5 RAHSIA BERJAYA DALAM BISNESS


NAK TAHU TAK 5 RAHSIA BERJAYA DALAM BISNES?

Hi semua yang Allah sayang 🥰

Ermm faz terlintas nak kongsi ilmu yang faz dapat .

Kita kena ada 5 perkara penting ni kalau kita nak berjaya dalam bisnes.


1. VISION YANG JELAS

Perlu ada perancangan, dan target yang jelas dan spesifik. Dan tulis atas kertas dengan detail apa yang kita nak capai dalam 1 ke 3 tahun akan datang.

Vision kita mesti BESAR'.
Tampal kan di tempat yang selalu kita nampak.

Bila setiap kali kita nampak vision yang kita tampal tu sebagai 'push factor' kita untuk tidak berputus asa dan tetap berusaha berjuang untuk capai matlamat kita!

2. THICK SKIN

Haa kenapa penting 'Kulit Muka Tebal' hehe sebab dalam dunia bisnes wajib ada pengalaman kena 'reject' dari pelanggan.

Bila kena' reject 'dengan 993 prospek? Okay go get another 7 prospek. Cukupkan 1000 rejection! Cukupkan 10,000 rejection sehingga kulit kita jadi tebal dengan 'rejection'. Okay buat tak tahu je. Kemudian bangkit berlari dan usaha lagi.

3. BE A RISK TAKER

Kena berani ambil risiko. Semua orang akan mengalaminya selama perjalanan hidup. Its okay. Pasti kita telah belajar sesuatu setiap kali fail !!! Failure bukan pembunuh. Failure adalah tangga-tangga untuk satu KEJAYAAN besar.

Jangan pernah takut untuk JATUH. Jika takut untuk JATUH bagaimana pendaki Gunung Everest boleh berjaya mendaki hingga ke puncak.

Sebelum pendaki berjaya sampai ke puncak, dia dah mengalami banyak kalinya jatuh!

4. READY TO EXPAND BIG.

Tak tunggu perfect ! Grow team, bila buat bisnes ni tak boleh berseorangan.

kita akan cepat letih dan lemau. Trust me!

Sebab tu, kita perlukan team, ada orang lain beri kita semangat, bantu kita untuk tambah speed untuk growkan bisnes kita.

Berjaya pun berjemaah bukan sorang-sorang, tak seronok kan?

5. WELCOME PRESSURE

You need to know what is your threshold. Apa tahap PRESSURE yang kita boleh handle??? Kita perlukan PRESSURE yang cukup kuat untuk tolak diri sendiri yang lemau dan banyak sangat alasan selama ini.

Pressure ni ada dua jenis.

1. Pressure baik (constructive pressure).

Pressure baik adalah tekanan yang datang dalam bentuk dugaan dan masalah bisnes yang buatkan kita macam baru tersedar dari lena yang panjang...

“Ehhh. Tak boleh jadi ni. Aku perlu buat sesuatu sekarang !!!”

Take action!

2. Pressure buruk (destructive pressure).

Yang ini tak baik untuk diri kita. Boleh jadi tertekan dan murung berminggu- minggu sampai tak lalu nak makan, mandi tak basah , tidur tak lena..

Bahaya okey guys!

Tapi 'pressure' yang baik perlu untuk kita tidak lagi dibuai mimpi dengan angan je tanpa ada rasa untuk bertindak bersunguh-sungguh untuk capai target, vision dan impian kita!

So, dah bersedia untuk ada ' Thick Skin', A Risk Taker', ' welcome pressure' dan tak gentar dengan 'FAILURE '??

Tanya pada diri sendiri!!

Moga Allah permudahkan segala urusan semua sahabat perjuangan!
Teruskan usaha tanpa lelah, kerana Syurga destinasi akhirat yang kita mahukan.

Faz Zahrin
Leader B2S EMPIRE



Continue Reading

MENU DIET SIHAT, MUDAH, CEPAT DAN KENYANG


Sedar tak sedar, tak lama je lagi kita nak sambut Ramadhan.

Apa persedian kita untuk sambut Ramadhan yang akan datang ni?

Moga Allah pertemukan kita dengan bulan Ramadhan tahun ni InshaAllah.

Hari ni faz nak berkongsi antara resepi sahur yang mudah, sihat dan pastinya sedap yang boleh di nikmati satu keluarga.

Antara khasiatnya dapat membekalkan tenaga seharian dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi.

Esp protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14g protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan ini amat baik untuk kesihatan jantung.

Sahabat faz yang mengandung pun kata minum ESP semasa bersahur boleh tahan kenyang sampai berbuka..

Best ke best sangat ?

Okey meh, faz kongsi resepinya.

RESEPI ESP NESTUM COKLAT

Bahan-bahannya

ESP
NESTUM
SERBUK KOKO
AIR MASAK SEJUK/SUAM

Cara penyedian mudah yakmat boleh tengok video faz kongsikan okey ☺️

Bagaimana, mudah kan!

Itulah resepi mudah dan sihat yang faz boleh kongsikan boleh masukkan dalam menu sahur kita bulan Ramadan nanti. Yang mana hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, semoga Ramadan ini akan memberikan seribu rahmat kepada kita semua umat Islam di luar sana.

Semoga bermanfaat 😍

Pssst... Ada promo best ESP tau! Nak tahu details boleh hello2 je faz okey😘 faz tak makan orang tau eheks.

Nak dapat harga jimat, klik link dibawah 👇🏻
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1464793
Continue Reading

HUKUM CERMIN



" Mirror, Mirror on the Wall, Who’s the Cutest of them all ? "

Sudah... Macam cerita snow white plak anak dara sorang ni tengok cermin kemain dia 😂

Tiba-tiba tercetus idea ibu nak kongsi tentang Hukum Cermin.








Ada hikmah hasya duduk depan cermin tu hehe, Allah nak bagi ilham.😍

Okey siapa tahu pasal Hukum Cermin??

Haaa tak pernah dengar kan2?

Okey, faz kongsi la sedikit daripada bahan bacaan faz.

Kita semua tahu, fakta cermin ni hukum dia apa sahaja imej yang diberi akan dipantulkan semula.

Sama juga kalau kita cuba ' apply' dalam konsep kehidupan kita.

We always receive the same image that we give.

The same vibes that we send out.

Hidup kita akan lebih bahagia, gembira, bersyukur apabila kita selalu ingat untuk cermin diri sendiri dahulu sebelum melihat dan menilai sekeliling.

Sebelum kita menghakimi.

Sebelum kita berlawan.

Sebelum kita mengubah.

Tetapi....

Orang yang patut kita hakimi,

Orang yang patut kita lawan,

Orang yang patut kita ubah,

Orang yang patut kita benci buruknya,

Orang yang patut kita sayang baiknya,

Orang yang patut kita pelihara fizikalnya,

Orang yang patut kita sayang dirinya,

Adalah... Orang di dalam cermin tu!

Orang di cermin tu lah cabaran utama kita.

Tiada siapa yang boleh buat hidup kita senang.

Tiada siapa yang boleh buat jiwa kita tenang.

Tiada siapa yang boleh beri kita kebahagian.

Tiada siapa yang boleh selesaikan permasalahan.

Tiada siapa yang boleh tolak kita untuk kehadapan.

Tiada siapa yang boleh bantu reliasikan impian.

Melainkan diri kita sendiri!

Untuk ubah dunia, kita dulu perlu ubah diri kita bukan orang lain.

Jom kita cuba ubah diri kita ke arah yang lebih baik!

Bukan semata dunia tapi kita niat untuk ubah dunia ni sebagai tempat yang penuh dengan orang yang baik2 dan dunia sebagai langkah kita untuk capai destinasi akhirat, Syurga Allah.

Dan jangan lupa senyum selalu buat baik,

Sebab hidup ini macam cermin.

Kita senyum buat baik pada dia dan dia akan senyum dan buat baik pada kita!

Seronok kan bila kita 'apply' hukum cermin dalam kehidupan kita 😍

Moga sahabat2 yang membaca dapat sesuatu 😊

Waallahualam.
Continue Reading

RAMAI YANG TAK TAHU PELUANG 3C DALAM BISNES SHAKLEE!


PELUANG 3C



Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Peluang 3C bersama bisnes Shaklee yang sangat best ni rasanya tak patut faz simpan sorang-sorang je kan? Mana lah tau ada insan kat luar sana tu yang sedang tercari-cari peluang bisnes yang sangat diluar jangkaan macam ni.

So.. Jom tengok 3C yang Shaklee tawarkan kepada SEMUA AHLI SHAKLEE, termasuk yang hanya beli untuk makan atau kegunaan sendiri sahaja.

Apa C yang pertama?

C yang pertama adalah CASH BONUS!

Cash bonus adalah kelebihan bisnes Shaklee yang paling ramai orang dapat. Shaklee offer cash bonus bermula daripada 5% - 21% bergantung kepada perfomance sales kita.

Alhamdulillah syukur dengan izin Allah, dari bulan pertama faz join bisnes shaklee faz berjaya capai bonus 8% dan Alhamdulillah masih konsisten setiap bulan faz dapat gaji bonus dari shaklee.

InshaAllah more to go soon. InshaAllah dengan izin Allah faz berjaya dalam bisnes Shaklee capai rank tertinggi Master Coordinator untuk balas jasa dan hadiah pada guru-guru faz.

Haa tau tak dalam bisnes Shaklee ni kita boleh capai pangkat tertinggi as Master Coordinator. Dan ada Shaklee Masters yang dapat 6 figure income bulanan. Income bulanan Shaklee tak ada had. INFINITY INCOME bergantung kepada usaha kita setiap bulan. Tak ada limit tau, Best ke best sangat!

CAR BONUS adalah C kedua dalam Shaklee!

Car bonus hanya layak untuk mereka yang dah bergelar business leaders, iaitu SUPERVISOR dan ke atas. Business leaders tersebut wajib menepati syarat dan kriteria untuk achieve car bonus ni. Ada syarat dan kriteria dia.

Car bonus ni once kita dah layak dapat, kita akan DAPAT SELAMANYA selagi kita BUAT BISNES SHAKLEE & EFFECTIVE BUSINESS LEADER

Best ke tak kalau shaklee bayarkan duit kereta kita setiap bulan? Kereta FREE kan? Of course lah best sangat!

Lagi bestnya adalah, Shaklee tak bagi kita kereta sebiji macam tu. Shaklee bagi kita CAR BONUS ni dalam bentuk CASH!

Tahniah pada mentor kesayangan Aeinna Musa berjaya unlock Car Bonus bulan January tahun ni. Masyaallah tabarakah bahagia seronok tengok leader team kami berjaya unlock satu persatu, InshaAllah bila leader2 kita berjaya, anak-anak dia pun akan menyusul ikut jejak kaki leader yang berjaya.

Jadi ikut suka hati kita la, nak beli kereta ke atau simpan duit tu okey 😍

C yang ketiga dan terakhir adalah CONVENTION TRIP
Regional & International!

Dulu, Shaklee ada juga offer National Trip (dalam Malaysia), tapi sekarang Shaklee dah lebih upgrade bilamana minimum convention trip pun adalah REGIONAL TRIP.

Oh ya , Shaklee juga offers trip UMRAH bagi yang layak dan ni one of wishlist faz InshaAllah Allah permudahkan.

Trip Shaklee ni bukan calang-calang tau! Lebih daripada 5 stars punya layanan. Best giler dengar cerita dari master Nadiah Suhaidi & master Amir Marzhuki bercerita pengalaman mereka. Bayangkan faz dan suami time tu dapat pergi Trip Shaklee. Masyaallah best sangat.

Kalau pergi sendiri, sebolehnya kita nak cari trip budget, cut sana, cut sini nak jimat kan, betul tak ?

Langsung tak sama dengan kalau kita pergi trip tu sendiri. Bayangkan Shaklee spend RM4000-RM5000 SEORANG untuk Regional Trip, dan RM20,000-RM25,000 SEORANG untuk International Trip!

Masyaallah tak kedekut tau Shaklee ni, pemurah sangat2.

Dan last but not least, Bisnes Shaklee adalah bisnes yang boleh diwarisi kepada anak cucu generasi kita yang seterusnya. Seronok kan kalau dapat tinggalkan legasi bisnes yang dah stabil kepada keturunan kita nanti?

Susah nak cari bisnes yang boleh kita waris pada anak cucu cicit tau!

Itu lah sebab faz pilih setia bersama shaklee InshaAllah forever.

Haa Seronok kan bila dah tahu peluang best dalam bisnes Shaklee, dan lagi best semuanya bermula dengan Zero Modal 😍

Teringin nak buat bisnes Shaklee tapi tak tahu nak mula?

Jom join kami InshaAllah, anda pun akan dapat merasa peluang 3C dari shaklee ni bersama kami 😘

Contact team kami sekarang atau boleh klik link di bawah ❤️

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1464793

Faz Zahrin
Master To Be
Leader B2S EMPIRE
Continue Reading

Peranan Ibu Pada Anak-anak




Ibu bapa memainkan peranan yang sangat besar pada anak-anak terutama dalam mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah dan berkembang dengan sihat mental dan fizikal. Di dalam sesebuah institusi kekeluargaan ibu merupakan tonggak utama dalam mendidik anak-anak. 

“Seorang isteri adalah pemimpin di rumah suaminya dan dia bertanggungjawab atas kepimpinannya.”
[Hadis Riwayat Imam Bukhari:3532]

Hebatnya seorang Ibu dan peranan yang dimainkan oleh seorang yang bergelar 'Ibu'. Antara  peranan ibu pada anak-anak dalam mendidik anak-anak 



Pertama, Santuni anak saat berkomunikasi

Cth: memberi tumpuan terhadap apa yang anak mahu katakan.

Kedua, Sering menyebut kelebihan anak.

Jangan sesekali memperlekehkan anak. Cth: "Adik buat apa ni? Macam tak jadi je.."

Ketiga, Menghargai anak perempuan, mengiktiraf anak lelaki.

Cth: Beri ucapan terima kasih dan sayang, peluk anak tanda hargai mereka. Atau beri hadiah atau masak makanan kegemaran mereka.

Keempat, Bimbing anak menentukan mana yang salah dan benar.

Jangan cepat menghukum mereka, beri anak kefahaman dan ajari mereka.




Kelima, Melayan anak yang gemar bertanya.

Sabar dengan kerenah anak yang ada rasa ingin tahu, berikan mereka jawapan yang mudah dan senang difahami.

Keenam, Ambil tahu siapa sahabat anak. 

Ibu bapa perlu jadi sahabat pada anak-anak dahulu baru boleh ketahui siapa sahabat anak.

Ketujuh, Latih anak untuk mengakui kesilapan. 

Jika anak lakukan kesilapan, tegur dengan nada lembut dan beri mereka sebab kenapa mereka salah.

Kelapan, Membina sikap disiplin dalam diri anak. 

Kenakan hukuman ringan tujuan untuk mendisiplinkan mereka disamping beri tunjuk ajar dengan kasih sayang.
Kesembilan, Mendoakan yang baik-baik untuk anak.

Kata yang baik-baik, kerana kata-kata adalah satu doa untuk anak-anak.

Kesepuluh, Ibu sebagai teladan dalam keluarga.

" ibu adalah jambatan yang mewujudkan anak yang soleh, berakhlak mulia, berwawasan dan berjaya"

Kesebelas, Ibu sebagai pendidik. 

Ibu hebat ialah yang memiliki wawasan untuk membentuk zuriatnya semenjak berada dalam perut sehinggalah anak dilahirkan.

"aku nak usaha sehabis baik jadi  ibu yang terbaik untuk anak-anak walaupun aku masih belum lagi jadi yang terbaik."

Continue Reading