10 TIPS MENDIDIK ANAK MUDAH UCAPKAN MAAF DAN BERTERIMA KASIH | Faz Zahrin


Hasya: " Terima kasih ibu abah belikan hasya buku, hasya sukaaaa "

Ibu: " Alhamdulillah, terima kasih hasya sebab suka, hasya seronok ibu lagi seronok tau. Okey kalau dapat hadiah ke orang bagi sesuatu kita kena cakap apa? Ahamdulillah kan, haa cakap terima kasih Allah bagi hasya buku"

Hasya: " Alhamdulillah terima kasih Allah, sayang Allah."

Nabi Muhamad SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Jika kita tidak tahu berterima kasih terhadap manusia, maka kita juga tidak akan tahu berterima kasih terhadap Allah.”



Didik anak dengan kita sebagai ibu ayah menjadi contoh dan teladan kepada mereka. Apabila kita sendiri sebagai ibu ayah sentiasa mengucapkan terima kasih dan meminta maaf, insyaAllah mudah anak-anak akan ikut dengan sendirinya, tanpa kita perlu bersusah payah.

Tetapi ingat setiap proses mendidik dan membentuk anak-anak perlu kesabaran yang tinggi. Dan mohonlah kesabaran dan kerendahan hati pada Allah SWT. Sebab dalam kita mendidik anak tanpa sedar kita mendidik dan membentuk diri kita sendiri .

Jom faz kongsikan antara tips mudah ibu ayah boleh praktikkan pada anak-anak.

10 TIPS MENDIDIK ANAK MUDAH MENGUCAPKAN MAAF DAN BERTERIMA KASIH

1. Tugas mengenalkan Allah adalah tugas hakiki ibu ayah sejak dari anak dalam perut. Jangan melepaskan tanggungjawab ini kepada guru di sekolah semata.

2 .Proses mengenal kalimah Allah bermula dari anak itu dalam rahim ibu dan juga lahirnya anak kita ke dunia apabila si ayah melaungkan azan atau iqamah ke telinga anak.

3. Ibu ayah perlu bersedia dengan dua perkara sebelum mengenalkan Allah kepada anak iaitu perlunya ada ilmu dan menjadi model terbaik.

4. Gunakan analogi mudah bagi memahamkan konsep ketuhanan kepada anak. Sebab akal anak kecil masih lemah dalam memahami persoalan ghaib ( yang tak nampak oleh pancaindera)

5. Proses pembelajaran anak berusia 3 – 6 tahun masih dalam lingkungan logik deria mereka. Ini antara punca ibu ayah gagal menerangkan ‘siapa itu Allah' kepada anak-anak.

6. Jangan pernah samakan Zat Allah dengan sesuatu yang boleh dilihat, didengar, dan dirasa akan menyebabkan anak keliru.

7. Kenalkan dahulu anak dengan sifat 20 Allah bagi menerangkan lebih jelas bahawa zat Allah berbeza dengan sifat fizikal dan kemampuan manusia.

8 Bercerita kisah-kisah Al-Quran pada anak bagi mereka faham dengan lebih jelas siapa Allah.

9. Ajarkan anak ucapan maaf dan terima kasih seawal umur anak kecil . Ucapan maaf dan terima kasih kepada manusia berkait rapat dengan konsep taubat dan syukur kepada Allah.

10.Sentiasa berdoa dan memohon pada Allah semoga dikurniakan hati yang terang, kefahaman yang tinggi, usaha yang istiqamah dan semangat yang kuat sepanjang proses mengenalkan anak-anak kepada Pencipta.

Ibu ayah boleh amalkan doa dalam surah Ali-Imran ayat 200. Doa moga anak lembut hati dan tidak degil sambil tiup di ubun-ubun kepala anak. 

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اصْبِرُوْا وَصَابِرُوْا وَرَابِطُوْاۗ وَاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ 

" Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung. "                   

Moga bermanfaat untuk semua sahabat faz yang Allah sayang .

Continue Reading

3 SEBAB UTAMA VITAMIN C PENTING UNTUK KECANTIKAN KULIT




Vitamin C perlu ke kita ambil, dan kenapa vitamin C penting untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik?

Vitamin c adalah sejenis vitamin yang anti-oksida yang melindungi kulit kita.Sebab badan manusia tak boleh nak hasilkan vitamin c sendiri. 

Oleh itu, penting untuk kita cukupkan vitamin c dalam badan dengan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dengan kandungan vitamin c dalam kehidupan seharian kita.

Selain itu, kita juga boleh mengambil vitamin c dengan suplemen kesihatan secara oral dan juga yang telah diluluskan oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

Jadi faz nak kongsikan 3 sebab utama perlunya pengambilan vitamin C dalam membantu untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik.

3 Fungsi utama vitamin c untuk kulit;
  1.  Membantu kulit wajah kelihatan muda daripada umur ( awet muda).
  2. Untuk melindungi kulit daripada cahaya matahari , sinaran uv dan juga toksin.
  3. Untuk kurangkan pigmentasi dan kurangkan parut pada wajah.
Vitamin c yang cukup dapat melindungi kulit daripada kerosakan disebabkan oleh tertedah dengan cahaya matahari dan sinaran ultra violet. 

Sebab bila kulit tertedah dengan sinaran uv yang kuat menyebabkan kulit terbakar(surnburn) jadi vitamin c mampu melindungi kulit dan memulih sel kulit dengan lebih cepat.

Vitamin c juga berfungsi menghasilkan dan merangsang penghasilan kolagen dalam kulit. Bila penghasilan kolagen banyak, kulit akan tampak lebih lembab, segar dan awet muda.

Disamping itu, vitamin c membantu mengurangkan pigmentasi. Dimana dalam kulit kita ada satu sel ' Melanocytes', dan fungsinya adalah untuk keluarkan warna. 

Kadang kalau perasan, kulit kita ada jerawat atau ada trauma , jadi sel 'Melanocytes' akan keluarkan warna yang gelap pada kulit wajah kita. Jadi vitamin c membantu mengurangkan pengeluaran melamin daripada Melanocytes pada wajah. Maksudnya vitamin c membantu mengurangkan pigmentasi pada kulit.

Disamping itu, vitamin c juga membantu masalah kulit kering yang kritikal dan dan juga membantu mereka yang ada masalah ekzema. Kerana kulit mereka ini mempunyai masalah dengan 'Ceramide'.Dimana kulit mereka kurang mengeluarkan 'Ceramide' dan vitamin C membantu meningkatkan  pengeluaran 'Ceramide'.

Eh faz, 'Ceramide' tu apa ke benda pula? Hehe maaf semua, banyak sangat perkataan baru ye.Jangan risau, faz terangkan.

Apa tu ceramide?
Ceramide merupakan lemak yang terhasil secara semula jadi pada lapisan kulit atas. Kulit mengandungi lebih daripada 50 peratus ceramide dan merupakan komponen utama dalam komposisi kulit. Oleh itu, ceramide mempunyai peranan penting kepada kulit wajah dengan mengawal respon kulit daripada ancaman persekitaran.

Ceramide merupakan bahan anti-penuaan yang kuat, ianya lebih kuat berbanding retinol, niacinamide dan peptide. Retinol, niacinamide dan peptide merupakan bahan yang bertindak untuk menyokong sifat kulit supaya menjadi  dinamik.

Penghasilan ceramide akan berkurangan akibat faktor usia serta kerosakan kulit akibat cahaya matahari. Kekurangan ceramide dalam kulit wajah akan melemahkan barrier kulit kita. Jadi sebab itu penting pengambilan vitamin C dalam membantu tingkatkan penghasilan 'Ceramide'.

Haa penting kan vitamin c untuk kecantikan dan kesihatan kulit wajah kita.

Eh semua kesayangan faz, dah ada vitamin c pilihan di hati?



Continue Reading

JATUH CINTA DENGAN YOUTH SKINCARE | Faz Zahrin





Jom baca kisah cinta faz dan Youth Skincare. Sebenarnya sebelum cuba pencuci muka Youth ini dah bermacam-macam jenama faz pernah cuba dah tau. 

Jadi  faz nak berkongsi kisah bagaimana faz jatuh cinta dengan penjagaan kulit Youth. 

Pada suatu hari yang indah, angin sepoi-sepoi bahasa termenung faz di depan cermin membelek muka faz yang semakin hari semakin teruk kulit mengelupas dan kering. 

Eh dah macam nak tulis cerita novel la plak kan eheks.

Eh tapi betul tau, faz asik belek muka sedih sebab ramai yang cakap kulit muka faz semakin kusam macam orang sakit. Siapa tak sedih kan?

Faz dah lama dengar tentang  penjagaan kulit Youth ni tapi masih berfikir untuk cuba sebab risau kalau masih juga tak sesuai untuk kulit wajah faz yang sensitif teramat ni.

Tapi faz beranikan diri ambil keputusan untuk cuba dengan pencuci muka Youth Luminous Gel Oil Cleanser.

MasyaAllah selepas seminggu faz cuba, dah nampak perubahan pada kulit wajah faz. Kulit kering mengelupas dah kurang dan paling buat faz jatuh cinta, tak sangka pencuci muka Youth ni dapat melembabkan kulit.

Sekarang  dah tube ke 3 pencuci muka Youth faz gunakan. Yela cuba bayangkan 1 tube  tu faz boleh guna sampai 4 ke 6 bulan juga tau tapi sebab encik suami pun curi-curi guna pencuci muka kita.

Jadi 1 tube pencuci muka Youth tahan 3 ke 4 bulan jadinya hehe. Takpe la sayang punya pasal faz kasi chance la, suami pun nak kulit licin juga kan takkan kita je eheks.

Nak cerita la dekat korang, Sebenarnya kan kulit faz ini memang 'super dry skin' dan sensitif. Tetapi selepas faz konsisten dengan set penjagaan kulit Youth, kulit semakin lembab dan tak kusam dah. 

Pertama sekali apa yang faz buat, mencuci muka menggunakan formula 60 saat. Haa korang yang tak pernah cuba tu, baik korang cuba tau!Bagus sangat dapat melancarkan aliran darah di wajah kita. Alaa bermanja la dengan kulit kita tuh.

Selepas tu, faz akan pastikan sehari pakai toner 2 kali. Sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam selepas mencuci muka. Sebab toner ini dapat membantu untuk beri 'soothing' kulit kita.

Dan yang bagusnya  Toner Youth ini pertama kali faz cuba, kulit tak rasa pedih langsung tau memang berbeza dengan jenama yang faz pernah cuba dulu, segar dan lembab je kulit. Percaya lah korang cuba nanti korang akan obses dengan kondisi kulit sendiri hehe. 

Faz cakap ni sebab pengalaman faz sendiri dah rasa dah perasaan tu,haha. Suami dan anak faz sendiri suka sentuh kulit muka faz tau. 

Hasya: " Ibu... lembut je kulit ibu macam hasya kan".

Faz apa lagi, uishhh berbunga-bunga dengar walaupun anak sendiri cakap. Tapi budak kecil tak pandai menipu kan hehe.

Jadi, kesayangan faz semua, faz nak kongsi sangat pengalaman faz sendiri yang pernah mengalami masalah kulit kering dan sensitif yang teruk. Sampaikan satu tahap faz rasa rendah diri dan murung dengan kondisi kulit muka faz tau.

Sebab tu faz nak juga kawan-kawan yang ada masalah macam faz cuba sendiri dan rasa perubahan kulit korang sendiri.

Lagi satu guru faz  pernah pesan, benda baik kena kongsi kalau tak jatuh dosa tau. Tak nak la faz kena soal akhirat nanti sebab faz tak sampaikan benda baik dan bermanfaat yang boleh bantu ramai orang kan.

Korang yang ada masalah kulit kering kritikal dan sensitif macam faz tak salah untuk mencuba kan. InshaAllah percayalah, ianya sangat berbaloi.

Dan ada set penjagaan kulit yang terbaik adalah salah satu cara kita beri ganjaran pada diri kita sendiri tau.

Sayang diri dan sayang kulit wajah kita.
Continue Reading

Almarhumah Siti Sarah Raisuddin Pengakhiran Yang Dicemburui| Faz Zahrin




Kematian itu pasti bagi setiap mereka yang hidup di atas dunia ini. Allah SWT menjadikan kehidupan dan kematian untuk menguji siapakah dalam kalangan kita yang paling baik amalannya, seperti yang Allah sebut dalam surat cintanya pada kita,

Maksudnya : " Dia lah yang mentakdirkan adanya hidup dan mati ( kamu), untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia Maha kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun ( bagi orang-orang yang bertaubat).

Al-Quran Surah Al-Mulk ayat 2.

Seperti yang kita tahu, Allahu akhbar berita yang sangat sedih untuk semua rakyat Malaysia dimana Siti Sarah binti Raisuddin isteri kepada Shuib Sepahtu meninggal dunia pada tanggal 9 Ogos 2021, pada pukul 5.13 minit pagi disebabkan wabak covid 19.

Gugur dosanya, perginya setelah melahirkan ummat Nabi Muhammad SAW. Dan suaminya Shuib, reda dengan pemergian isterinya dengan menggelarnya  'Bidadari Saya'. Almarhum Siti Sarah benar-benar insan terpilih oleh Allah SWT. Meninggal dalam Husnul Khotimah adalah hadiah teragung dari Allah SWT. Syurga tempat baginya dengan rahmat Allah, setelah dia berpenat di dunia.

Disebut segala kebaikannya di atas dunia setelah kematiannya itu adalah salah satu tanda seseorang itu meninggal dalam husnul khotimah. Allahuakhbar mati syahid,kematian yang dicemburui oleh ramai umat manusia.

Bagaimanakah kita nak tahu sesuatu kematian itu dalam husnul khotimah?

Jadi tergerak hati faz nak berkongsi dengan kesayangan faz semua sedikit ilmu tentang tanda-tanda meninggal dunia dalam husnul khotimah berdasarkan dalil hadis riwayat Abu Daud, Rasulullah SAW bersabda;

Antara tanda-tanda husnul khotimah;

Pertama, sempat melafazkan kalimah syahadah sebelum dia meninggal dunia. 

Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, bahawa Rasulullah SAW bersabda;

Maksudnya: " Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’, nescaya dia akan memasuki syurga. " ( Riwayat Abu Daud)

Kedua, meninggal pada hari atau malam jumaat.

Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah Ibn 'Amru, bahawa Rasulullah SAW bersabda;

Maksudnya: " Tidak ada orang Islam yang meninggal dunia lada hari atau malam Jumaat kecuali Allah SWT akan melindunginya daripada fitnah kubur." ( Riwayat Al- Tirmidzi)

Ketiga, Meninggal dunia dalam keadaan berpeluh di dahinya.

Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam al - Tirmidzi bahawa Rasulullah SAW bersabda;

Maksudnya: " Tanda kematian bagi seseorang mukmin ialah dengan berpeluh dahinya." ( Riwayat Al- Tirmidzi)

Keempat, Diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah SWT ,beramal soleh sebelum dia meninggal dunia.

Berdasarkan hadith Rasulullah SAW bersabda;  

Maksudnya: Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat RAnhum bertanya, “Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?”. Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya." ( Riwayat Al- Tirmidzi)

Kelima, dia berasa gembir dan senang hati untuk bertemu dengan Allah SWT.

Berdasarkan hadith diriwayatkan oleh Anas Bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda;

Maksudnya:" Barangsiapa gembira bertemu dengan Allah, maka Allah gembira bertemu dengannya. Dan barangsiapa merasa berat bertemu dengan Allah, maka Allah juga merasa berat untuk bertemu dengannya." (Riwayat Muslim)

Keenam, meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan perut.

Maksudnya: "Barangsiapa yang mati akibat daripada penyakit berkaitan perut, maka dia mati dalam keadaan syahid." (Riwayat Muslim)

Ketujuh, meninggal dunia dalam keadaan lemas tenggelam , jatuh bangunan dan syahid di jalan Allah SWt.

Maksudnya:" Orang yang mati syahid itu ada lima iaitu orang yang meninggal kerana penyakit tha’un, sakit perut, tenggelam, orang yang jatuh daripada bangunan atau tebing dan syahid di jalan Allah." ( Riwayat al-Bukhari)

Kelapan, meninggal dunia dalam keadaan melahirkan anak.

Maksudnya: "Seorang muslim yang terbunuh dikira sebagai seorang syahid, kematian akibat wabak taun juga dikira sebagai syahid, kematian karena sakit perut, mati lemas dan seorang wanita yang meninggal dunia kerana melahirkan anaknya dikira sebagai syahid." (Riwayat Ibn Kathir)

Kesembilan,meninggal dunia kerana mempertahankan harta dan maruah dirinya.

Maksudnya: "Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, bagaimana kalau ada seseorang yang hendak mengambil hartaku?” Baginda SAW bersabda, “Jangan engkau berikan hartamu!”. “Bagaimana kalau dia melawanku?”. Baginda SAW bersabda; “Lawanlah dia!”. “Bagaimana kalau dia membunuhku?” Baginda SAW bersabda; “Engkau syahid”. “Bagaimana kalau aku yang membunuhnya?” Baginda SAW bersabda: “Dia di neraka!” ".( Riwayat Muslim)

Kesepuluh, meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan soleh.

Maksudnya: "Barangsiapa yang mengucap ‘Laa ilaaha illallah’ ikhlas kerana mencari keredhaan dia Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yang berpuasa pada suatu hari kerana ingin mencari keredhaan Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yang bersedekah ikhlas kerana Allah SWT kemudian dia meninggal dunia, maka dia akan masuk Syurga" ( Riwayat Ahmad)

Bagaimana pula dengan pengakhiran kita semua? Risau dan takut fikir bagaimana pula takdir kita di akhir hayat kita nanti.

Jadi, faz nak ajak semua jom kita sama-sama amalkan doa ini dalam setiap waktu solat dan sujud kita.

Bismillahirahmanirrahim,

" Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan husnul khotimah dan janganlah Engkau matikan kami dalam keadaan su'ul khotimah. " 

Ameen ya mujeeb , Wallahualam.


Continue Reading

10B KUNCI JIWA TENANG| Faz Zahrin


Assalammualaikum kesayangan. Faz nak kongsi '10B' kunci untuk dapatkan jiwa tenang dan bahagia.

Haaa apa '10B tu? Meh faz kongsikan beberapa tips yang faz sendiri lakukan untuk tangani tekanan emosi dan stress.

1. BERTENANG

Cuba bawa bertenang sekiranya kita berasa tertekan. Jika kita sedang berdiri cuba untuk duduk, jika kita sedang duduk cuba untuk baring.

2. BERNAFAS SECARA FITRAH

Pernafasan melalui abdomen adalah cara yang terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam dan mengucapkan Alhamdulillah.

3. BERKATA PADA DIRI KATA-KATA POSITIF

Berkata pada diri 'relakslah'. It's ok it's normal... Letak tangan pada dada, cakap " Alhamdulillah syukur, aku baik, aku okey, aku tenang, aku bahagia..." Berulang kali cakap pada diri.

4. BERIBADAT

Berzikir, beristighfar, berselawat...ambil wudu' solat sunat minta Allah tenangkan jiwa yang tengah kacau. Baca Qur’an, paling best kalau Qur’an 'tagging' tu, kita boleh belek surat cinta Allah yang kena pada kita ketika itu. Percayalah ketika tu rasa seperti Allah sedangkan bercakap dengan kita.

5. BERCAKAP DENGAN SESEORANG

Perasaan kita perlu diluahkan dan tak patut dipendamkan. Dan carilah seseorang yang kita percayai. Carilah ahli keluarga atau kawan-kawan yang kita percaya. Bila kita luahkan sangat-sangat membantu melegakan tekanan emosi kita.

6. BERURUT

Bila kita dalam keadaan tertekan dan stress , otot-otot dibahu kita akan tegang. Jadi jika ada pasangan, bantu mereka dengan urut di bahagian leher, bahu dan juga di bahagian kaki. Sangat-sangat membantu lancarkan perjalanan darah dalam badan dan kurangkan stres kita.

7. BEREHAT DAN MENDENGAR MUZIK

Berehat sambil dengar muzik yang lembut, tenangkan hati dengan muzik dan lagu yang kita suka atau pasang alunan zikir terapi di telinga kita. Faz ada beli lampu tidur yang siap boleh pasang alunan ayat al-Quran.

8.BERIADAH DAN BERSENAM

Beriadah ni sangat-sangat memberi kesan yang positif pada diri. Faz suka berenang dari zaman belajar lagi sampai sekarang ni. Kalau tak dapat berenang, boleh berjalan waktu petang ambil udara segar. Terperap dalam rumah sahaja memang sedikit sebanyak memberi tekanan pada diri. Cuba untuk keluar ambil angin walaupun sekejap.

9. BERFIKIRAN POSITIF

Ubah cara berfikir. Elakkan fikiran negatif. Cara faz dengan mulakan hari dengan dengar perkara positif, ilmu-ilmu yang positif contohnya seperti setiap pagi cuba dengar '7 am Club Prof Muhaya', kemudian pasang selawat tafrijiah atau zikir tenangkan jiwa. Masyaallah feeling dia best sebab 'positive vibe' pada diri tu buat kita mudah untuk lawan 'negative vibe' yang datang. InshaAllah

10.BERSYUKUR

Sentiasa ucapkan syukur pada Allah. Syukur dengan apa yang ada pada kita bukan melihat apa yang ada pada orang lain. Sentiasa bersyukur walaupun sekecil-kecil perkara. Bila kita bersyukur, hati kita tenang bahagia.

Pandanglah dengan mata hati bukan dengan mata nafsu. Memaafkan orang dan cintai Allah, sayangi diri dan kita akan menyayangi orang lain tanpa syarat dan balasan.

Moga bermanfaat kesayangan faz semua.


Continue Reading