MINDSET | Faz Zahrin



Pada suatu hari, di sebuah kedai makan, ada seorang pemuda yang baru berpindah ke kampung tersebut

Disebabkan dia orang baru, dia cuba mendekati seorang pakcik yang sedang makan di kedai itu untuk berbual-bual.

" Assalammualaikum pakcik. Nama saya Shah. Saya baru pindah sini. Cantik kampung ni. Boleh pakcik cerita sikit pasal tempat ini? Orangnya macam mana?"

Pakcik itu tersenyum dan bertanya, "kat tempat shah tinggal dulu, orangnya macam mana?"

" oh... Tempat saya tinggal dulu, orangnya teruk.. Pakcik. Suka mengumpat, mencuri, pengotor, kaki perempuan, suka cari gaduh, bla bla bla.."

Pakcik itu menggeleng perlahan dan menjawab...

" Shah...orang macam tu jugalah yang kamu akan jumpa di kampung ini. "

Keesokkan harinya, ada seorang lagi pemuda lain yang juga baru berpindah ke kampung tersebut, singgah di kedai makan yang sama.

Seperti Shah, pemuda itu juga berpeluang untuk berbual-bual dengan pakcik yang sama.

" Assalammualaikum, pakcik. Nama saya Fikri. Saya baru pindah sini. Cantik kampung ni. Boleh pakcik cerita sikit pasal tempat ini? Orangnya macam mana pakcik?

Pakcik itu tersenyum dan bertanya," Kat tempat Fikri tinggal dulu, orangnya macam mana? "

" Oh... Tempat tinggal saya dulu, orangnya baik-baik pakcik... Peramah, saling mengenali, saling bantu membantu, saling menyanyangi, saling memuji, suka senyum, bla bla bla..."

Pakcik itu tersenyum dan mengangguk perlahan, lalu menjawab...

" Fikri... Orang yang macam tu jugalah yang kamu akan jumpa di kampung ni".

🤭Haa apa yang faz nak sampaikan sebenarnya ni... Eheks.. Okey2

Dalam hidup ni kita akan lebih tertarik kepada benda yang kita FIKIR, PERCAYA dan FOKUS.

Cuba fikir positif dalam apa jua keadaan InshaAllah kita akan tertarik kepada benda yang baik dan positif dalam hidup dan akan mudah bangkit apabila ujian datang.

Fikir baik-baik, Cakap baik-baik, Buat baik, Doa baik-baik... InshaAllah perkara baik-baik sekeliling kita.

Moga Allah Reda ❤️

Dapat sesuatu tak?


Continue Reading

SIAPA ALLAH ? | Faz Zahrin




Kisah tengahari tadi, selepas bagi hasya makan..terus cakap "alhamdulillah syukur ya Allah rezeki makan yang Allah bagi.."

Tiba- tiba hasya tanya " ibu... Ibu... Siapa Allah??".

Terkejut ibu hasya umur 2 tahun 5 bulan tanya ibu soalan yang ibu tak jangka hasya akan tanya sekarang. Masyaallah.

Terus ibu datang kat hasya.. Tanya dia lagi sekali..

Ibu :" Hasya tanya ibu apa tadi??"

Hasya : " ermmm siapa Allah?? "

Hehe.. Ibu rasa bahagia teruja sebab hasya ada perasaan ingin tahu siapa Allah yang selalu dia dengar ibu abah sebut selalu.

Alhamdulillah nasib ibu dah pernah baca buku persediaan anak-anak bertanya tentang Tauhid dan Ketuhanan masa zaman belajar dulu,hehe😊

Ada la skrip nak jawab 😉

Ibu pun pegang hasya pandang dia senyum,sambil bersedia nak jawab soalan dia , ngomel dalam hati " ya Allah...moga Allah beri ilham"

Ibu: "Ooo hasya nak tahu siapa Allah ke? Okok pandai la hasya anak ibu tu"

" Hasya Ingat tak kita pernah baca buku 'Allah Cipta Saya'? "

Hasya : " tau tau."

Dia pun pergi la ke rak buku dia, terus ambil buku yang ibu sebut tadi, Hehe..

Ibu : " Hasya tahu tak, Allah SWT itu yang menciptakan segala benda di dunia ni tau dan di langit juga, Termasuk la pokok ( hehe tunjuk la pokok kat luar) , haiwan ,opah, ibu, abah dan hasya juga."

"Baik kan Allah, Allah Sayang kita tau, macam-macam Allah bagi pada kita ... Haa macam makanan ni."

"Jadi... hasya kena la jadi anak yang...??"

Hasya : " anak solehah...ibu abah opah... "hehe 😍

Alhamdulillah masyaallah Tabarakallah syukur ya Allah.

Haa.. Siapa pernah alami pengalaman macam faz?? Ni pertama kali tau, hehe yela anak baru seorang kan eheks.
Continue Reading

KADANG DIAM ITU LEBIH BAIK | Faz Zahrin




Kadang kan kita terlalu memikirkan apa yang orang lain akan fikirkan sedangkan mereka tidak langsung kisah tentang urusan kita, betul tak? Kita perasan sendiri hehe.

Teringat faz satu kisah yang faz pernah terbaca bila teringat kisah ni kadang ketawa sendiri sebab kisah ni biasa berlaku dalam kehidupan seharian kita .

Kisahnya tentang sepasang suami isteri yang akan melancong ke luar negara. Sebelum mereka bertolak ke lapangan kapal terbang, mereka akan pastikan keaadaan rumah selamat untuk ditinggalkan.

Teksi dah menunggu di luar. Ketika mereka hendak menutup pintu rumah, tiba-tiba kucing meluru masuk.

" Alamak! Sayang tunggu dalam teksi dulu. Abang nak keluarkan kucing tu," suruh si suami.

" Okey , abang pastikan kucing tu keluar tau," kata la si isteri sambil menuju ke teksi.

Sebaik duduk di dalam teksi , si isteri pun berkata , " Maaf buat pakcik tertunggu-tunggu pula."

" Eh tak mengapa."

Tapi si isteri ni tadi bimbang pakcik pemandu teksi tahu rumah mereka akan ditinggalkan dan tidak berpenghuni, maka dia membuat helah, " Suami saya uruskan ibu sekejap. Maklumlah orang tua kan."

Pakcik pemandu teksi mengangguk faham.

Kemudian, si suami bergegas keluar dari rumah terus memasuki teksi. Teksi pun bergerak menuju ke lapangan terbang.

Si isteri bertanya pada si suami, " Macam mana abang tadi?".

" Semua dah beres. Ada ke betina tu menyorok bawah katil.Abang pegang kaki dia, tarik keluar . Tapi abang pula dicakarnya. Ish geram abang dibuatnya.Apa lagi abang pun pegang dan halau ke laman belakang. Selesai!"

Pakcik pemandu teksi mendengar kata-kata lelaki tersebut terkejut besar.

Pakcik berkata dalam hati " Sampai hati mereka layan ibu mereka sebegitu sekali ."

Haa kan dan berlaku salah faham yang besar yang pada asalnya pakcik itu tidak bertanyakan apa pu n ha urusan mereka.

Kadang ada keaadaan lebih baik berdiam dari berkata yang tak benar hinggakan makan diri sendiri , setuju tak dengan faz?  😁
Continue Reading

TELUR KE AYAM ,YANG MANA DULU? | Faz Zahrin


Alkisah dua orang pemuda berdebat sesama mereka di sebuah warung kecil di tepi jalan.

Mereka sibuk berdebat tentang telur dan ayam yang mana satu wujud dulu.

" Tentulah telur ayam, barulah menetas jadi anak ayam dan seterusnya jadi ibu ayam".

" Dari mana datangnya telur kalau tiada ibu ayam? Jadi tentulah ibu ayam yang wujud dulu barulah dia bertelur ".

" Ish, tak logik! Habis tu dari mana datangnya ibu ayam tu? Mestilah dari telur juga kan?".

Datang la pakcik tua pemilik warung mencelah, niatnya hanya nak leraikan kekusutan mereka.

" Apalah yang kamu berdua bertekak ni?. Cuba tanya pakcik yang dulu makan garam ni".

Kemudian mereka pun bertanya ,

" Haa kalau macam tu, mana yang wujud dulu pakcik, telur ke ayam?".

Jawab pakcik tu, " Pakcik tak pasti juga telur atau ayam yang wujud dulu, tapi...yang pakcik pasti semuanya Allah yang wujudkan".

Terdiam dua lelaki tersebut tanpa bicara.

Yang pasti Allah sedia wujud tiada mula dan akhir. Tapi semua makhluk atas muka bumi ni ada awal dan akhirnya kerana kita ciptaanNya.

Setuju ? 🥰

Faz Zahrin
8 september 2021


Continue Reading

KISAH MERDEKA PANDEMIK COVID 19| Faz Zahrin





"Mak...nak kibar kat mana bendera ni ?"

Teringat waktu faz kecil dulu, rasa bersemangat sungguh nak sambut hari merdeka.

Mak mesti akan suruh kami adik-beradik kibarkan Jalur Gemilang di setiap penjuru rumah, meriah betul la.

Dan mesti tak sabar nak menyaksikan perbarisan Hari Kebangsaan yang meriah di Dataran Merdeka , walaupun kami hanya dapat menontonnya di televisyen sahaja, tapi perasaan teruja dan seronok tu ada.

Zaman dulu ,kita dapat lihat orang ramai teruja dan beriya-iya mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman dan kenderaan mereka kan.

Tetapi sekarang faz tengok hampir tiada atau kurang bendera dikibarkan mungkin kerana kita hidup dalam zaman pandemik COVID-19 menyebabkan ramai yang lebih sibuk memikirkan mengenai kelangsungan hidup mereka.

Tapi hikmah besar disebalik pandemik COVID-19 melanda negara kita, semakin ramai masyarakat bersatu hati merasa dan meharungi kesusahan bersama dan saling memberi kekuatan tanpa kira agama atau bangsa.

Moga Allah tetap pelihara dan jaga kita semua walau dimana pun kita berada dan dipermudahkan segala urusan kita semua.

Dan moga kita dapat merdeka dari wabak Covid 19 ini.

Faz Zahrin
31 Ogos 2021.


Continue Reading