TELUR KE AYAM ,YANG MANA DULU? | Faz Zahrin


Alkisah dua orang pemuda berdebat sesama mereka di sebuah warung kecil di tepi jalan.

Mereka sibuk berdebat tentang telur dan ayam yang mana satu wujud dulu.

" Tentulah telur ayam, barulah menetas jadi anak ayam dan seterusnya jadi ibu ayam".

" Dari mana datangnya telur kalau tiada ibu ayam? Jadi tentulah ibu ayam yang wujud dulu barulah dia bertelur ".

" Ish, tak logik! Habis tu dari mana datangnya ibu ayam tu? Mestilah dari telur juga kan?".

Datang la pakcik tua pemilik warung mencelah, niatnya hanya nak leraikan kekusutan mereka.

" Apalah yang kamu berdua bertekak ni?. Cuba tanya pakcik yang dulu makan garam ni".

Kemudian mereka pun bertanya ,

" Haa kalau macam tu, mana yang wujud dulu pakcik, telur ke ayam?".

Jawab pakcik tu, " Pakcik tak pasti juga telur atau ayam yang wujud dulu, tapi...yang pakcik pasti semuanya Allah yang wujudkan".

Terdiam dua lelaki tersebut tanpa bicara.

Yang pasti Allah sedia wujud tiada mula dan akhir. Tapi semua makhluk atas muka bumi ni ada awal dan akhirnya kerana kita ciptaanNya.

Setuju ? 🥰

Faz Zahrin
8 september 2021


0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)