Kadang kita tak sedar, berjayanya kita dalam kerjaya, bahagia kita dalam rumah tangga, kesihatan kita, ketenangan jiwa kita asbab doa dari seorang ibu...
Bila hati seorang ibu gembira, percayalah segala nikmat dunia kita akan rasa. Nikmat akhirat apatah lagi, sudah tentu besar dan hebat.
Abdullah bin Masúd pernah bertanya pada Rasullah,
“Saya bertanya kepada Rasulullah. Manakah amalan yang paling dicintai oleh Allah?, Rasulullah menjawab, solat mengikut waktunya. Saya bertanya lagi, selain itu, apakah lagi? Baginda menjawab, berbakti kepada orang tua. Saya bertanya lagi, selain itu, apa pula? Kemudian baginda menjawab, berjihad pada jalan Allah.” – Riwayat Bukhari Muslim.
Kalau hati ibu kita sedih, percayalah apa sahaja yang kita mahukan susah kita nak dapat. Kita akan hilang banyak perkara sama ada kita sedar atau tidak.
Tapi kan...hebatnya seorang ibu ni macam mana hati dia sedih atau terluka, dia tidak pernah sekali buang nama anaknya dalam doanya.
Kadang ibu kita terasa hati dia tak tunjuk pada kita, dia akan buat macam biasa tiada apa yang berlaku. Tapi dalam hatinya Allah sahaja yang tahu.
Jadi kita sebagai anak jangan pernah sombong dengan ibu kita. Jaga kata2 kita. Tiada kita tanpa ibu yang melahirkan.
Tiada insan sehebat ibu, sebab seorang ibu ni sejak kali pertama ibu bergelar isteri pada ayah kita, sejak itu ibu dah berkorban hidupnya untuk kita.
Jadi ingatlah wahai sahabat yang Allah sayang sekalian dan juga pesanan pada diri...
Jangan sampai terhenti doa seorang ibu untuk kita. Susah hidup kita nanti Allahuakhbar nauzubillahiminzalik.
Selagi Allah beri nyawa pada ibu, mintalah doa dia.Doa seorang ibu tiada hijabnya dengan Allah SWT.
Bersyukur dan beruntunglah mereka yang masih ada ibu, jagalah hati mereka.
Ingatlah akan ada satu masa Allah akan uji kita dengan kesusahan ,ketika itu tiada siapa pun yang akan sanggup tolong kita dunia akhirat lebih daripada ibu kita.
Ya Allah ampunkanlah dosa kami kerana banyaknya dosa kami tidak menjaga hati ibu kami ya Allah. Ampunilah dosa ibu kami, haramkanlah baginya neraka, dan kurniakanlah Syurga baginya tanpa hisab. Ameen ya rabb.
30.06.2021
Faz zahrin
( hati ini hanya terlalu rindu dengan pelukan mak)
0 Comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda :)