MENITI ATURAN TAKDIR ALLAH



Kita ni selalu mengeluh atas apa yang kita tidak peroleh lantas sering lupa menghargai apa yang telah kita nikmati.

Sedangkan tidak terhitung nikmat yang Allah berikan pada kita sejak lahir hingga lah sekarang. 

Lintasan fikiran "apa yang aku nak" akan menarik kita jauh daripada syukur kerana kita sentiasa inginkan sesuatu yang memuaskan nafsu namun hakikatnya Allah tahu bahawa ia memudaratkan.

Kita sentiasa merasa tidak puas dengan segala yang telah ditentukan Allah.

Lalu, kita mula mempersoalkan segalanya, " Kenapa apa yang aku nak, Allah tak bagi pada aku? ", "Sepatutnya aku dapat macam ni, bukan macam tu".

Kita merasakan bahawa kita lebih tahu daripada Allah dalam melihat kehidupan ini. Sampai satu saat, kita merasakan bahawa kitalah yang menentukan apa yang 'sepatutnya' berlaku dalam kehidupan. 

Nauzubillahi min zalik 😢😥😥

Apabila hadapi sesuatu ujian, akan terlintas fikiran seolah kita tidak reda dengan aturan Allah.

Tapi kita boleh ' switch ' fikiran kita " Kenapa Allah tak bagi aku itu ini" , kenapa tidak kita tukar ayat " Apa yang perlu aku baiki diri aku ?" dan letakkan satu fikiran " setiap apa yang Allah tentukan pasti terbaik, kerana Dia adalah Tuhan dan aku adalah hamba" InshaAllah akan membuat kita sentiasa reda dalam melalui kehidupan.

 Bukan bermaksud kita tidak perlu merancang dan berusaha untuk hidup ke arah yang lebih baik, namun kita perlu sedar bahawa hakikatnya Allah yang menentukan. Jika Allah tidak izinkan, maka tak mungkin terjadi. Jika Allah takdirkan, pastinya berlaku.

Penting sangat untuk sentiasa latih diri untuk sentiasa syukur dengan jalan takdir Allah aturkan untuk kita. Kerana manusia itu tidak sempurna dan selalu lupa sifatnya.

Apa yang kita fikir akan menentukan sikap kita dalam menghadapi segala kejadian dan ketentuan. 

Ibarat kaca mata yang kita gunakan dalam melihat dunia. Jika kabur kaca mata yang kita guna, maka kaburlah pandangan kita dengan nikmat Tuhan di depan mata. Jika jelas kaca mata kita, maka terang dan jelaslah kita dengan segala Nikmat Allah di depan mata.

Kuncinya Syukur, Reda dan Sabar,ianya sukar tapi yang sukar itu mujahadah kita nak capai Syurga Allah.

Langkah di dunia, destinasi di akhirat ❤️

Faz Zahrin
13.02.2021


0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)