3 BASIC SKINCARE YG SEMUA WAJIB TAHU UNTUK DAPATKAN KULIT YANG LEBIH FLAWLESS! | Faz Zahrin





Jika korang sudah menggunakan pelbagai jenis produk penjagaan wajah, tetapi masih tidak dapat result yang diharapkan , mungkin routine korang yang bermasalah, so kena check !

Just amalkan 3 tips harian ini untuk kulit yang lebih anjal, lembap & sihat!

(1) – FACIAL CLEANSER

Pastikan korang mencuci muka setiap kali sebelum masuk tidur & selepas bangun tidur. WAJIB! Ini adalah untuk mencabut segala kotoran-kotoran harian yang tidak dapat ditanggalkan menggunakan air. Terdapat pelbagai pilihan facial cleanser untuk dipilih (bar, gel, foam, powder etc), so pilihlah yang betul-betul sesuai dengan skin types korang tau. Pemilihan cleanser yang salah boleh menyebabkan kulit kering atau 3x ganda lebih berminyak! Eee tak nak la kan.

(2) – FACIAL TONER

Kalau korang mempunyai banyak masalah whiteheads & blackheads, kemungkinan sekali kerana saiz pori yang terlalu besar. Ini dapat dielakkan dengan menggunakan facial toner setiap kali selepas mencuci muka. Toner boleh membantu mengetatkan kembali pori-pori yang terbuka luas.

(3) – FACIAL MOISTURIZER

Pernah dengar tak org kata kalau pakai moisturizer, kulit makin berminyak? Sebenarnya moisturizer yang betul dapat mengawal pengeluaran minyak dengan lebih baik. Moisturizer berfungsi sebagai pelembap, pembekal nutrient & juga barrier dari bakteria luar. Namun tetapi, pemilihan moisturizer yang tidak sesuai dengan skin type boleh menyebabkan masalah jerawat, kulit kering dan pembaziran tau.

Kalau korang tak melakukan 3 routine asas ini, kebanyakan produk skin supplemen (seperti scrub, serum dan lain2, tidak dapat berfungsi dengan baik pada kulit wajah. Jadi 3 routine asas ini memastikan kulit wajah sentiasa bersih, tona sekata dan lembab.


3 comments:

  1. Setuju dengan Faz. Penting untuk kita buat 3 rutin yang asas ni.

    😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. InshaAllah bila kita konsisten akan dapat hasilnya 🥰

      Delete
  2. Betul konsisten dengan basic skincare inshaAllah boleh dapatkan kulit yang baik 😊

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)