5 Cara Tawan Hati Anak Cara Rasulullah

 

"Barangsiapa tidak mengasihi maka ia tidak akan dikasihi.(HR Bukhari No:5538)


Pertama, Pelukan dan ciuman.


" Rasulullah SAW pernah mencium Al Hassan bin Ali sedangkan disamping beliau ada Al Aqra' bin Habis  At Tamimi sedang duduk, lalu Aqra berkata;" Sesungguhnya aku memiliki sepuluh orang anak, namun aku tidak pernah mencium mereka sekali pun, maka Rasulullah SAW memandangnya dan bersabda:" Barangsiapa tidak mengasihi maka ia tidak akan dikasihi. " (HR Bukhari No:5538)


Kedua, Mengusap Kepala.

Mengusap kepala juga merupakan salah satu method yang diajar oleh Rasulullah SAW untuk menawan hati anak. Rupa- rupanya perlakuan ini menyebabkan anak-anak berasa diri mereka penting diberi perhatian dan dihargai.


Ketiga, Menyentuh pipi dengan kata-kata positif. 

Daripada Jabin Samurah r.a berkata;

" Aku solat zuhur bersama Rasulullah SAW, kemudian baginda keluar ke tempat keluarganya dan aku pun ikut keluar. Selanjutnya, beliau disambut oleh anak-anak, kemudian Baginda mengusap pipi mereka seorang demi seorang hingga sampailah pada giliranku. Baginda mengusap pipiku dan ternyata kurasakan tangan Baginda begitu sejuk dan Harum baunya seakan-akan tangan Baginda baru dikeluarkan dari kantung yang berisikan minyak wangi. " (HR. Muslim) 


Keempat, Panggilan baik dan bermakna pada anak adalah satu doa.

"Dan janganlah kalian panggil memanggil dengan gelaran buruk" (Al-Hujurat: 11)

Anak yang dipanggil dengan panggilan yang baik akan menjadi seorang yang bersemangat, mendengar kata dan menyayangi kedua ibu bapa. Berbanding anak yang dipanggil panggilan kesat atau kasar akan rasa tersisih dan juga tidka disayangi. 



Kelima,Tegas dalam berkasih sayang. 

Sebenarnya tegas dalam berkasih sayang amat digalakkan tetapi haruslah mengikut keadaan. 

Kisah Rasulullah SAW juga bertegas dengan seorang anak yang tidak jujur. 

An-Nawawi menyebutkan dalam kita al-Adzkar, dia katakan: Kami meriwayatkan dalam kitab Ibnus Sunni daripada Abdullah bin Busr Al-Mazini r.a, ia berkata: Ibuku mengutusku kepada Rasulullah SAW dengan membawa seikat anggur. Namun aku memakannya sebahagian sebelum aku berikan kepada Baginda. Ketika aku bertemu Baginda, Baginda memulas telingaku dan berkata" Ini adalah pengkhianatan. "

Moga bermanfaat untuk semua ❤️


Continue Reading

Tips WFH Dengan Tenang dan Ceria



Apa tu WFH? Rasanya semua dah tahu disebabkan normal baharu Covid-19 ni kan. Pada yang tak tahu meh sini Faz bagitau, WFH bermaksud Work From Home atau makna mudahnya Bekerja Dari Rumah. WFH ni KKM dan WHO perkenalkan dalam normal baharu ni bagi mengekang penularan virus Covit-19 ni. 
Mesti macam-macam cabaran kan normal baharu ni

"Susahnya nak bekerja di rumah ni, banyak betul halangan, nak urus anak-anak, urus rumah, masa bila nak buat kerjanya? "

Faham ramai sangat yang bertanya macam mana nak kerja di rumah secara efisien?

Okey jom kita cuba tips di bawah yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu sahabat2 yang hadapi masalah yang sama.



Pertama, pengurusan masa dengan bijak.

Kalau kita rasa, kita sejenis yang perlu pada jadual dan 'timeline' untuk lebih berdisiplin dan masa tersusun dengan lebih baik. Kenapa tidak kita buat jadual khas rutin seharian kita.
Kita sendiri yang boleh tetapkan masa kita untuk bekerja, masa untuk anak-anak, urus kerja rumah dan sebagainya ikut kesesuaian rutin kita.
InsyaAllah kalau pandai manage, barulah work-life-balance gituu..


Kedua, bersiap.

Apa maksudnya bersiap di rumah? Okey kita bersiap berpakaian seperti orang bekerja di pejabat bukan pakai kain pelikat atau baju tidur. Baju yang selesa dan beri kita semangat untuk bekerja di rumah.




Ketiga, adakan ruangan khas.

Okey yang ni sangat-sangat membantu untuk kita ada ruang khas kita sendiri untuk bekerja. Ruang kecil pun sudah memadai untuk kita letakkan barang kerja kita yang anak-anak tidak boleh capai dan ganggu. Jadi kita boleh tumpu pada kerja kita dengan lebih baik.

Keempat dan paling penting! Sokongan dan kerjasama pasangan dan ahli keluarga.

Capai kata sepakat dan berbincang dengan baik antara pasangan dan ahli keluarga. Kongsikan jadual kita supaya semua isi rumah memahami keaadaan dan situasi dengan lebih baik. Dan masing-masing ambil peranan untuk membantu satu sama lain.
Bila bekerjasama semua jadi mudah!!...





Semoga berjaya untuk anda yang WFH, semoga Allah permudahkan segala urusan kalian sentiasa 😊

#fazshare #tips #timemanagement #bdr #pkp #WFH #covid2021 #kitajagakita #Cov19 #jomvaksin #shaklee #vitaminC
Continue Reading