COVID 19 AJAR UNTUK MELETAK KEBERGANTUNGAN HANYA KEPADA ALLAH| Faz Zahrin


Ya Allah sesungguhnya aku rindu 🥺

Setiap hari call mak mesti mak nangis video call dengan hasya .

Mak : " bila la opah dapat jumpa cucu opah ni ..., Opah rindu sangat dengan hasya ."

Hasya : " hasya rindu opah jugak. I love you "

Mak : " Opah selalu doa minta kat Allah cepat la hapuskan covid 19 ni ...moga mak dapat jumpa anak cucu mak "

Hasya : " Opah tunggu hasya tau, nanti hasya balik kampung. Tunggu' monster' covid ni tak ada "

Ermm mak...kami pun rindu sangat dengan mak dah nak setahun tak jumpa peluk cium mak , Allah sahaja tahu perasaan ni.. tapi kami yakin Allah ada jaga mak.

Hari2 faz tanya soalan sama kat mak " mak sihat tak? Okey tak? "

Kalau boleh hari2 nak dengar suara mak ,minta mak doa.

Sebab faz tahu dengan doa mak la, selama faz hidup Allah pelihara , Allah beri kebahagiaan , rezeki yang mencukupi melalui doa mak yang tak putus .

" Ya Allah Jagakan Mak untuk kami, jauhilah mak dari segala musibah, berikanlah dia kekuatan, kesihatan dan umur panjang yang berkah ya Allah.
Kerana kami hambaMu yang lemah. Hanya Engkau tempat kami berharap dan bergantung.

Ya Allah Engkau hapuskanlah Covid 19 di atas muka bumi ni ya Allah. Kami mohon ampun atas segala dosa2 kami ya Allah...berikanlah RahmatMu kepada kami ameen ya mujeeb..."



*gambar ni ingat lagi sebelum pandemik , masih dapat pergi hiking dengan mak, masa tu mak kuat sangat sampai ke puncak kami naik *


0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)