10 TIPS MENDIDIK ANAK MUDAH UCAPKAN MAAF DAN BERTERIMA KASIH | Faz Zahrin


Hasya: " Terima kasih ibu abah belikan hasya buku, hasya sukaaaa "

Ibu: " Alhamdulillah, terima kasih hasya sebab suka, hasya seronok ibu lagi seronok tau. Okey kalau dapat hadiah ke orang bagi sesuatu kita kena cakap apa? Ahamdulillah kan, haa cakap terima kasih Allah bagi hasya buku"

Hasya: " Alhamdulillah terima kasih Allah, sayang Allah."

Nabi Muhamad SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Jika kita tidak tahu berterima kasih terhadap manusia, maka kita juga tidak akan tahu berterima kasih terhadap Allah.”



Didik anak dengan kita sebagai ibu ayah menjadi contoh dan teladan kepada mereka. Apabila kita sendiri sebagai ibu ayah sentiasa mengucapkan terima kasih dan meminta maaf, insyaAllah mudah anak-anak akan ikut dengan sendirinya, tanpa kita perlu bersusah payah.

Tetapi ingat setiap proses mendidik dan membentuk anak-anak perlu kesabaran yang tinggi. Dan mohonlah kesabaran dan kerendahan hati pada Allah SWT. Sebab dalam kita mendidik anak tanpa sedar kita mendidik dan membentuk diri kita sendiri .

Jom faz kongsikan antara tips mudah ibu ayah boleh praktikkan pada anak-anak.

10 TIPS MENDIDIK ANAK MUDAH MENGUCAPKAN MAAF DAN BERTERIMA KASIH

1. Tugas mengenalkan Allah adalah tugas hakiki ibu ayah sejak dari anak dalam perut. Jangan melepaskan tanggungjawab ini kepada guru di sekolah semata.

2 .Proses mengenal kalimah Allah bermula dari anak itu dalam rahim ibu dan juga lahirnya anak kita ke dunia apabila si ayah melaungkan azan atau iqamah ke telinga anak.

3. Ibu ayah perlu bersedia dengan dua perkara sebelum mengenalkan Allah kepada anak iaitu perlunya ada ilmu dan menjadi model terbaik.

4. Gunakan analogi mudah bagi memahamkan konsep ketuhanan kepada anak. Sebab akal anak kecil masih lemah dalam memahami persoalan ghaib ( yang tak nampak oleh pancaindera)

5. Proses pembelajaran anak berusia 3 – 6 tahun masih dalam lingkungan logik deria mereka. Ini antara punca ibu ayah gagal menerangkan ‘siapa itu Allah' kepada anak-anak.

6. Jangan pernah samakan Zat Allah dengan sesuatu yang boleh dilihat, didengar, dan dirasa akan menyebabkan anak keliru.

7. Kenalkan dahulu anak dengan sifat 20 Allah bagi menerangkan lebih jelas bahawa zat Allah berbeza dengan sifat fizikal dan kemampuan manusia.

8 Bercerita kisah-kisah Al-Quran pada anak bagi mereka faham dengan lebih jelas siapa Allah.

9. Ajarkan anak ucapan maaf dan terima kasih seawal umur anak kecil . Ucapan maaf dan terima kasih kepada manusia berkait rapat dengan konsep taubat dan syukur kepada Allah.

10.Sentiasa berdoa dan memohon pada Allah semoga dikurniakan hati yang terang, kefahaman yang tinggi, usaha yang istiqamah dan semangat yang kuat sepanjang proses mengenalkan anak-anak kepada Pencipta.

Ibu ayah boleh amalkan doa dalam surah Ali-Imran ayat 200. Doa moga anak lembut hati dan tidak degil sambil tiup di ubun-ubun kepala anak. 

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اصْبِرُوْا وَصَابِرُوْا وَرَابِطُوْاۗ وَاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ 

" Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung. "                   

Moga bermanfaat untuk semua sahabat faz yang Allah sayang .

0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)