MENCARI KUNCI SYURGA DALAM KELUARGA?




 Siapa yang tak nak merasa syurga dunia iaitu keluarga sakinah mawaddah wa rahmah. 

Ada kunci yang perlu kita ada untuk buka pintu syurga dalam keluarga.

Kunci yang paling utama adalah belajar untuk reda,  syukur dan merasakan pasangan dan anak2 merupakan anugerah terindah dan terbaik yg Allah telah berikan pada kita. 

Jangan pernah membandingkan dengan orang lain. Dalam perkahwinan tidak akan bahagia jika kita mencari dan ingin pasangan membaiki kekurangan, tapi inginkan syurga dalam perkahwinan dan keluarga dengan cara kita baiki kekurangan diri kita sendiri sebelum membaiki kekurangan pasangan. 

Same goes to anak-anak, nak anak yang baik di mata ibu ayah dengan cara ibu ayah dulu kena cermin diri baiki diri jadi yg terbaik dan qudwah hasanah pada anak-anak, barulah anak-anak menjadi yg terbaik utk kita.

" Bila menghadapi masalah jadilah AIR pada pasangan kita yg sedang menjadi API, bukan menjadi MINYAK yang lagi memarakkan api."

Wallahua'lam, moga Allah reda❤️



0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)