PERLU KE AMBIL VITAMIN C ? | Faz Zahrin



Perlu ke ambil suplemen vitamin c ni ? Kenapa penting vitamin c untuk badan kita?

Haa nak tahu tak? Ramai tau yang tanya soalan macam ni kat faz. Jadi faz nak kongsikan la antara soalan yang popular yang selalu ditanya kepada kami sebagai pengedar sah shaklee.Okey tapi sebelum tu, meh faz kongsi sikit ilmu asas yang kita perlu tahu tentang vitamin c.

Sebenarnya semua tahu tak, badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin c sendiri tau. Vitamin c antara nutrisi yang sangat penting dalam membantu meningkatkan dan menguatkan imunisasi tubuh badan kita.

Sebab tu kita digalakkan untuk banyakkan pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran dalam diet pemakanan kita kerana ia kaya dengan vitamin.

Dengan keadaan sekarang ni, kita hidup dalam zaman pandemik iaitu wabak Covid-19 yang agak serius dan merisaukan. Jadi ramai dah mula mengambil suplemen vitamin c sebagai langkah pencegahan.

Ada juga segelintir yang masih ragu-ragu untuk ambil suplemen vitamin c dalam kehidupan seharian mereka.

Jadi jom faz kongsikan beberapa soalan yang mereka berikan dan fakta menjawab kepada soalan mereka.

Soalan pertama: Mana yang lebih baik? Vitamin C berdos tinggi dalam satu masa atau vitamin c yang berdos kecil sepanjang hari?

Jawapan : Walaupun anda mengambil kuantiti vitamin c yang tinggi, badan kita hanya boleh menyerap apa yang diperlukan dan membuangnya melalui air kencing jika berlebihan.

Pilihan untuk mengambil vitamin c melalui Teknologi Sustained Release System dimana 100mg vitamin c dilepaskan secara berperingkat setiap satu jam untuk penyerapan yang optimum pada badan.

Soalan kedua: Saya makan je buah-buahan dan sayur-sayuran tak cukup ke? Perlu lagi ke ambil suplemen vitamin c?

Jawapan: Kandungan vitamin c dalam buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin berbeza-beza, terutamanya selepas membasuh, memotong dan memasak. Untuk mendapatkan 500mg vitamin c, anda perlu makan buah oren sebanyak 7.5 biji, 6 cawan brokoli atau 119 batang lobak merah.

Bagi faz sendiri agak mustahil untuk kita mencapainya dalam diet seharian dan kosnya juga agak tinggi. Antara cara yang terbaik dan bijak adalah dengan mengambil melalui suplemen vitamin c.

Soalan ketiga: Betul ke kalau saya ada gastrik tidak digalakkan ambil suplemen vitamin c?

Jawapan: MITOS. Sebenarnya terdapat pelbagai sumber suplemen vitamin c yang berasaskan daripada bahan-bahan yang tidak akan menyebabkan sakit gastrik.

Kita mampu untuk membuat pilihan bijak dengan memilih vitamin c yang diestrak dari jagung yang bertindak lembut pada perut yang sensitif.

Soalan keempat: Berapa banyak dos vitamin c yang saya perlu ambi setiap hari?

Jawapan: Kajian yang dijalan oleh Institut Perubatan (IOM) menunjukkan bahawa pengambilan vitamin c yang tinggi mempunyai risiko ketoksidan yang rendah dan kesan buruk telah dilaporkan apabila penggunaan harian adalah 3000mg.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengariskan pengambilan vitamin c untuk setiap mereka yang dewasa maksimun kepada 2000mg sehari.

Soalan kelima: Boleh tahu tak apa tu Bioflavonoid dalam vitamin C shaklee?

Jawapan: Bioflavonoid adalah antioksidan yang hanya terdapat dalam tumbuhan dan buah sitrus.

Mereka bekerja secara gabungan dengan vitamin c untuk meningkatkan penyerapan dan penggunaannya di dalam badan kita.

Soalan keenam: Betul ke yang merokok memerlukan lebih vitamin c ?

Jawapan: Ya , perokok menggunakan vitamin c di dalam badannya pada kadar yang lebih cepat berbanding mereka yang tidak merokok.

Satu kajian mendapati bahawa perokok mempunyai tahap vitamin yang sangat rendah di dalam badan mereka manakala kajian lain pula mendapati individu yang mengalami kekurangan vitamin c berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan paru-paru.

Jadi bagi faz penting untuk kita ambil suplemen vitamin c dalam diet harian kita dalam langkah meningkatkan imunisasi badan kita dan keluarga.

Banyakkan ilmu baru yang kita dapat. Moga semua dapat ilmu bermanfaat daripada perkongsian faz kali ni.

Pesanan faz untuk diri dan juga semua yang faz sayang, Kita mampu untuk ikhtiar mencegah dengan mengambil vitamin c sebagai usaha kita dan selainnya kita serahkan pada Allah SWT, Maha Pemberi penyakit dan juga Maha Pemberi sembuh.


3 comments:

  1. penting Vita C terutama sekarang negara kita dilanca virus. thanks faz share

    ReplyDelete
  2. Betul tu, moga kita semua dipelihara Allah sentiasa ❤

    ReplyDelete
  3. Vitamin c penting setiap masa untuk kita sbb badan kita tak boleh produce vitamin c sendiri. Di musim pandemik ni lagi2 lah penting. Tq faz

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)