SEMPURNA MILIK MUTLAK ALLAH SWT | Faz Zahrin




Assalammualaikum kesayangan faz yang Allah sayang 🌤

Ingatlah bahagia itu tidak bersandar pada kebendaan semata-mata, apa guna semua kemewahan sekiranya hati kita tidak tenang, betul tak?

Kebahagiaan itu sebenarnya terletak pada diri kita sendiri dan hati kerana hanya diri yang dapat menentukan hala tuju kehidupan.

Bersyukur dengan sayang diri kita sendiri. Kerana diri kita tidak akan pernah sempurna pada pandangan manusia tetapi syukur kita mempunyai banyak nikmat pada diri kita yang orang lain mungkin tiada.

Jika kita rasa tertekan dengan rutin harian yang terlalu mengejar kebendaan dan harta dunia, cuba fikir apa tujuan kita hidup di atas muka bumi Allah ni.

Adakah semata-mata kebahagiaan dunia sahaja yang kita inginkan atau kebahagian kekal abadi iaitu syurga Allah.

Hargailah diri dan masa yang kita ada dengan membahagiakan insan tersayang dan cuba sebaiknya menjadi manusia yang bermanfaat pada manusia lainnya.

Bila kita sentiasa bersyukur inshaAllah hati akan tenang dan bahagia.

Dan SEMPURNA itu hanyalah milik mutlak Allah SWT.

Waallahualam 😊

0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)