Kita yang mana Muslim by Chance atau Muslim by Choice? 🤔






Muslim by chance diertikan sebagai seorang individu yang menjadi Muslim kerana keturunan sedangkan Muslim by choice adalah dimana keadaan seorang individu yang memilih untuk beragama Islam. Tidak dapat dinafikan golongan ini lebih hebat penghayatan mereka terhadap akidah.

Muslim by chance berbeza tahap penghayatannya dengan Muslim by choice. Kita sebagai ibu ayah harus pastikan anak-anak kita yang statusnya ialah Muslim by chance mampu memiliki penghayatan konsep akidah seperti Muslim by choice. 

Seharusnya kita Muslim by chance perlu bersyukur kepada Allah diberi nikmat yang paling besar atas muka bumi ini dengan dilahirkan dalam keadaan Islam.

Alhamdulillah Ya Allah, nikmat paling besar Allah beri pada kita adalah nikmat Islam. 

Tapi ramainya kita tidak hargai nikmat paling besar ni😭

Allahu akhbar..jadikan kami hambaMu yang sentiasa bersyukur.
Continue Reading

KAYA DENGAN MENDOAKAN ORANG LAIN


" Sis saya tengok sis try hard sangat buat marketing !"

Haaa siapa yang ada terlintas di hati macam tu? Ada la tu 😝

Tak baik tau... Cepat halau jauh2 fikiran macam tu okey 😊

Okey, first thing first, why not kita support mereka selagi tidak menyalahi agama.

Kalau support mereka tak rugi apa pun kan, kalau doakan kebaikan dan kejayaan untuk mereka lagi bagus!

Bila kita doakan baik-baik untuk mereka, malaikat doa yang serupa pada kita.

Haaa untung kan! Win win situation.

Kita tak rugi apa-apa malah dapat untung pula, dapat pahala dan doa yang baik berbalik pada kita.

Daripada Safwan bin Abdillah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu)”.

[Riwayat Muslim]

Moga Allah Reda ❤️

Eh kejap, kalau nak kaya doakan orang lain kaya, InshaAllah dapat yang sama 😁

#selfreminder #sharekindness #NoHateSpreadLove
Continue Reading

MENCARI KUNCI SYURGA DALAM KELUARGA?




 Siapa yang tak nak merasa syurga dunia iaitu keluarga sakinah mawaddah wa rahmah. 

Ada kunci yang perlu kita ada untuk buka pintu syurga dalam keluarga.

Kunci yang paling utama adalah belajar untuk reda,  syukur dan merasakan pasangan dan anak2 merupakan anugerah terindah dan terbaik yg Allah telah berikan pada kita. 

Jangan pernah membandingkan dengan orang lain. Dalam perkahwinan tidak akan bahagia jika kita mencari dan ingin pasangan membaiki kekurangan, tapi inginkan syurga dalam perkahwinan dan keluarga dengan cara kita baiki kekurangan diri kita sendiri sebelum membaiki kekurangan pasangan. 

Same goes to anak-anak, nak anak yang baik di mata ibu ayah dengan cara ibu ayah dulu kena cermin diri baiki diri jadi yg terbaik dan qudwah hasanah pada anak-anak, barulah anak-anak menjadi yg terbaik utk kita.

" Bila menghadapi masalah jadilah AIR pada pasangan kita yg sedang menjadi API, bukan menjadi MINYAK yang lagi memarakkan api."

Wallahua'lam, moga Allah reda❤️



Continue Reading

5 RAHSIA BERJAYA DALAM BISNESS


NAK TAHU TAK 5 RAHSIA BERJAYA DALAM BISNES?

Hi semua yang Allah sayang 🥰

Ermm faz terlintas nak kongsi ilmu yang faz dapat .

Kita kena ada 5 perkara penting ni kalau kita nak berjaya dalam bisnes.


1. VISION YANG JELAS

Perlu ada perancangan, dan target yang jelas dan spesifik. Dan tulis atas kertas dengan detail apa yang kita nak capai dalam 1 ke 3 tahun akan datang.

Vision kita mesti BESAR'.
Tampal kan di tempat yang selalu kita nampak.

Bila setiap kali kita nampak vision yang kita tampal tu sebagai 'push factor' kita untuk tidak berputus asa dan tetap berusaha berjuang untuk capai matlamat kita!

2. THICK SKIN

Haa kenapa penting 'Kulit Muka Tebal' hehe sebab dalam dunia bisnes wajib ada pengalaman kena 'reject' dari pelanggan.

Bila kena' reject 'dengan 993 prospek? Okay go get another 7 prospek. Cukupkan 1000 rejection! Cukupkan 10,000 rejection sehingga kulit kita jadi tebal dengan 'rejection'. Okay buat tak tahu je. Kemudian bangkit berlari dan usaha lagi.

3. BE A RISK TAKER

Kena berani ambil risiko. Semua orang akan mengalaminya selama perjalanan hidup. Its okay. Pasti kita telah belajar sesuatu setiap kali fail !!! Failure bukan pembunuh. Failure adalah tangga-tangga untuk satu KEJAYAAN besar.

Jangan pernah takut untuk JATUH. Jika takut untuk JATUH bagaimana pendaki Gunung Everest boleh berjaya mendaki hingga ke puncak.

Sebelum pendaki berjaya sampai ke puncak, dia dah mengalami banyak kalinya jatuh!

4. READY TO EXPAND BIG.

Tak tunggu perfect ! Grow team, bila buat bisnes ni tak boleh berseorangan.

kita akan cepat letih dan lemau. Trust me!

Sebab tu, kita perlukan team, ada orang lain beri kita semangat, bantu kita untuk tambah speed untuk growkan bisnes kita.

Berjaya pun berjemaah bukan sorang-sorang, tak seronok kan?

5. WELCOME PRESSURE

You need to know what is your threshold. Apa tahap PRESSURE yang kita boleh handle??? Kita perlukan PRESSURE yang cukup kuat untuk tolak diri sendiri yang lemau dan banyak sangat alasan selama ini.

Pressure ni ada dua jenis.

1. Pressure baik (constructive pressure).

Pressure baik adalah tekanan yang datang dalam bentuk dugaan dan masalah bisnes yang buatkan kita macam baru tersedar dari lena yang panjang...

“Ehhh. Tak boleh jadi ni. Aku perlu buat sesuatu sekarang !!!”

Take action!

2. Pressure buruk (destructive pressure).

Yang ini tak baik untuk diri kita. Boleh jadi tertekan dan murung berminggu- minggu sampai tak lalu nak makan, mandi tak basah , tidur tak lena..

Bahaya okey guys!

Tapi 'pressure' yang baik perlu untuk kita tidak lagi dibuai mimpi dengan angan je tanpa ada rasa untuk bertindak bersunguh-sungguh untuk capai target, vision dan impian kita!

So, dah bersedia untuk ada ' Thick Skin', A Risk Taker', ' welcome pressure' dan tak gentar dengan 'FAILURE '??

Tanya pada diri sendiri!!

Moga Allah permudahkan segala urusan semua sahabat perjuangan!
Teruskan usaha tanpa lelah, kerana Syurga destinasi akhirat yang kita mahukan.

Faz Zahrin
Leader B2S EMPIRE



Continue Reading

MENU DIET SIHAT, MUDAH, CEPAT DAN KENYANG


Sedar tak sedar, tak lama je lagi kita nak sambut Ramadhan.

Apa persedian kita untuk sambut Ramadhan yang akan datang ni?

Moga Allah pertemukan kita dengan bulan Ramadhan tahun ni InshaAllah.

Hari ni faz nak berkongsi antara resepi sahur yang mudah, sihat dan pastinya sedap yang boleh di nikmati satu keluarga.

Antara khasiatnya dapat membekalkan tenaga seharian dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi.

Esp protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14g protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan ini amat baik untuk kesihatan jantung.

Sahabat faz yang mengandung pun kata minum ESP semasa bersahur boleh tahan kenyang sampai berbuka..

Best ke best sangat ?

Okey meh, faz kongsi resepinya.

RESEPI ESP NESTUM COKLAT

Bahan-bahannya

ESP
NESTUM
SERBUK KOKO
AIR MASAK SEJUK/SUAM

Cara penyedian mudah yakmat boleh tengok video faz kongsikan okey ☺️

Bagaimana, mudah kan!

Itulah resepi mudah dan sihat yang faz boleh kongsikan boleh masukkan dalam menu sahur kita bulan Ramadan nanti. Yang mana hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, semoga Ramadan ini akan memberikan seribu rahmat kepada kita semua umat Islam di luar sana.

Semoga bermanfaat 😍

Pssst... Ada promo best ESP tau! Nak tahu details boleh hello2 je faz okey😘 faz tak makan orang tau eheks.

Nak dapat harga jimat, klik link dibawah 👇🏻
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1464793
Continue Reading