Haaa apa '10B tu? Meh faz kongsikan beberapa tips yang faz sendiri lakukan untuk tangani tekanan emosi dan stress.
1. BERTENANG
Cuba bawa bertenang sekiranya kita berasa tertekan. Jika kita sedang berdiri cuba untuk duduk, jika kita sedang duduk cuba untuk baring.
2. BERNAFAS SECARA FITRAH
Pernafasan melalui abdomen adalah cara yang terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam dan mengucapkan Alhamdulillah.
3. BERKATA PADA DIRI KATA-KATA POSITIF
Berkata pada diri 'relakslah'. It's ok it's normal... Letak tangan pada dada, cakap " Alhamdulillah syukur, aku baik, aku okey, aku tenang, aku bahagia..." Berulang kali cakap pada diri.
4. BERIBADAT
Berzikir, beristighfar, berselawat...ambil wudu' solat sunat minta Allah tenangkan jiwa yang tengah kacau. Baca Qur’an, paling best kalau Qur’an 'tagging' tu, kita boleh belek surat cinta Allah yang kena pada kita ketika itu. Percayalah ketika tu rasa seperti Allah sedangkan bercakap dengan kita.
5. BERCAKAP DENGAN SESEORANG
Perasaan kita perlu diluahkan dan tak patut dipendamkan. Dan carilah seseorang yang kita percayai. Carilah ahli keluarga atau kawan-kawan yang kita percaya. Bila kita luahkan sangat-sangat membantu melegakan tekanan emosi kita.
6. BERURUT
Bila kita dalam keadaan tertekan dan stress , otot-otot dibahu kita akan tegang. Jadi jika ada pasangan, bantu mereka dengan urut di bahagian leher, bahu dan juga di bahagian kaki. Sangat-sangat membantu lancarkan perjalanan darah dalam badan dan kurangkan stres kita.
7. BEREHAT DAN MENDENGAR MUZIK
Berehat sambil dengar muzik yang lembut, tenangkan hati dengan muzik dan lagu yang kita suka atau pasang alunan zikir terapi di telinga kita. Faz ada beli lampu tidur yang siap boleh pasang alunan ayat al-Quran.
8.BERIADAH DAN BERSENAM
Beriadah ni sangat-sangat memberi kesan yang positif pada diri. Faz suka berenang dari zaman belajar lagi sampai sekarang ni. Kalau tak dapat berenang, boleh berjalan waktu petang ambil udara segar. Terperap dalam rumah sahaja memang sedikit sebanyak memberi tekanan pada diri. Cuba untuk keluar ambil angin walaupun sekejap.
9. BERFIKIRAN POSITIF
Ubah cara berfikir. Elakkan fikiran negatif. Cara faz dengan mulakan hari dengan dengar perkara positif, ilmu-ilmu yang positif contohnya seperti setiap pagi cuba dengar '7 am Club Prof Muhaya', kemudian pasang selawat tafrijiah atau zikir tenangkan jiwa. Masyaallah feeling dia best sebab 'positive vibe' pada diri tu buat kita mudah untuk lawan 'negative vibe' yang datang. InshaAllah
10.BERSYUKUR
Sentiasa ucapkan syukur pada Allah. Syukur dengan apa yang ada pada kita bukan melihat apa yang ada pada orang lain. Sentiasa bersyukur walaupun sekecil-kecil perkara. Bila kita bersyukur, hati kita tenang bahagia.
Pandanglah dengan mata hati bukan dengan mata nafsu. Memaafkan orang dan cintai Allah, sayangi diri dan kita akan menyayangi orang lain tanpa syarat dan balasan.
Moga bermanfaat kesayangan faz semua.
0 Comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda :)