ALLAH IZINKAN KITA BANTU ORANG LAIN | Faz Zahrin



Assalammualaikum semua yang Allah sayang.

Nak tahu sama ada kita seorang yang rendah hati atau tidak, nilailah diri kita sendiri.

Adakah kita ini suka mengutuk dan memperlekehkan orang.

Adakah kita suka melihat kebaikan orang atau keburukannya.

Adakah perlakuan dan perkataan kita mengecilkan hati atau membahagiakan orang?

Jom sama-sama kita didik hati, bila kita membantu orang sebenarnya bukan kita yang bantu, tetapi Allah SWT yang izinkan bantu mereka melalui kita.

Allah SWT yang mengizinkan kita ada rezeki, kudrat, masa dan kesihatan untuk membantu orang yang lain.

Cukuplah kita meletakkan apa sahaja yang berlaku di bumi Allah SWT ini adalah dengan izin dan kekuasaanNya, bukan kerana kehebatan kita. Kerana tiada yang hebat melainkan Allah.

Waallahualam.

0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)