Haa korang tau tak , wajib ada pencuci muka untuk semua orang tak kira perempuan atau lelaki.
Sebab bagi faz untuk dapatkan kulit yang bersih sihat dan cantik penting sangat adanya pencuci muka dalam rutin penjagaan kulit wajah kita seharian.
Jadi, faz nak kongsi tips pilih pencuci muka yang sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang sensitif.
Antara tips penting adalah;
1. Pilih kandungan pencuci muka yang membantu melembabkan kulit wajah kita. Contohnya niacinamide,hyaluronic acid dan ceramide.
2. Pilih kandungan pencuci muka yang ada Glycerin di dalamnya. Gylerin ni adalah pelembap yang paling efektif yang membantu meningkatkan kadar air pada kulit wajah kita.
3. Pilih pencuci muka yang bertindak lembut pada wajah. Selepas mencuci muka, kulit akan rasa lembab tidak tegang dan kejung je rasa. Elakkan pilih pencuci muka yang ada 'microbeads' biji kecil yang boleh melukakan kulit wajah jika kita menggunakannya dengan kerap.
4. Pilih tekstur pencuci muka yang berbentuk gel,lotion atau krim. Jika pilih pencuci muka yang jenis 'foam' berbuih boleh menyebabkan kulit wajah semakin kering bila kerap menggunakannya.
Banyak lagi tips pilih pencuci muka yang sesuai untuk wajah kita, inshaallah nanti faz akan kongsi lagi.
Faz nak kongsi jenama pencuci muka yang pertama kali faz jumpa yang sesuai untuk semua jenis kulit dan paling sesuai terutama kulit yang sensitif.
Tadaa....
Memperkenalkan Youth Organic Cleanser Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit Terutama Kulit Sensitif!
Bahan-bahan yang utama ada dalam Youth Organic Cleanser ;
1. Muscadine Grape Extract
Kaya dengan polifenol untuk melindungi dan memperbaiki DNA sel dalam masa yang sama menghalang kerosakan kolagen dan elastin.
2. Vital Repair+® Complex
Kaya dengan nutrien anti-oksida dan vitamin-vitamin penting ntuk menghalang radikal bebas dan menggalak tumbesaran sel sihat.
3. Exfoliating Green Algae Complex
Menghaluskan kulit daripada sel mati secara lembut tanpa penggunaan microbeads yang boleh merosakkan sel kulit. Green Algae Complex membuang kotoran pada kulit wajah tanpa mencederakan.
MasyaAllah best sangat kan, pencuci muka Youth ni dah la 100% berasaskan tumbuh-tumbuhan dan bebas daripada bahan kimia yang bahaya untuk kulit.
Sebab tu ramai sangat yang jatuh cinta dengan pencuci muka youth ni termasuk la faz sendiri.
Faz mempunyai kulit jenis kering dan sangat sensitif. Jadi sangat susah nak jumpa pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah.
Alhamdulillah sekarang faz dah jumpa yang sesuai dan setia dengan dia je tau hehe , pencuci muka Youth buah hati faz, tak jumpa sehari tak tidur lena faz dibuatnya😜
Apa pilihan pencuci muka korang? Kongsi la tau, sharing is receiving pahala tau eheks 😊
0 Comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda :)