Jom baca kisah cinta faz dan Youth Skincare. Sebenarnya sebelum cuba pencuci muka Youth ini dah bermacam-macam jenama faz pernah cuba dah tau.
Jadi faz nak berkongsi kisah bagaimana faz jatuh cinta dengan penjagaan kulit Youth.
Pada suatu hari yang indah, angin sepoi-sepoi bahasa termenung faz di depan cermin membelek muka faz yang semakin hari semakin teruk kulit mengelupas dan kering.
Eh dah macam nak tulis cerita novel la plak kan eheks.
Eh tapi betul tau, faz asik belek muka sedih sebab ramai yang cakap kulit muka faz semakin kusam macam orang sakit. Siapa tak sedih kan?
Faz dah lama dengar tentang penjagaan kulit Youth ni tapi masih berfikir untuk cuba sebab risau kalau masih juga tak sesuai untuk kulit wajah faz yang sensitif teramat ni.
Tapi faz beranikan diri ambil keputusan untuk cuba dengan pencuci muka Youth Luminous Gel Oil Cleanser.
MasyaAllah selepas seminggu faz cuba, dah nampak perubahan pada kulit wajah faz. Kulit kering mengelupas dah kurang dan paling buat faz jatuh cinta, tak sangka pencuci muka Youth ni dapat melembabkan kulit.
Sekarang dah tube ke 3 pencuci muka Youth faz gunakan. Yela cuba bayangkan 1 tube tu faz boleh guna sampai 4 ke 6 bulan juga tau tapi sebab encik suami pun curi-curi guna pencuci muka kita.
Jadi 1 tube pencuci muka Youth tahan 3 ke 4 bulan jadinya hehe. Takpe la sayang punya pasal faz kasi chance la, suami pun nak kulit licin juga kan takkan kita je eheks.
Nak cerita la dekat korang, Sebenarnya kan kulit faz ini memang 'super dry skin' dan sensitif. Tetapi selepas faz konsisten dengan set penjagaan kulit Youth, kulit semakin lembab dan tak kusam dah.
Pertama sekali apa yang faz buat, mencuci muka menggunakan formula 60 saat. Haa korang yang tak pernah cuba tu, baik korang cuba tau!Bagus sangat dapat melancarkan aliran darah di wajah kita. Alaa bermanja la dengan kulit kita tuh.
Selepas tu, faz akan pastikan sehari pakai toner 2 kali. Sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam selepas mencuci muka. Sebab toner ini dapat membantu untuk beri 'soothing' kulit kita.
Dan yang bagusnya Toner Youth ini pertama kali faz cuba, kulit tak rasa pedih langsung tau memang berbeza dengan jenama yang faz pernah cuba dulu, segar dan lembab je kulit. Percaya lah korang cuba nanti korang akan obses dengan kondisi kulit sendiri hehe.
Faz cakap ni sebab pengalaman faz sendiri dah rasa dah perasaan tu,haha. Suami dan anak faz sendiri suka sentuh kulit muka faz tau.
Hasya: " Ibu... lembut je kulit ibu macam hasya kan".
Faz apa lagi, uishhh berbunga-bunga dengar walaupun anak sendiri cakap. Tapi budak kecil tak pandai menipu kan hehe.
Jadi, kesayangan faz semua, faz nak kongsi sangat pengalaman faz sendiri yang pernah mengalami masalah kulit kering dan sensitif yang teruk. Sampaikan satu tahap faz rasa rendah diri dan murung dengan kondisi kulit muka faz tau.
Sebab tu faz nak juga kawan-kawan yang ada masalah macam faz cuba sendiri dan rasa perubahan kulit korang sendiri.
Lagi satu guru faz pernah pesan, benda baik kena kongsi kalau tak jatuh dosa tau. Tak nak la faz kena soal akhirat nanti sebab faz tak sampaikan benda baik dan bermanfaat yang boleh bantu ramai orang kan.
Korang yang ada masalah kulit kering kritikal dan sensitif macam faz tak salah untuk mencuba kan. InshaAllah percayalah, ianya sangat berbaloi.
Dan ada set penjagaan kulit yang terbaik adalah salah satu cara kita beri ganjaran pada diri kita sendiri tau.
Sayang diri dan sayang kulit wajah kita.
0 Comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda :)