Peranan Ibu Pada Anak-anak




Ibu bapa memainkan peranan yang sangat besar pada anak-anak terutama dalam mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah dan berkembang dengan sihat mental dan fizikal. Di dalam sesebuah institusi kekeluargaan ibu merupakan tonggak utama dalam mendidik anak-anak. 

“Seorang isteri adalah pemimpin di rumah suaminya dan dia bertanggungjawab atas kepimpinannya.”
[Hadis Riwayat Imam Bukhari:3532]

Hebatnya seorang Ibu dan peranan yang dimainkan oleh seorang yang bergelar 'Ibu'. Antara  peranan ibu pada anak-anak dalam mendidik anak-anak 



Pertama, Santuni anak saat berkomunikasi

Cth: memberi tumpuan terhadap apa yang anak mahu katakan.

Kedua, Sering menyebut kelebihan anak.

Jangan sesekali memperlekehkan anak. Cth: "Adik buat apa ni? Macam tak jadi je.."

Ketiga, Menghargai anak perempuan, mengiktiraf anak lelaki.

Cth: Beri ucapan terima kasih dan sayang, peluk anak tanda hargai mereka. Atau beri hadiah atau masak makanan kegemaran mereka.

Keempat, Bimbing anak menentukan mana yang salah dan benar.

Jangan cepat menghukum mereka, beri anak kefahaman dan ajari mereka.




Kelima, Melayan anak yang gemar bertanya.

Sabar dengan kerenah anak yang ada rasa ingin tahu, berikan mereka jawapan yang mudah dan senang difahami.

Keenam, Ambil tahu siapa sahabat anak. 

Ibu bapa perlu jadi sahabat pada anak-anak dahulu baru boleh ketahui siapa sahabat anak.

Ketujuh, Latih anak untuk mengakui kesilapan. 

Jika anak lakukan kesilapan, tegur dengan nada lembut dan beri mereka sebab kenapa mereka salah.

Kelapan, Membina sikap disiplin dalam diri anak. 

Kenakan hukuman ringan tujuan untuk mendisiplinkan mereka disamping beri tunjuk ajar dengan kasih sayang.
Kesembilan, Mendoakan yang baik-baik untuk anak.

Kata yang baik-baik, kerana kata-kata adalah satu doa untuk anak-anak.

Kesepuluh, Ibu sebagai teladan dalam keluarga.

" ibu adalah jambatan yang mewujudkan anak yang soleh, berakhlak mulia, berwawasan dan berjaya"

Kesebelas, Ibu sebagai pendidik. 

Ibu hebat ialah yang memiliki wawasan untuk membentuk zuriatnya semenjak berada dalam perut sehinggalah anak dilahirkan.

"aku nak usaha sehabis baik jadi  ibu yang terbaik untuk anak-anak walaupun aku masih belum lagi jadi yang terbaik."

0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)