Almarhumah Siti Sarah Raisuddin Pengakhiran Yang Dicemburui| Faz Zahrin




Kematian itu pasti bagi setiap mereka yang hidup di atas dunia ini. Allah SWT menjadikan kehidupan dan kematian untuk menguji siapakah dalam kalangan kita yang paling baik amalannya, seperti yang Allah sebut dalam surat cintanya pada kita,

Maksudnya : " Dia lah yang mentakdirkan adanya hidup dan mati ( kamu), untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun ( bagi orang-orang yang bertaubat).

Al-Quran Surah Al-Mulk ayat 2.

Seperti yang kita tahu, Allahu akhbar berita yang sangat sedih untuk semua rakyat Malaysia dimana Siti Sarah binti Raisuddin isteri kepada Shuib Sepahtu meninggal dunia pada tanggal 9 Ogos 2021, pada pukul 5.13 minit pagi disebabkan wabak covid 19.

Gugur dosanya, perginya setelah melahirkan ummat Nabi Muhammad SAW. Dan suaminya Shuib, reda dengan pemergian isterinya dengan menggelarnya  'Bidadari Saya'. Almarhum Siti Sarah benar-benar insan terpilih oleh Allah SWT. Meninggal dalam Husnul Khotimah adalah hadiah teragung dari Allah SWT. Syurga tempat baginya dengan rahmat Allah, setelah dia berpenat di dunia.

Disebut segala kebaikannya di atas dunia setelah kematiannya itu adalah salah satu tanda seseorang itu meninggal dalam husnul khotimah. Allahuakhbar mati syahid,kematian yang dicemburui oleh ramai umat manusia.

Bagaimanakah kita nak tahu sesuatu kematian itu dalam husnul khotimah?

Jadi tergerak hati faz nak berkongsi dengan kesayangan faz semua sedikit ilmu tentang tanda-tanda meninggal dunia dalam husnul khotimah berdasarkan dalil hadis riwayat Abu Daud, Rasulullah SAW bersabda;

Antara tanda-tanda husnul khotimah;

Pertama, sempat melafazkan kalimah syahadah sebelum dia meninggal dunia. 

Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, bahawa Rasulullah SAW bersabda;

Maksudnya: " Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’, nescaya dia akan memasuki syurga. " ( Riwayat Abu Daud)

Kedua, meninggal pada hari atau malam jumaat.

Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah Ibn 'Amru, bahawa Rasulullah SAW bersabda;

Maksudnya: " Tidak ada orang Islam yang meninggal dunia lada hari atau malam Jumaat kecuali Allah SWT akan melindunginya daripada fitnah kubur." ( Riwayat Al- Tirmidzi)

Ketiga, Meninggal dunia dalam keadaan berpeluh di dahinya.

Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam al - Tirmidzi bahawa Rasulullah SAW bersabda;

Maksudnya: " Tanda kematian bagi seseorang mukmin ialah dengan berpeluh dahinya." ( Riwayat Al- Tirmidzi)

Keempat, Diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah SWT ,beramal soleh sebelum dia meninggal dunia.

Berdasarkan hadith Rasulullah SAW bersabda;  

Maksudnya: Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat RAnhum bertanya, “Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?”. Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya." ( Riwayat Al- Tirmidzi)

Kelima, dia berasa gembir dan senang hati untuk bertemu dengan Allah SWT.

Berdasarkan hadith diriwayatkan oleh Anas Bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda;

Maksudnya:" Barangsiapa gembira bertemu dengan Allah, maka Allah gembira bertemu dengannya. Dan barangsiapa merasa berat bertemu dengan Allah, maka Allah juga merasa berat untuk bertemu dengannya." (Riwayat Muslim)

Keenam, meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan perut.

Maksudnya: "Barangsiapa yang mati akibat daripada penyakit berkaitan perut, maka dia mati dalam keadaan syahid." (Riwayat Muslim)

Ketujuh, meninggal dunia dalam keadaan lemas tenggelam , jatuh bangunan dan syahid di jalan Allah SWt.

Maksudnya:" Orang yang mati syahid itu ada lima iaitu orang yang meninggal kerana penyakit tha’un, sakit perut, tenggelam, orang yang jatuh daripada bangunan atau tebing dan syahid di jalan Allah." ( Riwayat al-Bukhari)

Kelapan, meninggal dunia dalam keadaan melahirkan anak.

Maksudnya: "Seorang muslim yang terbunuh dikira sebagai seorang syahid, kematian akibat wabak taun juga dikira sebagai syahid, kematian karena sakit perut, mati lemas dan seorang wanita yang meninggal dunia kerana melahirkan anaknya dikira sebagai syahid." (Riwayat Ibn Kathir)

Kesembilan,meninggal dunia kerana mempertahankan harta dan maruah dirinya.

Maksudnya: "Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, bagaimana kalau ada seseorang yang hendak mengambil hartaku?” Baginda SAW bersabda, “Jangan engkau berikan hartamu!”. “Bagaimana kalau dia melawanku?”. Baginda SAW bersabda; “Lawanlah dia!”. “Bagaimana kalau dia membunuhku?” Baginda SAW bersabda; “Engkau syahid”. “Bagaimana kalau aku yang membunuhnya?” Baginda SAW bersabda: “Dia di neraka!” ".( Riwayat Muslim)

Kesepuluh, meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan soleh.

Maksudnya: "Barangsiapa yang mengucap ‘Laa ilaaha illallah’ ikhlas kerana mencari keredhaan dia Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yang berpuasa pada suatu hari kerana ingin mencari keredhaan Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yang bersedekah ikhlas kerana Allah SWT kemudian dia meninggal dunia, maka dia akan masuk Syurga" ( Riwayat Ahmad)

Bagaimana pula dengan pengakhiran kita semua? Risau dan takut fikir bagaimana pula takdir kita di akhir hayat kita nanti.

Jadi, faz nak ajak semua jom kita sama-sama amalkan doa ini dalam setiap waktu solat dan sujud kita.

Bismillahirahmanirrahim,

" Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan husnul khotimah dan janganlah Engkau matikan kami dalam keadaan su'ul khotimah. " 

Ameen ya mujeeb , Wallahualam.


0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)