HUKUM CERMIN



" Mirror, Mirror on the Wall, Who’s the Cutest of them all ? "

Sudah... Macam cerita snow white plak anak dara sorang ni tengok cermin kemain dia 😂

Tiba-tiba tercetus idea ibu nak kongsi tentang Hukum Cermin.








Ada hikmah hasya duduk depan cermin tu hehe, Allah nak bagi ilham.😍

Okey siapa tahu pasal Hukum Cermin??

Haaa tak pernah dengar kan2?

Okey, faz kongsi la sedikit daripada bahan bacaan faz.

Kita semua tahu, fakta cermin ni hukum dia apa sahaja imej yang diberi akan dipantulkan semula.

Sama juga kalau kita cuba ' apply' dalam konsep kehidupan kita.

We always receive the same image that we give.

The same vibes that we send out.

Hidup kita akan lebih bahagia, gembira, bersyukur apabila kita selalu ingat untuk cermin diri sendiri dahulu sebelum melihat dan menilai sekeliling.

Sebelum kita menghakimi.

Sebelum kita berlawan.

Sebelum kita mengubah.

Tetapi....

Orang yang patut kita hakimi,

Orang yang patut kita lawan,

Orang yang patut kita ubah,

Orang yang patut kita benci buruknya,

Orang yang patut kita sayang baiknya,

Orang yang patut kita pelihara fizikalnya,

Orang yang patut kita sayang dirinya,

Adalah... Orang di dalam cermin tu!

Orang di cermin tu lah cabaran utama kita.

Tiada siapa yang boleh buat hidup kita senang.

Tiada siapa yang boleh buat jiwa kita tenang.

Tiada siapa yang boleh beri kita kebahagian.

Tiada siapa yang boleh selesaikan permasalahan.

Tiada siapa yang boleh tolak kita untuk kehadapan.

Tiada siapa yang boleh bantu reliasikan impian.

Melainkan diri kita sendiri!

Untuk ubah dunia, kita dulu perlu ubah diri kita bukan orang lain.

Jom kita cuba ubah diri kita ke arah yang lebih baik!

Bukan semata dunia tapi kita niat untuk ubah dunia ni sebagai tempat yang penuh dengan orang yang baik2 dan dunia sebagai langkah kita untuk capai destinasi akhirat, Syurga Allah.

Dan jangan lupa senyum selalu buat baik,

Sebab hidup ini macam cermin.

Kita senyum buat baik pada dia dan dia akan senyum dan buat baik pada kita!

Seronok kan bila kita 'apply' hukum cermin dalam kehidupan kita 😍

Moga sahabat2 yang membaca dapat sesuatu 😊

Waallahualam.

0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)