Kita yang mana Muslim by Chance atau Muslim by Choice? 🤔






Muslim by chance diertikan sebagai seorang individu yang menjadi Muslim kerana keturunan sedangkan Muslim by choice adalah dimana keadaan seorang individu yang memilih untuk beragama Islam. Tidak dapat dinafikan golongan ini lebih hebat penghayatan mereka terhadap akidah.

Muslim by chance berbeza tahap penghayatannya dengan Muslim by choice. Kita sebagai ibu ayah harus pastikan anak-anak kita yang statusnya ialah Muslim by chance mampu memiliki penghayatan konsep akidah seperti Muslim by choice. 

Seharusnya kita Muslim by chance perlu bersyukur kepada Allah diberi nikmat yang paling besar atas muka bumi ini dengan dilahirkan dalam keadaan Islam.

Alhamdulillah Ya Allah, nikmat paling besar Allah beri pada kita adalah nikmat Islam. 

Tapi ramainya kita tidak hargai nikmat paling besar ni😭

Allahu akhbar..jadikan kami hambaMu yang sentiasa bersyukur.

0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)