"Barangsiapa tidak mengasihi maka ia tidak akan dikasihi." (HR Bukhari No:5538)
Pertama, Pelukan dan ciuman.
" Rasulullah SAW pernah mencium Al Hassan bin Ali sedangkan disamping beliau ada Al Aqra' bin Habis At Tamimi sedang duduk, lalu Aqra berkata;" Sesungguhnya aku memiliki sepuluh orang anak, namun aku tidak pernah mencium mereka sekali pun, maka Rasulullah SAW memandangnya dan bersabda:" Barangsiapa tidak mengasihi maka ia tidak akan dikasihi. " (HR Bukhari No:5538)
Kedua, Mengusap Kepala.
Mengusap kepala juga merupakan salah satu method yang diajar oleh Rasulullah SAW untuk menawan hati anak. Rupa- rupanya perlakuan ini menyebabkan anak-anak berasa diri mereka penting diberi perhatian dan dihargai.
Ketiga, Menyentuh pipi dengan kata-kata positif.
Daripada Jabin Samurah r.a berkata;
" Aku solat zuhur bersama Rasulullah SAW, kemudian baginda keluar ke tempat keluarganya dan aku pun ikut keluar. Selanjutnya, beliau disambut oleh anak-anak, kemudian Baginda mengusap pipi mereka seorang demi seorang hingga sampailah pada giliranku. Baginda mengusap pipiku dan ternyata kurasakan tangan Baginda begitu sejuk dan Harum baunya seakan-akan tangan Baginda baru dikeluarkan dari kantung yang berisikan minyak wangi. " (HR. Muslim)
Keempat, Panggilan baik dan bermakna pada anak adalah satu doa.
"Dan janganlah kalian panggil memanggil dengan gelaran buruk" (Al-Hujurat: 11)
Anak yang dipanggil dengan panggilan yang baik akan menjadi seorang yang bersemangat, mendengar kata dan menyayangi kedua ibu bapa. Berbanding anak yang dipanggil panggilan kesat atau kasar akan rasa tersisih dan juga tidka disayangi.
Kelima,Tegas dalam berkasih sayang.
Sebenarnya tegas dalam berkasih sayang amat digalakkan tetapi haruslah mengikut keadaan.
Kisah Rasulullah SAW juga bertegas dengan seorang anak yang tidak jujur.
An-Nawawi menyebutkan dalam kita al-Adzkar, dia katakan: Kami meriwayatkan dalam kitab Ibnus Sunni daripada Abdullah bin Busr Al-Mazini r.a, ia berkata: Ibuku mengutusku kepada Rasulullah SAW dengan membawa seikat anggur. Namun aku memakannya sebahagian sebelum aku berikan kepada Baginda. Ketika aku bertemu Baginda, Baginda memulas telingaku dan berkata" Ini adalah pengkhianatan. "
Moga bermanfaat untuk semua ❤️
0 Comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda :)