SIAPA ALLAH ? | Faz Zahrin




Kisah tengahari tadi, selepas bagi hasya makan..terus cakap "alhamdulillah syukur ya Allah rezeki makan yang Allah bagi.."

Tiba- tiba hasya tanya " ibu... Ibu... Siapa Allah??".

Terkejut ibu hasya umur 2 tahun 5 bulan tanya ibu soalan yang ibu tak jangka hasya akan tanya sekarang. Masyaallah.

Terus ibu datang kat hasya.. Tanya dia lagi sekali..

Ibu :" Hasya tanya ibu apa tadi??"

Hasya : " ermmm siapa Allah?? "

Hehe.. Ibu rasa bahagia teruja sebab hasya ada perasaan ingin tahu siapa Allah yang selalu dia dengar ibu abah sebut selalu.

Alhamdulillah nasib ibu dah pernah baca buku persediaan anak-anak bertanya tentang Tauhid dan Ketuhanan masa zaman belajar dulu,hehe😊

Ada la skrip nak jawab 😉

Ibu pun pegang hasya pandang dia senyum,sambil bersedia nak jawab soalan dia , ngomel dalam hati " ya Allah...moga Allah beri ilham"

Ibu: "Ooo hasya nak tahu siapa Allah ke? Okok pandai la hasya anak ibu tu"

" Hasya Ingat tak kita pernah baca buku 'Allah Cipta Saya'? "

Hasya : " tau tau."

Dia pun pergi la ke rak buku dia, terus ambil buku yang ibu sebut tadi, Hehe..

Ibu : " Hasya tahu tak, Allah SWT itu yang menciptakan segala benda di dunia ni tau dan di langit juga, Termasuk la pokok ( hehe tunjuk la pokok kat luar) , haiwan ,opah, ibu, abah dan hasya juga."

"Baik kan Allah, Allah Sayang kita tau, macam-macam Allah bagi pada kita ... Haa macam makanan ni."

"Jadi... hasya kena la jadi anak yang...??"

Hasya : " anak solehah...ibu abah opah... "hehe 😍

Alhamdulillah masyaallah Tabarakallah syukur ya Allah.

Haa.. Siapa pernah alami pengalaman macam faz?? Ni pertama kali tau, hehe yela anak baru seorang kan eheks.
Continue Reading

KADANG DIAM ITU LEBIH BAIK | Faz Zahrin




Kadang kan kita terlalu memikirkan apa yang orang lain akan fikirkan sedangkan mereka tidak langsung kisah tentang urusan kita, betul tak? Kita perasan sendiri hehe.

Teringat faz satu kisah yang faz pernah terbaca bila teringat kisah ni kadang ketawa sendiri sebab kisah ni biasa berlaku dalam kehidupan seharian kita .

Kisahnya tentang sepasang suami isteri yang akan melancong ke luar negara. Sebelum mereka bertolak ke lapangan kapal terbang, mereka akan pastikan keaadaan rumah selamat untuk ditinggalkan.

Teksi dah menunggu di luar. Ketika mereka hendak menutup pintu rumah, tiba-tiba kucing meluru masuk.

" Alamak! Sayang tunggu dalam teksi dulu. Abang nak keluarkan kucing tu," suruh si suami.

" Okey , abang pastikan kucing tu keluar tau," kata la si isteri sambil menuju ke teksi.

Sebaik duduk di dalam teksi , si isteri pun berkata , " Maaf buat pakcik tertunggu-tunggu pula."

" Eh tak mengapa."

Tapi si isteri ni tadi bimbang pakcik pemandu teksi tahu rumah mereka akan ditinggalkan dan tidak berpenghuni, maka dia membuat helah, " Suami saya uruskan ibu sekejap. Maklumlah orang tua kan."

Pakcik pemandu teksi mengangguk faham.

Kemudian, si suami bergegas keluar dari rumah terus memasuki teksi. Teksi pun bergerak menuju ke lapangan terbang.

Si isteri bertanya pada si suami, " Macam mana abang tadi?".

" Semua dah beres. Ada ke betina tu menyorok bawah katil.Abang pegang kaki dia, tarik keluar . Tapi abang pula dicakarnya. Ish geram abang dibuatnya.Apa lagi abang pun pegang dan halau ke laman belakang. Selesai!"

Pakcik pemandu teksi mendengar kata-kata lelaki tersebut terkejut besar.

Pakcik berkata dalam hati " Sampai hati mereka layan ibu mereka sebegitu sekali ."

Haa kan dan berlaku salah faham yang besar yang pada asalnya pakcik itu tidak bertanyakan apa pu n ha urusan mereka.

Kadang ada keaadaan lebih baik berdiam dari berkata yang tak benar hinggakan makan diri sendiri , setuju tak dengan faz?  😁
Continue Reading

TELUR KE AYAM ,YANG MANA DULU? | Faz Zahrin


Alkisah dua orang pemuda berdebat sesama mereka di sebuah warung kecil di tepi jalan.

Mereka sibuk berdebat tentang telur dan ayam yang mana satu wujud dulu.

" Tentulah telur ayam, barulah menetas jadi anak ayam dan seterusnya jadi ibu ayam".

" Dari mana datangnya telur kalau tiada ibu ayam? Jadi tentulah ibu ayam yang wujud dulu barulah dia bertelur ".

" Ish, tak logik! Habis tu dari mana datangnya ibu ayam tu? Mestilah dari telur juga kan?".

Datang la pakcik tua pemilik warung mencelah, niatnya hanya nak leraikan kekusutan mereka.

" Apalah yang kamu berdua bertekak ni?. Cuba tanya pakcik yang dulu makan garam ni".

Kemudian mereka pun bertanya ,

" Haa kalau macam tu, mana yang wujud dulu pakcik, telur ke ayam?".

Jawab pakcik tu, " Pakcik tak pasti juga telur atau ayam yang wujud dulu, tapi...yang pakcik pasti semuanya Allah yang wujudkan".

Terdiam dua lelaki tersebut tanpa bicara.

Yang pasti Allah sedia wujud tiada mula dan akhir. Tapi semua makhluk atas muka bumi ni ada awal dan akhirnya kerana kita ciptaanNya.

Setuju ? 🥰

Faz Zahrin
8 september 2021


Continue Reading

KISAH MERDEKA PANDEMIK COVID 19| Faz Zahrin





"Mak...nak kibar kat mana bendera ni ?"

Teringat waktu faz kecil dulu, rasa bersemangat sungguh nak sambut hari merdeka.

Mak mesti akan suruh kami adik-beradik kibarkan Jalur Gemilang di setiap penjuru rumah, meriah betul la.

Dan mesti tak sabar nak menyaksikan perbarisan Hari Kebangsaan yang meriah di Dataran Merdeka , walaupun kami hanya dapat menontonnya di televisyen sahaja, tapi perasaan teruja dan seronok tu ada.

Zaman dulu ,kita dapat lihat orang ramai teruja dan beriya-iya mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman dan kenderaan mereka kan.

Tetapi sekarang faz tengok hampir tiada atau kurang bendera dikibarkan mungkin kerana kita hidup dalam zaman pandemik COVID-19 menyebabkan ramai yang lebih sibuk memikirkan mengenai kelangsungan hidup mereka.

Tapi hikmah besar disebalik pandemik COVID-19 melanda negara kita, semakin ramai masyarakat bersatu hati merasa dan meharungi kesusahan bersama dan saling memberi kekuatan tanpa kira agama atau bangsa.

Moga Allah tetap pelihara dan jaga kita semua walau dimana pun kita berada dan dipermudahkan segala urusan kita semua.

Dan moga kita dapat merdeka dari wabak Covid 19 ini.

Faz Zahrin
31 Ogos 2021.


Continue Reading

7 Doa Elak Kemurungan ,Sedih dan Hati Gelisah | Faz Zahrin


Assalammualaikum sahabat yang Allah Rahmati dan sayangi.

Percaya atau tidak! Jika kita banyak sangat berfikir, kita sedang “makan” diri kita sendiri. Kita mamah dan kunyah setiap isi daging dan otak di kepala. Sebab itu kita sakit, kita murung dan kita bersedih.

Boleh jadi kita mudah penat dan sentiasa gelisah. Ini kerana longgarnya kebergantungan kita kepada Allah.

Ada 7 Doa yang kalian boleh guna untuk kita lepasi semua ini. Ingat, letak dalam kepala lepas berdoa terus bangun dan terus buat kerja. Elakkan duduk sendirian dan termenung panjang.

Ini doa-doanya:

🕋 Doa 1.

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث

(Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.)

Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.

– Hadis Riwayat Tirmidzi

🕋 Doa 2.

اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ

(Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaatatil a’daa’.)

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh

– Sahih Bukhari

🕋 Doa 3.

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ

(Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.)

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

– Sahih Bukhari

🕋 Doa 4.

اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا

(Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla)

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.”

– Sahih Ibnu Hibban

🕋 Doa 5.

لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ

(Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin.)

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

– Surah Al-Anbiya’ Ayat 87

🕋 Doa 6.

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

(Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli)

Maksudnya: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.

– Surah Taha Ayat 25-28

🕋 Doa 7.

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

(Hasbunallah wanikmal wakil)

Maksudnya: Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami

– Surah Al-Imran Ayat 173

****

Amalkan kawan-kawan, kita adalah jiwa dan tubuh yang kawal diri sendiri. Kita kuatkan semuanya sendiri untuk tempuh berbagai lagi ujian di hadapan.

Ujian hebat untuk orang hebat.

Begitulah.


Sama-sama kita kuatkan diri. Bismillah.

Perkongsian ilmu dari Khairul Hakimin Muhammad
Continue Reading

Nabi Yunus Terlockdown Dalam Perut Ikan Nun | Faz Zahrin


Assalammualaikum semua sahabat yang Allah rahmati dan sayangi 🥰

Jom semua amalkan doa nabi yunus ketika kita dalam kesulitan .

Ni doa Nabi Yunus ketika terlockdown di dalam perut ikan nun selama empat puluh hari.

لَّآ اِلٰهَ اِلَّآ اَنْتَ سُبْحٰنَكَ اِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظّٰلِمِيْنَۚ

Maksudnya: "Tidak ada Tuhan selain Engkau, Mahasuci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim".
(Al Anbiya: 87).


Continue Reading

10 TIPS MENDIDIK ANAK MUDAH UCAPKAN MAAF DAN BERTERIMA KASIH | Faz Zahrin


Hasya: " Terima kasih ibu abah belikan hasya buku, hasya sukaaaa "

Ibu: " Alhamdulillah, terima kasih hasya sebab suka, hasya seronok ibu lagi seronok tau. Okey kalau dapat hadiah ke orang bagi sesuatu kita kena cakap apa? Ahamdulillah kan, haa cakap terima kasih Allah bagi hasya buku"

Hasya: " Alhamdulillah terima kasih Allah, sayang Allah."

Nabi Muhamad SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Jika kita tidak tahu berterima kasih terhadap manusia, maka kita juga tidak akan tahu berterima kasih terhadap Allah.”



Didik anak dengan kita sebagai ibu ayah menjadi contoh dan teladan kepada mereka. Apabila kita sendiri sebagai ibu ayah sentiasa mengucapkan terima kasih dan meminta maaf, insyaAllah mudah anak-anak akan ikut dengan sendirinya, tanpa kita perlu bersusah payah.

Tetapi ingat setiap proses mendidik dan membentuk anak-anak perlu kesabaran yang tinggi. Dan mohonlah kesabaran dan kerendahan hati pada Allah SWT. Sebab dalam kita mendidik anak tanpa sedar kita mendidik dan membentuk diri kita sendiri .

Jom faz kongsikan antara tips mudah ibu ayah boleh praktikkan pada anak-anak.

10 TIPS MENDIDIK ANAK MUDAH MENGUCAPKAN MAAF DAN BERTERIMA KASIH

1. Tugas mengenalkan Allah adalah tugas hakiki ibu ayah sejak dari anak dalam perut. Jangan melepaskan tanggungjawab ini kepada guru di sekolah semata.

2 .Proses mengenal kalimah Allah bermula dari anak itu dalam rahim ibu dan juga lahirnya anak kita ke dunia apabila si ayah melaungkan azan atau iqamah ke telinga anak.

3. Ibu ayah perlu bersedia dengan dua perkara sebelum mengenalkan Allah kepada anak iaitu perlunya ada ilmu dan menjadi model terbaik.

4. Gunakan analogi mudah bagi memahamkan konsep ketuhanan kepada anak. Sebab akal anak kecil masih lemah dalam memahami persoalan ghaib ( yang tak nampak oleh pancaindera)

5. Proses pembelajaran anak berusia 3 – 6 tahun masih dalam lingkungan logik deria mereka. Ini antara punca ibu ayah gagal menerangkan ‘siapa itu Allah' kepada anak-anak.

6. Jangan pernah samakan Zat Allah dengan sesuatu yang boleh dilihat, didengar, dan dirasa akan menyebabkan anak keliru.

7. Kenalkan dahulu anak dengan sifat 20 Allah bagi menerangkan lebih jelas bahawa zat Allah berbeza dengan sifat fizikal dan kemampuan manusia.

8 Bercerita kisah-kisah Al-Quran pada anak bagi mereka faham dengan lebih jelas siapa Allah.

9. Ajarkan anak ucapan maaf dan terima kasih seawal umur anak kecil . Ucapan maaf dan terima kasih kepada manusia berkait rapat dengan konsep taubat dan syukur kepada Allah.

10.Sentiasa berdoa dan memohon pada Allah semoga dikurniakan hati yang terang, kefahaman yang tinggi, usaha yang istiqamah dan semangat yang kuat sepanjang proses mengenalkan anak-anak kepada Pencipta.

Ibu ayah boleh amalkan doa dalam surah Ali-Imran ayat 200. Doa moga anak lembut hati dan tidak degil sambil tiup di ubun-ubun kepala anak. 

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اصْبِرُوْا وَصَابِرُوْا وَرَابِطُوْاۗ وَاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ 

" Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung. "                   

Moga bermanfaat untuk semua sahabat faz yang Allah sayang .

Continue Reading

3 SEBAB UTAMA VITAMIN C PENTING UNTUK KECANTIKAN KULIT




Vitamin C perlu ke kita ambil, dan kenapa vitamin C penting untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik?

Vitamin c adalah sejenis vitamin yang anti-oksida yang melindungi kulit kita.Sebab badan manusia tak boleh nak hasilkan vitamin c sendiri. 

Oleh itu, penting untuk kita cukupkan vitamin c dalam badan dengan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dengan kandungan vitamin c dalam kehidupan seharian kita.

Selain itu, kita juga boleh mengambil vitamin c dengan suplemen kesihatan secara oral dan juga yang telah diluluskan oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

Jadi faz nak kongsikan 3 sebab utama perlunya pengambilan vitamin C dalam membantu untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik.

3 Fungsi utama vitamin c untuk kulit;
  1.  Membantu kulit wajah kelihatan muda daripada umur ( awet muda).
  2. Untuk melindungi kulit daripada cahaya matahari , sinaran uv dan juga toksin.
  3. Untuk kurangkan pigmentasi dan kurangkan parut pada wajah.
Vitamin c yang cukup dapat melindungi kulit daripada kerosakan disebabkan oleh tertedah dengan cahaya matahari dan sinaran ultra violet. 

Sebab bila kulit tertedah dengan sinaran uv yang kuat menyebabkan kulit terbakar(surnburn) jadi vitamin c mampu melindungi kulit dan memulih sel kulit dengan lebih cepat.

Vitamin c juga berfungsi menghasilkan dan merangsang penghasilan kolagen dalam kulit. Bila penghasilan kolagen banyak, kulit akan tampak lebih lembab, segar dan awet muda.

Disamping itu, vitamin c membantu mengurangkan pigmentasi. Dimana dalam kulit kita ada satu sel ' Melanocytes', dan fungsinya adalah untuk keluarkan warna. 

Kadang kalau perasan, kulit kita ada jerawat atau ada trauma , jadi sel 'Melanocytes' akan keluarkan warna yang gelap pada kulit wajah kita. Jadi vitamin c membantu mengurangkan pengeluaran melamin daripada Melanocytes pada wajah. Maksudnya vitamin c membantu mengurangkan pigmentasi pada kulit.

Disamping itu, vitamin c juga membantu masalah kulit kering yang kritikal dan dan juga membantu mereka yang ada masalah ekzema. Kerana kulit mereka ini mempunyai masalah dengan 'Ceramide'.Dimana kulit mereka kurang mengeluarkan 'Ceramide' dan vitamin C membantu meningkatkan  pengeluaran 'Ceramide'.

Eh faz, 'Ceramide' tu apa ke benda pula? Hehe maaf semua, banyak sangat perkataan baru ye.Jangan risau, faz terangkan.

Apa tu ceramide?
Ceramide merupakan lemak yang terhasil secara semula jadi pada lapisan kulit atas. Kulit mengandungi lebih daripada 50 peratus ceramide dan merupakan komponen utama dalam komposisi kulit. Oleh itu, ceramide mempunyai peranan penting kepada kulit wajah dengan mengawal respon kulit daripada ancaman persekitaran.

Ceramide merupakan bahan anti-penuaan yang kuat, ianya lebih kuat berbanding retinol, niacinamide dan peptide. Retinol, niacinamide dan peptide merupakan bahan yang bertindak untuk menyokong sifat kulit supaya menjadi  dinamik.

Penghasilan ceramide akan berkurangan akibat faktor usia serta kerosakan kulit akibat cahaya matahari. Kekurangan ceramide dalam kulit wajah akan melemahkan barrier kulit kita. Jadi sebab itu penting pengambilan vitamin C dalam membantu tingkatkan penghasilan 'Ceramide'.

Haa penting kan vitamin c untuk kecantikan dan kesihatan kulit wajah kita.

Eh semua kesayangan faz, dah ada vitamin c pilihan di hati?



Continue Reading

JATUH CINTA DENGAN YOUTH SKINCARE | Faz Zahrin





Jom baca kisah cinta faz dan Youth Skincare. Sebenarnya sebelum cuba pencuci muka Youth ini dah bermacam-macam jenama faz pernah cuba dah tau. 

Jadi  faz nak berkongsi kisah bagaimana faz jatuh cinta dengan penjagaan kulit Youth. 

Pada suatu hari yang indah, angin sepoi-sepoi bahasa termenung faz di depan cermin membelek muka faz yang semakin hari semakin teruk kulit mengelupas dan kering. 

Eh dah macam nak tulis cerita novel la plak kan eheks.

Eh tapi betul tau, faz asik belek muka sedih sebab ramai yang cakap kulit muka faz semakin kusam macam orang sakit. Siapa tak sedih kan?

Faz dah lama dengar tentang  penjagaan kulit Youth ni tapi masih berfikir untuk cuba sebab risau kalau masih juga tak sesuai untuk kulit wajah faz yang sensitif teramat ni.

Tapi faz beranikan diri ambil keputusan untuk cuba dengan pencuci muka Youth Luminous Gel Oil Cleanser.

MasyaAllah selepas seminggu faz cuba, dah nampak perubahan pada kulit wajah faz. Kulit kering mengelupas dah kurang dan paling buat faz jatuh cinta, tak sangka pencuci muka Youth ni dapat melembabkan kulit.

Sekarang  dah tube ke 3 pencuci muka Youth faz gunakan. Yela cuba bayangkan 1 tube  tu faz boleh guna sampai 4 ke 6 bulan juga tau tapi sebab encik suami pun curi-curi guna pencuci muka kita.

Jadi 1 tube pencuci muka Youth tahan 3 ke 4 bulan jadinya hehe. Takpe la sayang punya pasal faz kasi chance la, suami pun nak kulit licin juga kan takkan kita je eheks.

Nak cerita la dekat korang, Sebenarnya kan kulit faz ini memang 'super dry skin' dan sensitif. Tetapi selepas faz konsisten dengan set penjagaan kulit Youth, kulit semakin lembab dan tak kusam dah. 

Pertama sekali apa yang faz buat, mencuci muka menggunakan formula 60 saat. Haa korang yang tak pernah cuba tu, baik korang cuba tau!Bagus sangat dapat melancarkan aliran darah di wajah kita. Alaa bermanja la dengan kulit kita tuh.

Selepas tu, faz akan pastikan sehari pakai toner 2 kali. Sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam selepas mencuci muka. Sebab toner ini dapat membantu untuk beri 'soothing' kulit kita.

Dan yang bagusnya  Toner Youth ini pertama kali faz cuba, kulit tak rasa pedih langsung tau memang berbeza dengan jenama yang faz pernah cuba dulu, segar dan lembab je kulit. Percaya lah korang cuba nanti korang akan obses dengan kondisi kulit sendiri hehe. 

Faz cakap ni sebab pengalaman faz sendiri dah rasa dah perasaan tu,haha. Suami dan anak faz sendiri suka sentuh kulit muka faz tau. 

Hasya: " Ibu... lembut je kulit ibu macam hasya kan".

Faz apa lagi, uishhh berbunga-bunga dengar walaupun anak sendiri cakap. Tapi budak kecil tak pandai menipu kan hehe.

Jadi, kesayangan faz semua, faz nak kongsi sangat pengalaman faz sendiri yang pernah mengalami masalah kulit kering dan sensitif yang teruk. Sampaikan satu tahap faz rasa rendah diri dan murung dengan kondisi kulit muka faz tau.

Sebab tu faz nak juga kawan-kawan yang ada masalah macam faz cuba sendiri dan rasa perubahan kulit korang sendiri.

Lagi satu guru faz  pernah pesan, benda baik kena kongsi kalau tak jatuh dosa tau. Tak nak la faz kena soal akhirat nanti sebab faz tak sampaikan benda baik dan bermanfaat yang boleh bantu ramai orang kan.

Korang yang ada masalah kulit kering kritikal dan sensitif macam faz tak salah untuk mencuba kan. InshaAllah percayalah, ianya sangat berbaloi.

Dan ada set penjagaan kulit yang terbaik adalah salah satu cara kita beri ganjaran pada diri kita sendiri tau.

Sayang diri dan sayang kulit wajah kita.
Continue Reading

Almarhumah Siti Sarah Raisuddin Pengakhiran Yang Dicemburui| Faz Zahrin




Kematian itu pasti bagi setiap mereka yang hidup di atas dunia ini. Allah SWT menjadikan kehidupan dan kematian untuk menguji siapakah dalam kalangan kita yang paling baik amalannya, seperti yang Allah sebut dalam surat cintanya pada kita,

Maksudnya : " Dia lah yang mentakdirkan adanya hidup dan mati ( kamu), untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun ( bagi orang-orang yang bertaubat).

Al-Quran Surah Al-Mulk ayat 2.

Seperti yang kita tahu, Allahu akhbar berita yang sangat sedih untuk semua rakyat Malaysia dimana Siti Sarah binti Raisuddin isteri kepada Shuib Sepahtu meninggal dunia pada tanggal 9 Ogos 2021, pada pukul 5.13 minit pagi disebabkan wabak covid 19.

Gugur dosanya, perginya setelah melahirkan ummat Nabi Muhammad SAW. Dan suaminya Shuib, reda dengan pemergian isterinya dengan menggelarnya  'Bidadari Saya'. Almarhum Siti Sarah benar-benar insan terpilih oleh Allah SWT. Meninggal dalam Husnul Khotimah adalah hadiah teragung dari Allah SWT. Syurga tempat baginya dengan rahmat Allah, setelah dia berpenat di dunia.

Disebut segala kebaikannya di atas dunia setelah kematiannya itu adalah salah satu tanda seseorang itu meninggal dalam husnul khotimah. Allahuakhbar mati syahid,kematian yang dicemburui oleh ramai umat manusia.

Bagaimanakah kita nak tahu sesuatu kematian itu dalam husnul khotimah?

Jadi tergerak hati faz nak berkongsi dengan kesayangan faz semua sedikit ilmu tentang tanda-tanda meninggal dunia dalam husnul khotimah berdasarkan dalil hadis riwayat Abu Daud, Rasulullah SAW bersabda;

Antara tanda-tanda husnul khotimah;

Pertama, sempat melafazkan kalimah syahadah sebelum dia meninggal dunia. 

Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, bahawa Rasulullah SAW bersabda;

Maksudnya: " Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’, nescaya dia akan memasuki syurga. " ( Riwayat Abu Daud)

Kedua, meninggal pada hari atau malam jumaat.

Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah Ibn 'Amru, bahawa Rasulullah SAW bersabda;

Maksudnya: " Tidak ada orang Islam yang meninggal dunia lada hari atau malam Jumaat kecuali Allah SWT akan melindunginya daripada fitnah kubur." ( Riwayat Al- Tirmidzi)

Ketiga, Meninggal dunia dalam keadaan berpeluh di dahinya.

Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam al - Tirmidzi bahawa Rasulullah SAW bersabda;

Maksudnya: " Tanda kematian bagi seseorang mukmin ialah dengan berpeluh dahinya." ( Riwayat Al- Tirmidzi)

Keempat, Diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah SWT ,beramal soleh sebelum dia meninggal dunia.

Berdasarkan hadith Rasulullah SAW bersabda;  

Maksudnya: Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat RAnhum bertanya, “Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?”. Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya." ( Riwayat Al- Tirmidzi)

Kelima, dia berasa gembir dan senang hati untuk bertemu dengan Allah SWT.

Berdasarkan hadith diriwayatkan oleh Anas Bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda;

Maksudnya:" Barangsiapa gembira bertemu dengan Allah, maka Allah gembira bertemu dengannya. Dan barangsiapa merasa berat bertemu dengan Allah, maka Allah juga merasa berat untuk bertemu dengannya." (Riwayat Muslim)

Keenam, meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan perut.

Maksudnya: "Barangsiapa yang mati akibat daripada penyakit berkaitan perut, maka dia mati dalam keadaan syahid." (Riwayat Muslim)

Ketujuh, meninggal dunia dalam keadaan lemas tenggelam , jatuh bangunan dan syahid di jalan Allah SWt.

Maksudnya:" Orang yang mati syahid itu ada lima iaitu orang yang meninggal kerana penyakit tha’un, sakit perut, tenggelam, orang yang jatuh daripada bangunan atau tebing dan syahid di jalan Allah." ( Riwayat al-Bukhari)

Kelapan, meninggal dunia dalam keadaan melahirkan anak.

Maksudnya: "Seorang muslim yang terbunuh dikira sebagai seorang syahid, kematian akibat wabak taun juga dikira sebagai syahid, kematian karena sakit perut, mati lemas dan seorang wanita yang meninggal dunia kerana melahirkan anaknya dikira sebagai syahid." (Riwayat Ibn Kathir)

Kesembilan,meninggal dunia kerana mempertahankan harta dan maruah dirinya.

Maksudnya: "Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, bagaimana kalau ada seseorang yang hendak mengambil hartaku?” Baginda SAW bersabda, “Jangan engkau berikan hartamu!”. “Bagaimana kalau dia melawanku?”. Baginda SAW bersabda; “Lawanlah dia!”. “Bagaimana kalau dia membunuhku?” Baginda SAW bersabda; “Engkau syahid”. “Bagaimana kalau aku yang membunuhnya?” Baginda SAW bersabda: “Dia di neraka!” ".( Riwayat Muslim)

Kesepuluh, meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan soleh.

Maksudnya: "Barangsiapa yang mengucap ‘Laa ilaaha illallah’ ikhlas kerana mencari keredhaan dia Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yang berpuasa pada suatu hari kerana ingin mencari keredhaan Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yang bersedekah ikhlas kerana Allah SWT kemudian dia meninggal dunia, maka dia akan masuk Syurga" ( Riwayat Ahmad)

Bagaimana pula dengan pengakhiran kita semua? Risau dan takut fikir bagaimana pula takdir kita di akhir hayat kita nanti.

Jadi, faz nak ajak semua jom kita sama-sama amalkan doa ini dalam setiap waktu solat dan sujud kita.

Bismillahirahmanirrahim,

" Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan husnul khotimah dan janganlah Engkau matikan kami dalam keadaan su'ul khotimah. " 

Ameen ya mujeeb , Wallahualam.


Continue Reading

10B KUNCI JIWA TENANG| Faz Zahrin


Assalammualaikum kesayangan. Faz nak kongsi '10B' kunci untuk dapatkan jiwa tenang dan bahagia.

Haaa apa '10B tu? Meh faz kongsikan beberapa tips yang faz sendiri lakukan untuk tangani tekanan emosi dan stress.

1. BERTENANG

Cuba bawa bertenang sekiranya kita berasa tertekan. Jika kita sedang berdiri cuba untuk duduk, jika kita sedang duduk cuba untuk baring.

2. BERNAFAS SECARA FITRAH

Pernafasan melalui abdomen adalah cara yang terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam dan mengucapkan Alhamdulillah.

3. BERKATA PADA DIRI KATA-KATA POSITIF

Berkata pada diri 'relakslah'. It's ok it's normal... Letak tangan pada dada, cakap " Alhamdulillah syukur, aku baik, aku okey, aku tenang, aku bahagia..." Berulang kali cakap pada diri.

4. BERIBADAT

Berzikir, beristighfar, berselawat...ambil wudu' solat sunat minta Allah tenangkan jiwa yang tengah kacau. Baca Qur’an, paling best kalau Qur’an 'tagging' tu, kita boleh belek surat cinta Allah yang kena pada kita ketika itu. Percayalah ketika tu rasa seperti Allah sedangkan bercakap dengan kita.

5. BERCAKAP DENGAN SESEORANG

Perasaan kita perlu diluahkan dan tak patut dipendamkan. Dan carilah seseorang yang kita percayai. Carilah ahli keluarga atau kawan-kawan yang kita percaya. Bila kita luahkan sangat-sangat membantu melegakan tekanan emosi kita.

6. BERURUT

Bila kita dalam keadaan tertekan dan stress , otot-otot dibahu kita akan tegang. Jadi jika ada pasangan, bantu mereka dengan urut di bahagian leher, bahu dan juga di bahagian kaki. Sangat-sangat membantu lancarkan perjalanan darah dalam badan dan kurangkan stres kita.

7. BEREHAT DAN MENDENGAR MUZIK

Berehat sambil dengar muzik yang lembut, tenangkan hati dengan muzik dan lagu yang kita suka atau pasang alunan zikir terapi di telinga kita. Faz ada beli lampu tidur yang siap boleh pasang alunan ayat al-Quran.

8.BERIADAH DAN BERSENAM

Beriadah ni sangat-sangat memberi kesan yang positif pada diri. Faz suka berenang dari zaman belajar lagi sampai sekarang ni. Kalau tak dapat berenang, boleh berjalan waktu petang ambil udara segar. Terperap dalam rumah sahaja memang sedikit sebanyak memberi tekanan pada diri. Cuba untuk keluar ambil angin walaupun sekejap.

9. BERFIKIRAN POSITIF

Ubah cara berfikir. Elakkan fikiran negatif. Cara faz dengan mulakan hari dengan dengar perkara positif, ilmu-ilmu yang positif contohnya seperti setiap pagi cuba dengar '7 am Club Prof Muhaya', kemudian pasang selawat tafrijiah atau zikir tenangkan jiwa. Masyaallah feeling dia best sebab 'positive vibe' pada diri tu buat kita mudah untuk lawan 'negative vibe' yang datang. InshaAllah

10.BERSYUKUR

Sentiasa ucapkan syukur pada Allah. Syukur dengan apa yang ada pada kita bukan melihat apa yang ada pada orang lain. Sentiasa bersyukur walaupun sekecil-kecil perkara. Bila kita bersyukur, hati kita tenang bahagia.

Pandanglah dengan mata hati bukan dengan mata nafsu. Memaafkan orang dan cintai Allah, sayangi diri dan kita akan menyayangi orang lain tanpa syarat dan balasan.

Moga bermanfaat kesayangan faz semua.


Continue Reading

VITAMIN C BERTEKNOLOGI SUSTAINED RELEASE PILIHAN TERBAIK| Faz Zahrin





Apa itu Sustained Release? Kenapa perlunya ada teknologi 'Sustained Release '?

Haa korang tahu tak ? badan kita ni hanya mampu serap 100-200mg Vitamin C saja untuk satu-satu masa tau.

Sesetengah haiwan berkeupayaan menghasilkan vitamin C tetapi manusia perlu mendapatkan vitamin ini daripada makanan atau suplemen kesihatan yang diambil secara oral.

Kalau kita ambil 1,000mg atau 10000mg sehari pun, jika tiada fungsi "sustained release" ni, nutrisi dari vitamin c yang akan diserap oleh badan cuma 100mg sahaja.

Baki 900mg selebihnya akan keluar semula daripada badan kita. Dan Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air yang tidak boleh disimpan dalam jumlah yang besar dalam badan  kita. Sebab itu, sebarang lebihan akan dikumuh melalui air kencing. Rugi dan membazir, betul tak?

Jadi sangat penting bagi kita pilih dan mencari Vitamin C yang ada teknologi 'sustained release', supaya badan kita akan menyerap nutrisi daripada vitamin c tersebut secara optima.




Yang bagusnya Vitamin C Shaklee adalah vitamin c yang pertama di Malaysia mempunyai sistem 'sustained release'. Dimana berlakunya pelepasan vitamin C secara berperingkat dengan cara semulajadi di dalam badan manusia.

Setiap 1 tablet ada 500mg vitamin C. 100mg akan di lepaskan 1 jam demi 1 jam.Jadi selepas 5 jam, badan kita akan dapat kesemua dos 500 mg tu dengan baik.

Dan untuk pengetahuan semua, pengambilan dos vitamin c yang disarankan oleh KKM ( Kementerian Kesihatan Malaysia) adalah tidak lebih dari 2000mg sehari untuk mereka yang dewasa.

Jadi dah tahu sekarang pilihan Vitamin C yang terbaik untuk diri dan keluarga?

Hubungi team BeautologyHQ untuk dapatkan vitamin c Sustained Release dengan harga jimat!

Continue Reading

RESEPI HONEY BUTTER BISCUIT ALA TEXAS CHICKEN | Faz Zahrin

Selamat kembali ke rancangan 'faz's kitchen' cheyy wah hehe. Sekali sekala berangan ada program masakan sendiri. Alaa bagi la faz peluang berangan, hehe berangan tu kan percuma je.

Siapa setuju dengan faz, kita dalam zaman pendemik sekarang ni ramai yang terperuk  je dalam rumah, dah la tak boleh nak kemana-mana. 

Jadi mula la termenung pandang ke tingkap rumah ,keluar macam-macam idea nak masak itu ini, haa betul tak?

Jadi faz nak kongsi la dengan korang resepi honey butter biskut ala texas chicken tuh, tapi yang kita buat kat rumah ni lagi sedap dan jimat tau.

Sesiapa yang kat rumah tak dapat nak keluar tiba-tiba tekak tu teringin nak makan biskut honey butter texas chicken tu. Takpe jangan sedih meh apa kata kita cuba buat sendiri di rumah, Sangat mudah dan sedap inshaAllah.

Jom faz kongsikan bahan-bahannya;

2 cawan Tepung gandum
2 sudu besar gula
4 sudu kecil baking powder
5 sudu kecil Buttercup. (Kita masukkan dalam tepung tu sampai jadi macam bread crumbs tu)
2 sudu kecil cuka ( ni bahan wajib untuk bagi biskut tu betul-betul rasa macam biskut texas chicken)
Susu segar kotak dalam 1/2 cawan. (Masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit untuk kita tengok sama ada adunan tu tidak lembik dan tidak keras)

Cara- caranya;

Pertama sekali gaul kesemua bahan di atas sehingga sebati. Selepas itu, gunakan sudu untuk letakkan adunan tadi di atas loyang. Tidak perlu untuk bentukkan bulat ke apa terus gunakan sudu dan letak . Kemudiam, susun dalam loyang dan boleh bakar di dalam ketuhar dengan suhu 200 darjah bakar selama 22 minit.

Okey sementara menunggu biskut tadi bakar, korang sempat je cairkan butter dalam 5 sudu besar dan madu dalam 2 sudu besar dan cairkan dalam kuali. Dah siap kita ketepikan dahulu.

Bila biskut di dalam ketuhar tadi tinggal dalam 5 minit lagi nak siap. Korang boleh keluarkan biskut sebentar dan sapukan bahan (butter dan madu ) di atas biskut tadi

Selepas itu, masukkan semula biskut ke dalam ketuhat dan sambung bakar dalam 2 minit lagi. Selepas siap, sapu lagi sekali untuk langkah terakhir supaya biskut kita tadi cantik berkilat dan manis madu meresap ke dalam biskut tu tadi.

Alhamdulillah siap, mudah je kan. Korang kalau dah pandai siap boleh jual tau biskut ni hehe.







Selamat mencuba kesayangan faz semua. InshaAllah tak rugi cuba, sebab ramai kawan-kawan faz dah cuba dan berjaya tau.

Pesanan ikhlas kasih sayang dari faz : Pastikan korang makan panas-panas tau memang layan eheks jangan lupa buat lebih bagi jiran depan kiri kanan ye.
Continue Reading

Resepi Bebola Keledek Chewy Cameron Highlands | Faz Zahrin



Haaa siapa tahu bebola keledek chewy Cameron Highlands??

Alaa.. Yang popular selalu ada jual di pasar malam Cameron Highlands tu? Ni memang kesukaan faz tau. Setiap kali kami kalau pergi Cameron Highlands memang wajib beli la.Hehe sampaikan hasya terjebak ikut ibu dia suka sangat eheks.

Jadi faz nak kongsi dengan korang la resepinya. Sebab sangat mudah,boleh buat sendiri je kat rumah tau, dah tak payah nak tunggu pergi Cameron Highlands baru nak merasa.

Mudah yakmat resepi dia tau..

Selamat mencuba korang 😍

Anak-anak suka makan ni sebab tak manis sangat dan tekstur dia chewy-chewy gitu, best bila digigit hehe.

Okey resepi ni sesuai untuk tiga ke empat orang makan,inshaAllah.

Jom kita tengok apa bahan-bahannya;

1. Semangkuk ubi keledek (purple/oren)
2. Dua sudu besar gula. Gula boleh ditambah ikut kesukaan manis. Cuma jangan terlalu banyak, nanti ubi keras pula.
3. Tepung Ubi
4. Secubit garam
5. Minyak utk menggoreng

Cara-caranya:

Pertama sekali mestila kena rebus dahulu ubi keledek tadi sehingga menjadi empuk.

Kemudian, kita toskan air rebusan dan tunggu ubi keledek sedikit sejuk. Yela takkan nak terus gaul pula, habis lecur tangan nanti.

Selepas itu, boleh masukkan gula dan secubit garam dan kemudian lenyekkan bersama ubi.

Seterusnya, masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit dalam anggaran tiga sudu besar.

Pastikan doh tu cukup lembut dan tidak melekat di mangkuk kita. Tepung ubi juga boleh ikut kesukaan, boleh lebihkan sedikit jika suka rasa chewy-chewy tuh. Dan langkah terakhir, kita bulatkan doh tadi menjadi bebola ubi.

Sementara tu, panaskan minyak terlebih dahulu, kemudian kecilkan api pada sederhana besar, masukkan bebola ubi tadi. Kerapkan mengacau supaya ubi dimasak dengan rata. Siap!

Apa lagi, boleh la makan bebola keledek chewy sambil menonton movie kat netflix tuh memang layan...

Selamat mencuba semua kesayangan❤️

Continue Reading

10 Perkara Rutin Wanita Berkulit Cantik | Faz Zahrin


Siapa geng dengan Faz yang suka sangat tengok kulit retis korea tuh, kalau la korang juga peminat rancangan realiti korea atau program kecantikan, haa tahu la cantik dan bersih kulit diorang tu macam mana. Uish cemburu kan eheks.

Tapi nak dapatkan kulit cantik dan bersih perlukan usaha ya kawan-kawan semua. Segelintir sahaja yang memang Allah SWT anugerahkan dilahirkan dengan kulit yang tidak banyak masalah.

Percaya atau tidak, lelaki atau perempuan sama sahaja berimpian kulit wajah yang bersih, sihat dan cantik. Sebab bahagian wajah adalah perkara yang pertama kita akan lihat pada seseorang, setuju tak?

Jadi faz baik hati tau nak kita semua cantik sama-sama tak nak la kedekut simpan rahsia kulit cantik ni sorang-sorang.

Haa ada 10 perkara yang selalu wanita yang berkulit cantik macam retis korea tuh akan lakukan secara konsisten. Nak tahu tak apa 10 perkara tu?

Apa? Nak tahu nak tahu...

Eh-eh okey sabar semua hehe. Faz nak kongsi la ni, tahu kita semua sukakan kecantikkan.

Nah faz kasi 10 perkara tuh, hadam semua betul-betul okey 😊

1. Mereka tidak akan pernah masuk tidur tanpa membersihkan kulit wajah mereka dahulu.

2. Mereka akan pastikan untuk kekal hidrasi dari pagi hingga ke malam supaya kulit mereka kekal lembab.

3. Mereka akan ambil tahu bahan penjagaan kulit (skincare) yang perlu mereka elakkan untuk kulit wajah.

4. Mereka sangat konsisten dan disiplin dengan langkah penjagaan kulit wajah setiap pagi dan malam.

5. Mereka tidak akan tinggalkan serum antioksida dan krim pelindung sinaran utra violet atau sinaran matahari (sunscreen).

6. Mereka akan pastikan untuk menukar kain cadar tilam bantal setiap minggu atau selepas tiga hari.

7. Mereka elak atau kurang mengambil makanan ringan dalam diet pemakanan harian.

8. Mereka akan menggunakan 'face mask' satu kali setiap minggu.

9. Mereka akan lakukan proses exfoliasi dua kali dalam seminggu untuk pastikan sel kulit mati dan segala kekotoran yang melekat pada wajah ditanggalkan dengan baik.

10. Mereka akan pastikan untuk lakukan senaman sekurang-kurangnya 10 minit ke 15 minit setiap hari.

Okey dah hadam dah 10 perkara tu kan?

Korang kena amalkan dengan konsisten dan disiplin, inshaAllah akan nampak perbezaannya. Tapi jangan la pula culas pula,sekejap buat sekejap tidak, kalau macam tu, susah la nak dapatkan kulit sihat, bersih dan cantik betul tak?

Jadi, ingat tau pesan faz. Perkara baik mestilah kena lakukan dengan konsisten dan disiplin untuk dapatkan kesan yang berpanjangan dan kekal. Okey janji tau!

Semoga ilmu faz kongsi bermanfaat untuk semua kesayangan.
Continue Reading

PERLU KE AMBIL VITAMIN C ? | Faz Zahrin



Perlu ke ambil suplemen vitamin c ni ? Kenapa penting vitamin c untuk badan kita?

Haa nak tahu tak? Ramai tau yang tanya soalan macam ni kat faz. Jadi faz nak kongsikan la antara soalan yang popular yang selalu ditanya kepada kami sebagai pengedar sah shaklee.Okey tapi sebelum tu, meh faz kongsi sikit ilmu asas yang kita perlu tahu tentang vitamin c.

Sebenarnya semua tahu tak, badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin c sendiri tau. Vitamin c antara nutrisi yang sangat penting dalam membantu meningkatkan dan menguatkan imunisasi tubuh badan kita.

Sebab tu kita digalakkan untuk banyakkan pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran dalam diet pemakanan kita kerana ia kaya dengan vitamin.

Dengan keadaan sekarang ni, kita hidup dalam zaman pandemik iaitu wabak Covid-19 yang agak serius dan merisaukan. Jadi ramai dah mula mengambil suplemen vitamin c sebagai langkah pencegahan.

Ada juga segelintir yang masih ragu-ragu untuk ambil suplemen vitamin c dalam kehidupan seharian mereka.

Jadi jom faz kongsikan beberapa soalan yang mereka berikan dan fakta menjawab kepada soalan mereka.

Soalan pertama: Mana yang lebih baik? Vitamin C berdos tinggi dalam satu masa atau vitamin c yang berdos kecil sepanjang hari?

Jawapan : Walaupun anda mengambil kuantiti vitamin c yang tinggi, badan kita hanya boleh menyerap apa yang diperlukan dan membuangnya melalui air kencing jika berlebihan.

Pilihan untuk mengambil vitamin c melalui Teknologi Sustained Release System dimana 100mg vitamin c dilepaskan secara berperingkat setiap satu jam untuk penyerapan yang optimum pada badan.

Soalan kedua: Saya makan je buah-buahan dan sayur-sayuran tak cukup ke? Perlu lagi ke ambil suplemen vitamin c?

Jawapan: Kandungan vitamin c dalam buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin berbeza-beza, terutamanya selepas membasuh, memotong dan memasak. Untuk mendapatkan 500mg vitamin c, anda perlu makan buah oren sebanyak 7.5 biji, 6 cawan brokoli atau 119 batang lobak merah.

Bagi faz sendiri agak mustahil untuk kita mencapainya dalam diet seharian dan kosnya juga agak tinggi. Antara cara yang terbaik dan bijak adalah dengan mengambil melalui suplemen vitamin c.

Soalan ketiga: Betul ke kalau saya ada gastrik tidak digalakkan ambil suplemen vitamin c?

Jawapan: MITOS. Sebenarnya terdapat pelbagai sumber suplemen vitamin c yang berasaskan daripada bahan-bahan yang tidak akan menyebabkan sakit gastrik.

Kita mampu untuk membuat pilihan bijak dengan memilih vitamin c yang diestrak dari jagung yang bertindak lembut pada perut yang sensitif.

Soalan keempat: Berapa banyak dos vitamin c yang saya perlu ambi setiap hari?

Jawapan: Kajian yang dijalan oleh Institut Perubatan (IOM) menunjukkan bahawa pengambilan vitamin c yang tinggi mempunyai risiko ketoksidan yang rendah dan kesan buruk telah dilaporkan apabila penggunaan harian adalah 3000mg.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengariskan pengambilan vitamin c untuk setiap mereka yang dewasa maksimun kepada 2000mg sehari.

Soalan kelima: Boleh tahu tak apa tu Bioflavonoid dalam vitamin C shaklee?

Jawapan: Bioflavonoid adalah antioksidan yang hanya terdapat dalam tumbuhan dan buah sitrus.

Mereka bekerja secara gabungan dengan vitamin c untuk meningkatkan penyerapan dan penggunaannya di dalam badan kita.

Soalan keenam: Betul ke yang merokok memerlukan lebih vitamin c ?

Jawapan: Ya , perokok menggunakan vitamin c di dalam badannya pada kadar yang lebih cepat berbanding mereka yang tidak merokok.

Satu kajian mendapati bahawa perokok mempunyai tahap vitamin yang sangat rendah di dalam badan mereka manakala kajian lain pula mendapati individu yang mengalami kekurangan vitamin c berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan paru-paru.

Jadi bagi faz penting untuk kita ambil suplemen vitamin c dalam diet harian kita dalam langkah meningkatkan imunisasi badan kita dan keluarga.

Banyakkan ilmu baru yang kita dapat. Moga semua dapat ilmu bermanfaat daripada perkongsian faz kali ni.

Pesanan faz untuk diri dan juga semua yang faz sayang, Kita mampu untuk ikhtiar mencegah dengan mengambil vitamin c sebagai usaha kita dan selainnya kita serahkan pada Allah SWT, Maha Pemberi penyakit dan juga Maha Pemberi sembuh.


Continue Reading

RAHSIA NAK KULIT FLAWLESS MACAM ARTIS KOREA | Faz Zahrin

Nak tahu rahsia kulit 'flawless' macam artis korea tak, ala macam Jang Nara, artis korea yang terkenal dengan panggilan 'baby face' tu?

Tak kenal? Alaa takkan tak kenal kan. Tapi faz tunjuk juga la siapa Jang Nara tu.

Haa ni dia orangnya. Sama je kan kulit muka dia waktu muda dengan sekarang, kulit muka muda remaja je.

Nak tahu rahsia dia tak? Senang je jangan pernah derhaka tinggalkan salah satu langkah ni tau !

Langkah Pertama: Cleanser

Membersihkan dengan pencuci muka yang berfungsi melembabkan kulit. Dengan semua kotoran di persekitaran yang melekat pada kulit anda setiap hari, rutin membersihkan kulit muka pada setiap pagi dan malam, adalah suatu keharusan.

Pilih pembersih penghidrasi yang lembut, seperti Youth Luminous Gel Oil Cleanser. Ianya tekstur yang lembut pada wajah mampu menghilangkan solekan dan kekotoran yang jauh hingga ke dalam liang pori terus menjadikan kulit halus licin!

Langkah kedua: Toner

Toner anda adalah kunci untuk menyelesaikan proses pembersihan, menghilangkan kotoran dan minyak terakhir yang berada di dalam liang pori kulit wajah anda.

Youth Perfecting Skin Toner adalah pilihan tepat dengan teksturnya yang ringan dan berair. Penyegar ini mampu menembusi permukaan kulit untuk membersihkan dan menutupi pori-pori, dan menyiapkan kulit dengan lembut untuk rutin kecantikan anda yang seterusnya.

Langkah ketiga : Serum

Sasarkan kawasan masalah terbesar anda dengan serum. Apa sahaja masalah kulit anda, ada serum untuk anda. Youth Activating Serum membantu memperbaharui kulit pada peringkat sel untuk kulit lebih berseri dan lebih muda.

Langkah keempat: Moisturizer

Kulit licin kuncinya dari sini, jadi selesaikan dengan pelembap wajah yang mampu mengunci kelembapan pada kulit wajah. Youth Day Cream memberikan hidrasi dan juga dapat mengatasi tanda-tanda penuaan pada wajah. Dengan penggunaan harian, kulit menjadi lebih tegang, licin dan lebih berseri serta garis-garis halus dan kedutan akan kurang kelihatan.

Langkah kelima: Sunscreen

Untuk kulit yang awet muda, kuncinya adalah dengan melindungi kulit daripada sinaran uv matahari. Kerana sinaran uv berlebihan pada wajah menggalakkan penuaan dan timbulnya garis-garis halus.

Age Defence Moisturizer SPF 50 mampu melindungi menyuburkan dan juga melembapkan wajah disamping meningkatkan penampilan keseluruhan tona kulit.

InshaAllah kalau anda ikut 5 langkah ni dengan konsisten ,jangan terkejut kulit anda muda remaja daripada umur sebenar di kad pengenalan anda 😉


Continue Reading

WARNA LIPMATTE YANG SESUAI MAMPU NAIKKAN SERI WAJAH | Faz Zahrin


Haa faz nak tanya la dengan korang semua.

Korang yakin ke dengan pemilihan warna lipmatte yang korang ada sekarang, sesuai dengan kulit wajah korang?

Pemilihan warna lipmatte atau lipstick yang betul mampu serlahkan diri dan kulit wajah kita tau.

Tak bermakna warna yang kita minat tu sesuai dengan kita , boleh jadi warna yang kita suka mungkin tidak sesuai dengan warna kulit wajah kita dan boleh menyebabkan kulit wajah kita kelihatan kusam dan tenggelam.

Jadi apa tips penting untuk kita tahu warna lipmatte yang bersesuaian dengan kulit wajah kita?

Haaa jom faz kongsikan cara yang betul untuk pilih warna lipmatte yang bersesuaian dengan kulit wajah kita.

Langkah penting yang patut kita lakukan, pertama kita kena tahu dulu kategori warna kulit wajah kita sama ada kategori tona kulit wajah yang gelap atau pun cerah.

Bila kita dah tahu kategori tona warna kulit wajah kita, lagi mudah la untuk kita pergi ke langkah seterusnya, iaitu memilih warna lipmatte yang bersesuaian dengan wajah kita.

Sebenarnya warna lipmatte juga kita perlu pilih berdasarkan tema atau majlis yang kita nak hadiri.

Okey untuk mereka yang berkulit agak gelap atau kurang cerah disarankan untuk pilih warna lipmatte yang terang seperti merah jambu gelap, merah, ' berries' dan 'coral' . Dan digalakkan juga untuk pilih lipmatte yang berkilat seperti warna 'metallic'.

Bagi mereka yang berkulit cerah pula boleh pilih warna berdasarkan tema yang mereka inginkan.

Untuk tema wajah yang kelihatan manis dan remaja ( sweet/young look) Boleh memilih warna lipmatte yang natural atau merah jambu lembut.

Manakala untuk tema wajah yang yang segar ( fresh look). Boleh memilih warna lipmatte oren atau 'coral'.

Dan untuk tema wajah yang berani (confident/brave look). Boleh pilih warna terang merah , oren atau merah jambu.

Bagi mereka yang berkulit cerah ingin menghadiri majlis atau makan malam boleh memilih lipmatte berwarna coklat atau merah gelap.

Harap sedikit sebanyak membantu korang untuk memilih warna lipmatte yang bersesuaian dengan kulit wajah. Moga bermanfaat untuk semua😊



Continue Reading

TIPS MUDAH HALAU SEMUT DALAM RUMAH | Faz Zahrin


MasyaAllah subhanaallah dengan bacakan ayat Al-Quran surah An -Naml ayat 30-31 dapat halau semut dalam rumah.

إِنَّهُۥ مِن سُلَيْمَٰنَ وَإِنَّهُۥ بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Sesungguhnya surat itu, dari SuIaiman dan sesungguhnya (isi)nya: "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

أَلَّا تَعْلُوا۟ عَلَىَّ وَأْتُونِى مُسْلِمِينَ

Bahwa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri".

Allahu akhbar, tipsnya mudah sahaja, kita bercakap dengan semut dengan baik, " Wahai semut makhluk Allah pergilah kau dari sini, kami tidak mahu mencederakanmu."

Kemudian bacakanlah ayat surah an-Naml ayat 30 hingga 31 berulang kali sekurang-kurangnya 3 kali.

InshaAllah dengan izin Allah semut akan beredar dari tempat yang mereka berkerumun tu dengan mudah dan baik.

Takjub dengan keajaiban kalam Allah SWT.

Waallahulam.


Continue Reading

3 DOA JANGAN PERNAH TINGGALKAN KETIKA BERSUJUD DALAM SOLAT | Faz Zahrin





Assalammualaikum semua sahabat yang Allah sayang dan Rahmati ❤

Faz nak kongsi 3 doa yang kalau boleh kita jangan pernah tinggalkan ketika bersujud meminta kepada Allah SWT dalam solat kita.

Pertama, minta kepada Allah, kita dimatikan dalam khusnul khotimah. Meninggal dalam keadaan yang baik bukan mengaibkan nauzubillahiminzalik.

Kedua, mohon Allah berikan kesempatan untuk kita bertaubat sebelum wafat. Moga kita sempat untuk memohon ampun kepada Allah atas segala dosa-dosa besar atau kecil yang kita lakukan di atas dunia ni.

Ketiga, minta pada Allah untuk tetapkan hati kita dalam agama islam. Kerana Allah sahaja yang mampu bolak-balikkan hati hambaNya. Moga kita meninggal dunia dalam iman.

Waallahualam.

Continue Reading

PETUA SAPU UBAT GIGI BILA MELECUR MINYAK PANAS | Faz Zahrin


SAPU UBAT GIGI BILA TANGAN MELECUR , eh macam selalu je buat😏 haa mengaku cepat 😜

Alkisah tadi faz goreng kepok lekor,tiba2 ...pop ada bunyi meletup , habis minyak panas kena tangan dengan muka tadi Allahu.

Sampaikan ke dinding la minyak merecik , nak kata memang banyak sangat minyak panas tadi kena tangan.

Punya terkejut la faz tadi terus tutup api berlari pergi basuhkan tangan dengan air then terus cari krim herba bland lumur kat kulit muka dengan tangan.

Biasanya kalau kita kena minyak panas, mesti mula la merah2 mengelembung kan kulit tangan tu.







Tapi ya Allah alhamdulillah syukur sangat tadi terus lumur tangan ,muka dengan krim herba bland ni. Rasa pedih kena minyak panas hilang sikit2 tak ada pun merah2 ke apa , syukur izin Allah ... 😭

Kalau tak dulu tabiat faz sapu ubat gigi kalau kena minyak panas 😅lepas tu tinggal la parut.

Rupanya faz baru tahu sebenarnya kalau menggunakan bahan makanan macam madu, gamat, ubat gigi, mentega, kicap dan telur bagi merawat kecederaan semasa melecur atau tercedera terkena api atau renjatan elektrik cara tu salah. Sebab boleh menyebabkan jangkitan kuman.

Dan ni maklumat dari Pakar Bedah Plastik dan Koordinator Unit Rawatan Kebakaran (URK) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian Dr Siti Fatimah Noor Mat Johar .

Bukan faz yang kata tau tapi doktor bertauliah yang kata.

So jom sama2 betulkan yang biasa dan biasakan yang betul 🥰


Continue Reading

SEMUA ORANG LAYAK UNTUK ADA IMPIAN | Faz Zahrin

'SEKARANG BUKAN LAGI TENTANG AKU TAPI MEREKA '




Korang ada cita2 tak?

Faz ada cita2 dan impian nak jadi lecturer tau. Sebab passion faz suka berkongsi dan mengajar sejak dari zaman belajar lagi.

Tapi setiap jalan takdir manusia tu berbeza kan, tu semua rahsia Allah.

Selepas berkahwin faz sendiri pilih untuk jadi seorang surirumah sepenuh masa sebab faz nak hasya dibesarkan dengan tangan dan depan mata faz sendiri.

Tapi satu hari, faz bangun dari tidur tiba2 faz bercakap pada diri sendiri ,

" Apa tujuan kau hidup?"

Bermula dari situ, faz mula mencari sesuatu yang faz sendiri tak tahu apa.

Mula bercakap pada diri.

" Takkan hidup kau hanya dengan dunia kau sendiri je "

Sebab faz yang dulunya suka bersosial , join dan buat macam2 program sukarelawan, jumpa macam2 jenis orang , berkongsi macam2 kisah dan pengalaman.

Sampai satu tahap, faz mula rasa down pada diri sendiri, mula rasa tak yakin diri, rasa diri ni tak ada value ...

Satu hari Allah gerakkan hati faz untuk join bisnes dan cari circle . Sebab faz pernah cakap kat suami, faz memang tak reti bisnes.

Tapi Allah gerakkan hati faz untuk join bisnes walaupun dulunya tak pernah langsung terfikir nak buat bisnes.

Alhamdulillah Allah hadiahkan faz duduk dalam circle yang sentiasa support dan beri kata2 positif yang buat faz nampak value pada diri sendiri.

Dan paling penting faz dah nampak apa yang faz cari selama ni😢

Rupanya bahagia yang sebenar bila kita letak diri kita untuk hidup atas muka bumi ni bukan untuk menerima tapi MEMBERI.

Baiknya Allah, rupanya Allah nak faz menjadi seseorang yang faz impikan dulu 🥺

Sekarang faz masih menjadi surirumah tapi bukan lagi surirumah yang biasa tapi surirumah luarbiasa yang ada brand Beautologyhq dan Empire sendiri yang dapat bantu ramai students, surirumah membina bisnes mereka sendiri.

Dan hikmah Allah beri, dengan bisnes ni faz boleh menjadi seperti apa yang faz impikan menjadi pengajar dengan cara berkongsi ilmu dengan lebih ramai manusia yang nak ubah hidup mereka 🥰

MasyaAllah bestnyeee rasa bila dapat memberi manfaat pada ramai orang dan mereka mendoakan kita.

Dan sekarang setiap kali bangun dari tidur bukan lagi fikir apa yang aku tak cukup dan tak dapat . Tapi....apa yang aku nak beri pada manusia lain😊

Sebab faz yakin Allah paling suka dan cinta hambaNya yang banyak beri manfaat pada manusia lain.

Semua ni bermula dengan faz beri peluang pada diri faz untuk BERMULA. Korang pun boleh 🥰

Faz Zahrin
Founder BEAUTOLOGYHQ
' Kejayaan datang dengan anda pilih untuk BERMULA'


Continue Reading

PANDANGAN MATA LALAT ATAU MATA LEBAH | Faz Zahrin





Pada suatu petang ,dalam perjalanan kami pulang ke rumah dari membeli barang dapur.

Tiba-tiba faz terfikir nak bertanya pada suami " B... nak tanya la, ermm.. orang lain kan tahu ke erk kita senyum ke tidak pada dia, kalau kita pakai 'mask '?"

Suami selamba menjawab, " Sayang nak pandang mata lalat ke mata lebah??"

Dalam hati faz mengomel " Ishh dia ni, kita tanya dia, dia boleh tanya soalan balik pada kita pula"

Suami : " Sayang faham tak apa yang b maksudkan ?"

Faz : " Apa kaitan pula mata lalat, mata lebah dengan soalan sayang tadi?"

Suami : " Yela cuba fikir kalau lalat suka pada benda yang busuk macam sampah tapi lebah suka pada benda yang wangi macam bunga, jadi... Ikut cara pandang kita la macam mana. Kalau kita nak fikir orang tu senyum, jadi kita akan anggap dia senyum dan benda tu baik untuk kita kan, walaupun kita sendiri tak tahu dia senyum atau tak. "

Dalam hati faz, hebat juga falsafah ence suami saya ni hehe 😁 selalu isteri dia je berfalsafah, sekali suami kepala jurutera ni berfalsafah mendalam juga menusuk ke hati ... Eheks.





Tapi betul apa yang suami faz cakap tu, sebagai peringatan juga pada diri faz, untuk selalu betulkan cara pandang kita pada sesuatu perkara.

Jika kita pandang dengan kebaikan, maka baiklah ia, jika kita pandang dengan keburukkan maka buruklah ia.

Teguran Allah kepada faz melalui ence suami tercinta, itu tanda Allah sayang kita kan ❤️

Faz Zahrin
11.2.2021


Continue Reading