Assalammualaikum semua sahabat yang Allah sayang.
Antara syafaat Rasulullah SAW, yang diberi oleh Allah SWT , syafaat untuk memasukkan orang-orang tertentu ke dalam syurga tanpa hisab dan azab. Mereka yang sangat bernasib baik ini akan masuk kedalam syurga melalui laluan khas yang telah ditentukan.
Allahuakhbar, besar syafaat Rasulullah SAW.
Al-Imam Ahmad meriwayatkan dalam sebuah hadis melalui Abdul Rahman bin Abu Bakar R.A beliau berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Tuhanku telah mengurniakan kepadaku seramai 70,000 dalam kalangan umatku mereka masuk syurga tanpa hisab.
Saidina Umar bertanya kepada Nabi SAW; “Tidakkah tuan minta ditambah bilangan itu?
Rasulullah menjawab ya! Saya telah memohon tambahan, lalu Allah mengurniakan kepadaku tambahan setiap seorang membawa 70,000 orang bersama.
Umar berkata: Tidakkah tuan meminta tambah lagi?
Rasulullah menjawab ya! Setiap seorang membawa 70,000 lagi.
Umar bertanya lagi: Tidakkah Tuan meminta tambah lagi?
Rasulullah SAW menjawab ya! Aku telah meminta tambah tetapi setakat itu sahaja yang diberi.
Jom kita banyakkan berselawat, pasangkan di dalam rumah , ajak anak2 ahli keluarga semua berselawat 🥰
Waallahualam, moga bermanfaat pada semua ❤
0 Comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda :)