RESEPI HONEY BUTTER BISCUIT ALA TEXAS CHICKEN | Faz Zahrin

Selamat kembali ke rancangan 'faz's kitchen' cheyy wah hehe. Sekali sekala berangan ada program masakan sendiri. Alaa bagi la faz peluang berangan, hehe berangan tu kan percuma je.

Siapa setuju dengan faz, kita dalam zaman pendemik sekarang ni ramai yang terperuk  je dalam rumah, dah la tak boleh nak kemana-mana. 

Jadi mula la termenung pandang ke tingkap rumah ,keluar macam-macam idea nak masak itu ini, haa betul tak?

Jadi faz nak kongsi la dengan korang resepi honey butter biskut ala texas chicken tuh, tapi yang kita buat kat rumah ni lagi sedap dan jimat tau.

Sesiapa yang kat rumah tak dapat nak keluar tiba-tiba tekak tu teringin nak makan biskut honey butter texas chicken tu. Takpe jangan sedih meh apa kata kita cuba buat sendiri di rumah, Sangat mudah dan sedap inshaAllah.

Jom faz kongsikan bahan-bahannya;

2 cawan Tepung gandum
2 sudu besar gula
4 sudu kecil baking powder
5 sudu kecil Buttercup. (Kita masukkan dalam tepung tu sampai jadi macam bread crumbs tu)
2 sudu kecil cuka ( ni bahan wajib untuk bagi biskut tu betul-betul rasa macam biskut texas chicken)
Susu segar kotak dalam 1/2 cawan. (Masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit untuk kita tengok sama ada adunan tu tidak lembik dan tidak keras)

Cara- caranya;

Pertama sekali gaul kesemua bahan di atas sehingga sebati. Selepas itu, gunakan sudu untuk letakkan adunan tadi di atas loyang. Tidak perlu untuk bentukkan bulat ke apa terus gunakan sudu dan letak . Kemudiam, susun dalam loyang dan boleh bakar di dalam ketuhar dengan suhu 200 darjah bakar selama 22 minit.

Okey sementara menunggu biskut tadi bakar, korang sempat je cairkan butter dalam 5 sudu besar dan madu dalam 2 sudu besar dan cairkan dalam kuali. Dah siap kita ketepikan dahulu.

Bila biskut di dalam ketuhar tadi tinggal dalam 5 minit lagi nak siap. Korang boleh keluarkan biskut sebentar dan sapukan bahan (butter dan madu ) di atas biskut tadi

Selepas itu, masukkan semula biskut ke dalam ketuhat dan sambung bakar dalam 2 minit lagi. Selepas siap, sapu lagi sekali untuk langkah terakhir supaya biskut kita tadi cantik berkilat dan manis madu meresap ke dalam biskut tu tadi.

Alhamdulillah siap, mudah je kan. Korang kalau dah pandai siap boleh jual tau biskut ni hehe.







Selamat mencuba kesayangan faz semua. InshaAllah tak rugi cuba, sebab ramai kawan-kawan faz dah cuba dan berjaya tau.

Pesanan ikhlas kasih sayang dari faz : Pastikan korang makan panas-panas tau memang layan eheks jangan lupa buat lebih bagi jiran depan kiri kanan ye.

2 comments:

  1. Menarik..mesti sedappp..buleh jual ni faz😋😋

    ReplyDelete
  2. sedapp.. mmg fav klau pg texas..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)