MENITI ATURAN TAKDIR ALLAH



Kita ni selalu mengeluh atas apa yang kita tidak peroleh lantas sering lupa menghargai apa yang telah kita nikmati.

Sedangkan tidak terhitung nikmat yang Allah berikan pada kita sejak lahir hingga lah sekarang. 

Lintasan fikiran "apa yang aku nak" akan menarik kita jauh daripada syukur kerana kita sentiasa inginkan sesuatu yang memuaskan nafsu namun hakikatnya Allah tahu bahawa ia memudaratkan.

Kita sentiasa merasa tidak puas dengan segala yang telah ditentukan Allah.

Lalu, kita mula mempersoalkan segalanya, " Kenapa apa yang aku nak, Allah tak bagi pada aku? ", "Sepatutnya aku dapat macam ni, bukan macam tu".

Kita merasakan bahawa kita lebih tahu daripada Allah dalam melihat kehidupan ini. Sampai satu saat, kita merasakan bahawa kitalah yang menentukan apa yang 'sepatutnya' berlaku dalam kehidupan. 

Nauzubillahi min zalik 😢😥😥

Apabila hadapi sesuatu ujian, akan terlintas fikiran seolah kita tidak reda dengan aturan Allah.

Tapi kita boleh ' switch ' fikiran kita " Kenapa Allah tak bagi aku itu ini" , kenapa tidak kita tukar ayat " Apa yang perlu aku baiki diri aku ?" dan letakkan satu fikiran " setiap apa yang Allah tentukan pasti terbaik, kerana Dia adalah Tuhan dan aku adalah hamba" InshaAllah akan membuat kita sentiasa reda dalam melalui kehidupan.

 Bukan bermaksud kita tidak perlu merancang dan berusaha untuk hidup ke arah yang lebih baik, namun kita perlu sedar bahawa hakikatnya Allah yang menentukan. Jika Allah tidak izinkan, maka tak mungkin terjadi. Jika Allah takdirkan, pastinya berlaku.

Penting sangat untuk sentiasa latih diri untuk sentiasa syukur dengan jalan takdir Allah aturkan untuk kita. Kerana manusia itu tidak sempurna dan selalu lupa sifatnya.

Apa yang kita fikir akan menentukan sikap kita dalam menghadapi segala kejadian dan ketentuan. 

Ibarat kaca mata yang kita gunakan dalam melihat dunia. Jika kabur kaca mata yang kita guna, maka kaburlah pandangan kita dengan nikmat Tuhan di depan mata. Jika jelas kaca mata kita, maka terang dan jelaslah kita dengan segala Nikmat Allah di depan mata.

Kuncinya Syukur, Reda dan Sabar,ianya sukar tapi yang sukar itu mujahadah kita nak capai Syurga Allah.

Langkah di dunia, destinasi di akhirat ❤️

Faz Zahrin
13.02.2021


Continue Reading

5 PERKARA SUAMI NAK DARI ISTERI!!



Siapa tak nak jadi isteri yang sempurna di mata suami betul tak?

Walaupun dalam dunia ni tiada sesiapa pun yang sempurna melainkan Dia Pencipta manusia.

Tapi... Tak salah kan kalau kita berusaha ke arah menjadi sempurna dan yang lebih baik di mata suami kita.

Okey faz nak kongsi 5 rahsia suami mahukan dari isteri:

1. MINTA TOLONG

" Boleh tak sayang, semua benda kita buat sama-sama, B lebih suka sayang minta tolong. Jadi B rasa b buat sesuatu untuk sayang. Janganlah buat kerja sorang-sorang, lepas tu sayang letih sayang yang stress"

Okey ni betul sangat. Apa yang susah sangat nak cakap minta tolong.

Padahal suami lebih suka kita bergantung pada dia. Tak percaya, cuba la hehe😁

2.FAHAM EMOSI SUAMI

" Kadang b pun letih dengan kerja. Kadang b pun perlukan masa sendiri dan ruang sekejap. Dan tolong bila b bergurau, layanlah. Janganlah buat muka boring 😅"

Okey2, betul kadang kita ni terlalu layankan perasaan emosi kita je, tapi suami pun ada emosi mereka juga perlu dilayankan. Betul tak??

3. TOLERANSI DENGAN KEKURANGAN

" B tak sempurna dan tak akan pernah sempurna. Sama juga dengan sayang kan. Tapi tentulah kita sama-sama nakkan yang terbaik. Kita masing-masing ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Toleransi dan bagi sokongan pada b untuk beri yang terbaik pada sayang dan anak"

Uishhh.. Nangis bucu katil dengar suami luahkan macam tu kan. Betul sangat kita kena selalu bertolak-ansur antara suami isteri,saling memaafkan dan selalu cuba untuk memahami 😘

4. SENTIASA BERADA DI SISI

" kalau b makan, temanlah b makan sekali... Kalau b duduk kat sofa tengok tv, duduklah sebelah b.. Kalau boleh nak rasa sayang ada sentiada..."

Ni bukan suami je nak, kita isteri pun suka jugak kan kalau suami ada sentiasa dengan kita. Haa makan sepinggan suap-menyuap lagi best.

Ni jugak tips makan kurang sebab cepat je rasa kenyang bila berkongsi 😊

5. LEBIH MENGHARGAI

" B suka kalau sayang nampak dan hargai benda kecil yang b buat. Contohnya, bila sayang cakap terima kasih lepas b sidai kain baju, atau sayang tunjuk tanda kasih kat b lepas b bersihkan dapur..."

Dush dash dush, kena kat muka tu ha🤧

Menangis dalam hati, mendalam kena panahan kata-kata suami.

Lain macam rasa bila suami meluah rasa hati haa... Siapa suruh tanya lagi 🤣

Tapi...faz tak menyesal sebab bila tanya baru kita tahu apa yang perlu kita baiki yang terkadang kita sendiri tak sedar apa kesalahan kita.

Sebab kita selalu nak suami faham dan ikut kehendak emosi kita, tanpa kita sedar ada perasaan juga yang kita jaga!

Jom belajar baiki diri sama-sama okey, kami juga hamba Allah yang tidak sempurna 😉

Siapa tak nak kan Allah pelihara cinta dibina hingga syurga??


Continue Reading

Kita yang mana Muslim by Chance atau Muslim by Choice? 🤔






Muslim by chance diertikan sebagai seorang individu yang menjadi Muslim kerana keturunan sedangkan Muslim by choice adalah dimana keadaan seorang individu yang memilih untuk beragama Islam. Tidak dapat dinafikan golongan ini lebih hebat penghayatan mereka terhadap akidah.

Muslim by chance berbeza tahap penghayatannya dengan Muslim by choice. Kita sebagai ibu ayah harus pastikan anak-anak kita yang statusnya ialah Muslim by chance mampu memiliki penghayatan konsep akidah seperti Muslim by choice. 

Seharusnya kita Muslim by chance perlu bersyukur kepada Allah diberi nikmat yang paling besar atas muka bumi ini dengan dilahirkan dalam keadaan Islam.

Alhamdulillah Ya Allah, nikmat paling besar Allah beri pada kita adalah nikmat Islam. 

Tapi ramainya kita tidak hargai nikmat paling besar ni😭

Allahu akhbar..jadikan kami hambaMu yang sentiasa bersyukur.
Continue Reading

KAYA DENGAN MENDOAKAN ORANG LAIN


" Sis saya tengok sis try hard sangat buat marketing !"

Haaa siapa yang ada terlintas di hati macam tu? Ada la tu 😝

Tak baik tau... Cepat halau jauh2 fikiran macam tu okey 😊

Okey, first thing first, why not kita support mereka selagi tidak menyalahi agama.

Kalau support mereka tak rugi apa pun kan, kalau doakan kebaikan dan kejayaan untuk mereka lagi bagus!

Bila kita doakan baik-baik untuk mereka, malaikat doa yang serupa pada kita.

Haaa untung kan! Win win situation.

Kita tak rugi apa-apa malah dapat untung pula, dapat pahala dan doa yang baik berbalik pada kita.

Daripada Safwan bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu)”.

[Riwayat Muslim]

Moga Allah Reda ❤️

Eh kejap, kalau nak kaya doakan orang lain kaya, InshaAllah dapat yang sama 😁

#selfreminder #sharekindness #NoHateSpreadLove
Continue Reading

MENCARI KUNCI SYURGA DALAM KELUARGA?




 Siapa yang tak nak merasa syurga dunia iaitu keluarga sakinah mawaddah wa rahmah. 

Ada kunci yang perlu kita ada untuk buka pintu syurga dalam keluarga.

Kunci yang paling utama adalah belajar untuk reda,  syukur dan merasakan pasangan dan anak2 merupakan anugerah terindah dan terbaik yg Allah telah berikan pada kita. 

Jangan pernah membandingkan dengan orang lain. Dalam perkahwinan tidak akan bahagia jika kita mencari dan ingin pasangan membaiki kekurangan, tapi inginkan syurga dalam perkahwinan dan keluarga dengan cara kita baiki kekurangan diri kita sendiri sebelum membaiki kekurangan pasangan. 

Same goes to anak-anak, nak anak yang baik di mata ibu ayah dengan cara ibu ayah dulu kena cermin diri baiki diri jadi yg terbaik dan qudwah hasanah pada anak-anak, barulah anak-anak menjadi yg terbaik utk kita.

" Bila menghadapi masalah jadilah AIR pada pasangan kita yg sedang menjadi API, bukan menjadi MINYAK yang lagi memarakkan api."

Wallahua'lam, moga Allah reda❤️



Continue Reading