Resepi Bebola Keledek Chewy Cameron Highlands | Faz Zahrin



Haaa siapa tahu bebola keledek chewy Cameron Highlands??

Alaa.. Yang popular selalu ada jual di pasar malam Cameron Highlands tu? Ni memang kesukaan faz tau. Setiap kali kami kalau pergi Cameron Highlands memang wajib beli la.Hehe sampaikan hasya terjebak ikut ibu dia suka sangat eheks.

Jadi faz nak kongsi dengan korang la resepinya. Sebab sangat mudah,boleh buat sendiri je kat rumah tau, dah tak payah nak tunggu pergi Cameron Highlands baru nak merasa.

Mudah yakmat resepi dia tau..

Selamat mencuba korang 😍

Anak-anak suka makan ni sebab tak manis sangat dan tekstur dia chewy-chewy gitu, best bila digigit hehe.

Okey resepi ni sesuai untuk tiga ke empat orang makan,inshaAllah.

Jom kita tengok apa bahan-bahannya;

1. Semangkuk ubi keledek (purple/oren)
2. Dua sudu besar gula. Gula boleh ditambah ikut kesukaan manis. Cuma jangan terlalu banyak, nanti ubi keras pula.
3. Tepung Ubi
4. Secubit garam
5. Minyak utk menggoreng

Cara-caranya:

Pertama sekali mestila kena rebus dahulu ubi keledek tadi sehingga menjadi empuk.

Kemudian, kita toskan air rebusan dan tunggu ubi keledek sedikit sejuk. Yela takkan nak terus gaul pula, habis lecur tangan nanti.

Selepas itu, boleh masukkan gula dan secubit garam dan kemudian lenyekkan bersama ubi.

Seterusnya, masukkan tepung ubi sedikit demi sedikit dalam anggaran tiga sudu besar.

Pastikan doh tu cukup lembut dan tidak melekat di mangkuk kita. Tepung ubi juga boleh ikut kesukaan, boleh lebihkan sedikit jika suka rasa chewy-chewy tuh. Dan langkah terakhir, kita bulatkan doh tadi menjadi bebola ubi.

Sementara tu, panaskan minyak terlebih dahulu, kemudian kecilkan api pada sederhana besar, masukkan bebola ubi tadi. Kerapkan mengacau supaya ubi dimasak dengan rata. Siap!

Apa lagi, boleh la makan bebola keledek chewy sambil menonton movie kat netflix tuh memang layan...

Selamat mencuba semua kesayangan❤️

0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)