RAMAI YANG TAK TAHU PELUANG 3C DALAM BISNES SHAKLEE!


PELUANG 3C



Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Peluang 3C bersama bisnes Shaklee yang sangat best ni rasanya tak patut faz simpan sorang-sorang je kan? Mana lah tau ada insan kat luar sana tu yang sedang tercari-cari peluang bisnes yang sangat diluar jangkaan macam ni.

So.. Jom tengok 3C yang Shaklee tawarkan kepada SEMUA AHLI SHAKLEE, termasuk yang hanya beli untuk makan atau kegunaan sendiri sahaja.

Apa C yang pertama?

C yang pertama adalah CASH BONUS!

Cash bonus adalah kelebihan bisnes Shaklee yang paling ramai orang dapat. Shaklee offer cash bonus bermula daripada 5% - 21% bergantung kepada perfomance sales kita.

Alhamdulillah syukur dengan izin Allah, dari bulan pertama faz join bisnes shaklee faz berjaya capai bonus 8% dan Alhamdulillah masih konsisten setiap bulan faz dapat gaji bonus dari shaklee.

InshaAllah more to go soon. InshaAllah dengan izin Allah faz berjaya dalam bisnes Shaklee capai rank tertinggi Master Coordinator untuk balas jasa dan hadiah pada guru-guru faz.

Haa tau tak dalam bisnes Shaklee ni kita boleh capai pangkat tertinggi as Master Coordinator. Dan ada Shaklee Masters yang dapat 6 figure income bulanan. Income bulanan Shaklee tak ada had. INFINITY INCOME bergantung kepada usaha kita setiap bulan. Tak ada limit tau, Best ke best sangat!

CAR BONUS adalah C kedua dalam Shaklee!

Car bonus hanya layak untuk mereka yang dah bergelar business leaders, iaitu SUPERVISOR dan ke atas. Business leaders tersebut wajib menepati syarat dan kriteria untuk achieve car bonus ni. Ada syarat dan kriteria dia.

Car bonus ni once kita dah layak dapat, kita akan DAPAT SELAMANYA selagi kita BUAT BISNES SHAKLEE & EFFECTIVE BUSINESS LEADER

Best ke tak kalau shaklee bayarkan duit kereta kita setiap bulan? Kereta FREE kan? Of course lah best sangat!

Lagi bestnya adalah, Shaklee tak bagi kita kereta sebiji macam tu. Shaklee bagi kita CAR BONUS ni dalam bentuk CASH!

Tahniah pada mentor kesayangan Aeinna Musa berjaya unlock Car Bonus bulan January tahun ni. Masyaallah tabarakah bahagia seronok tengok leader team kami berjaya unlock satu persatu, InshaAllah bila leader2 kita berjaya, anak-anak dia pun akan menyusul ikut jejak kaki leader yang berjaya.

Jadi ikut suka hati kita la, nak beli kereta ke atau simpan duit tu okey 😍

C yang ketiga dan terakhir adalah CONVENTION TRIP
Regional & International!

Dulu, Shaklee ada juga offer National Trip (dalam Malaysia), tapi sekarang Shaklee dah lebih upgrade bilamana minimum convention trip pun adalah REGIONAL TRIP.

Oh ya , Shaklee juga offers trip UMRAH bagi yang layak dan ni one of wishlist faz InshaAllah Allah permudahkan.

Trip Shaklee ni bukan calang-calang tau! Lebih daripada 5 stars punya layanan. Best giler dengar cerita dari master Nadiah Suhaidi & master Amir Marzhuki bercerita pengalaman mereka. Bayangkan faz dan suami time tu dapat pergi Trip Shaklee. Masyaallah best sangat.

Kalau pergi sendiri, sebolehnya kita nak cari trip budget, cut sana, cut sini nak jimat kan, betul tak ?

Langsung tak sama dengan kalau kita pergi trip tu sendiri. Bayangkan Shaklee spend RM4000-RM5000 SEORANG untuk Regional Trip, dan RM20,000-RM25,000 SEORANG untuk International Trip!

Masyaallah tak kedekut tau Shaklee ni, pemurah sangat2.

Dan last but not least, Bisnes Shaklee adalah bisnes yang boleh diwarisi kepada anak cucu generasi kita yang seterusnya. Seronok kan kalau dapat tinggalkan legasi bisnes yang dah stabil kepada keturunan kita nanti?

Susah nak cari bisnes yang boleh kita waris pada anak cucu cicit tau!

Itu lah sebab faz pilih setia bersama shaklee InshaAllah forever.

Haa Seronok kan bila dah tahu peluang best dalam bisnes Shaklee, dan lagi best semuanya bermula dengan Zero Modal 😍

Teringin nak buat bisnes Shaklee tapi tak tahu nak mula?

Jom join kami InshaAllah, anda pun akan dapat merasa peluang 3C dari shaklee ni bersama kami 😘

Contact team kami sekarang atau boleh klik link di bawah ❤️

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1464793

Faz Zahrin
Master To Be
Leader B2S EMPIRE
Continue Reading

Peranan Ibu Pada Anak-anak




Ibu bapa memainkan peranan yang sangat besar pada anak-anak terutama dalam mendidik anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah dan berkembang dengan sihat mental dan fizikal. Di dalam sesebuah institusi kekeluargaan ibu merupakan tonggak utama dalam mendidik anak-anak. 

“Seorang isteri adalah pemimpin di rumah suaminya dan dia bertanggungjawab atas kepimpinannya.”
[Hadis Riwayat Imam Bukhari:3532]

Hebatnya seorang Ibu dan peranan yang dimainkan oleh seorang yang bergelar 'Ibu'. Antara  peranan ibu pada anak-anak dalam mendidik anak-anak 



Pertama, Santuni anak saat berkomunikasi

Cth: memberi tumpuan terhadap apa yang anak mahu katakan.

Kedua, Sering menyebut kelebihan anak.

Jangan sesekali memperlekehkan anak. Cth: "Adik buat apa ni? Macam tak jadi je.."

Ketiga, Menghargai anak perempuan, mengiktiraf anak lelaki.

Cth: Beri ucapan terima kasih dan sayang, peluk anak tanda hargai mereka. Atau beri hadiah atau masak makanan kegemaran mereka.

Keempat, Bimbing anak menentukan mana yang salah dan benar.

Jangan cepat menghukum mereka, beri anak kefahaman dan ajari mereka.




Kelima, Melayan anak yang gemar bertanya.

Sabar dengan kerenah anak yang ada rasa ingin tahu, berikan mereka jawapan yang mudah dan senang difahami.

Keenam, Ambil tahu siapa sahabat anak. 

Ibu bapa perlu jadi sahabat pada anak-anak dahulu baru boleh ketahui siapa sahabat anak.

Ketujuh, Latih anak untuk mengakui kesilapan. 

Jika anak lakukan kesilapan, tegur dengan nada lembut dan beri mereka sebab kenapa mereka salah.

Kelapan, Membina sikap disiplin dalam diri anak. 

Kenakan hukuman ringan tujuan untuk mendisiplinkan mereka disamping beri tunjuk ajar dengan kasih sayang.
Kesembilan, Mendoakan yang baik-baik untuk anak.

Kata yang baik-baik, kerana kata-kata adalah satu doa untuk anak-anak.

Kesepuluh, Ibu sebagai teladan dalam keluarga.

" ibu adalah jambatan yang mewujudkan anak yang soleh, berakhlak mulia, berwawasan dan berjaya"

Kesebelas, Ibu sebagai pendidik. 

Ibu hebat ialah yang memiliki wawasan untuk membentuk zuriatnya semenjak berada dalam perut sehinggalah anak dilahirkan.

"aku nak usaha sehabis baik jadi  ibu yang terbaik untuk anak-anak walaupun aku masih belum lagi jadi yang terbaik."

Continue Reading

5 Cara Tawan Hati Anak Cara Rasulullah

 

"Barangsiapa tidak mengasihi maka ia tidak akan dikasihi.(HR Bukhari No:5538)


Pertama, Pelukan dan ciuman.


" Rasulullah SAW pernah mencium Al Hassan bin Ali sedangkan disamping beliau ada Al Aqra' bin Habis  At Tamimi sedang duduk, lalu Aqra berkata;" Sesungguhnya aku memiliki sepuluh orang anak, namun aku tidak pernah mencium mereka sekali pun, maka Rasulullah SAW memandangnya dan bersabda:" Barangsiapa tidak mengasihi maka ia tidak akan dikasihi. " (HR Bukhari No:5538)


Kedua, Mengusap Kepala.

Mengusap kepala juga merupakan salah satu method yang diajar oleh Rasulullah SAW untuk menawan hati anak. Rupa- rupanya perlakuan ini menyebabkan anak-anak berasa diri mereka penting diberi perhatian dan dihargai.


Ketiga, Menyentuh pipi dengan kata-kata positif. 

Daripada Jabin Samurah r.a berkata;

" Aku solat zuhur bersama Rasulullah SAW, kemudian baginda keluar ke tempat keluarganya dan aku pun ikut keluar. Selanjutnya, beliau disambut oleh anak-anak, kemudian Baginda mengusap pipi mereka seorang demi seorang hingga sampailah pada giliranku. Baginda mengusap pipiku dan ternyata kurasakan tangan Baginda begitu sejuk dan Harum baunya seakan-akan tangan Baginda baru dikeluarkan dari kantung yang berisikan minyak wangi. " (HR. Muslim) 


Keempat, Panggilan baik dan bermakna pada anak adalah satu doa.

"Dan janganlah kalian panggil memanggil dengan gelaran buruk" (Al-Hujurat: 11)

Anak yang dipanggil dengan panggilan yang baik akan menjadi seorang yang bersemangat, mendengar kata dan menyayangi kedua ibu bapa. Berbanding anak yang dipanggil panggilan kesat atau kasar akan rasa tersisih dan juga tidka disayangi. 



Kelima,Tegas dalam berkasih sayang. 

Sebenarnya tegas dalam berkasih sayang amat digalakkan tetapi haruslah mengikut keadaan. 

Kisah Rasulullah SAW juga bertegas dengan seorang anak yang tidak jujur. 

An-Nawawi menyebutkan dalam kita al-Adzkar, dia katakan: Kami meriwayatkan dalam kitab Ibnus Sunni daripada Abdullah bin Busr Al-Mazini r.a, ia berkata: Ibuku mengutusku kepada Rasulullah SAW dengan membawa seikat anggur. Namun aku memakannya sebahagian sebelum aku berikan kepada Baginda. Ketika aku bertemu Baginda, Baginda memulas telingaku dan berkata" Ini adalah pengkhianatan. "

Moga bermanfaat untuk semua ❤️


Continue Reading

Tips WFH Dengan Tenang dan Ceria



Apa tu WFH? Rasanya semua dah tahu disebabkan normal baharu Covid-19 ni kan. Pada yang tak tahu meh sini Faz bagitau, WFH bermaksud Work From Home atau makna mudahnya Bekerja Dari Rumah. WFH ni KKM dan WHO perkenalkan dalam normal baharu ni bagi mengekang penularan virus Covit-19 ni. 
Mesti macam-macam cabaran kan normal baharu ni

"Susahnya nak bekerja di rumah ni, banyak betul halangan, nak urus anak-anak, urus rumah, masa bila nak buat kerjanya? "

Faham ramai sangat yang bertanya macam mana nak kerja di rumah secara efisien?

Okey jom kita cuba tips di bawah yang mungkin sedikit sebanyak dapat membantu sahabat2 yang hadapi masalah yang sama.



Pertama, pengurusan masa dengan bijak.

Kalau kita rasa, kita sejenis yang perlu pada jadual dan 'timeline' untuk lebih berdisiplin dan masa tersusun dengan lebih baik. Kenapa tidak kita buat jadual khas rutin seharian kita.
Kita sendiri yang boleh tetapkan masa kita untuk bekerja, masa untuk anak-anak, urus kerja rumah dan sebagainya ikut kesesuaian rutin kita.
InsyaAllah kalau pandai manage, barulah work-life-balance gituu..


Kedua, bersiap.

Apa maksudnya bersiap di rumah? Okey kita bersiap berpakaian seperti orang bekerja di pejabat bukan pakai kain pelikat atau baju tidur. Baju yang selesa dan beri kita semangat untuk bekerja di rumah.




Ketiga, adakan ruangan khas.

Okey yang ni sangat-sangat membantu untuk kita ada ruang khas kita sendiri untuk bekerja. Ruang kecil pun sudah memadai untuk kita letakkan barang kerja kita yang anak-anak tidak boleh capai dan ganggu. Jadi kita boleh tumpu pada kerja kita dengan lebih baik.

Keempat dan paling penting! Sokongan dan kerjasama pasangan dan ahli keluarga.

Capai kata sepakat dan berbincang dengan baik antara pasangan dan ahli keluarga. Kongsikan jadual kita supaya semua isi rumah memahami keaadaan dan situasi dengan lebih baik. Dan masing-masing ambil peranan untuk membantu satu sama lain.
Bila bekerjasama semua jadi mudah!!...





Semoga berjaya untuk anda yang WFH, semoga Allah permudahkan segala urusan kalian sentiasa 😊

#fazshare #tips #timemanagement #bdr #pkp #WFH #covid2021 #kitajagakita #Cov19 #jomvaksin #shaklee #vitaminC
Continue Reading

Jenis-jenis Vitamin Serta Manfaatnya

Vitamin merupakan nutrisi penting yang diperlukan oleh badan kita semua dan sangat diperlukan setiap hari. Berlainan jenis vitamin boleh didapati daripada makanan yang berbeza-beza. 

Walaupun vitamin sangat penting untuk badan tidak bermakna anda perlu mengambil vitamin dalam kuantiti yang banyak. Jadi perlunya anda tahu jenis-jenis vitamin dan manfaatnya terhadap tubuh badan anda. Setiap vitamin adalah perlu untuk tubuh badan anda dan memberikan manfaat yang berbeza setiap satunya.



Jenis Vitamin dan Manfaatnya

1. Vitamin A

Vitamin A sangat penting untuk kesihatan mata bagi melihat dalam keadaan yang kurang cahaya dan membezakan warna. Vitamin A juga penting untuk kesihatan dan kemulusan kulit disamping membantu melawan jangkitan. Kurangnya vitamin A boleh menyebabkan kekeringan pada kornea mata atau keratomalasia. Vitamin A juga bagus untuk kesihatan tulang


2. Vitamin B

Vitamin B terbahagi kepada 8 jenis. Banyak kan dan setiap satunya memberi fungsi yang berbeza.
  • B1 berfungsi untuk menjaga sistem saraf agar terus sihat dan membantu badan mengubahkan makanan menjadi energi.
  • B2 bermanfaat bagi menjaga kulit dan sistem saraf mata serta membantu mencerna karbohidrat, protein dan lemak dalam makanan.
  • B3 membantu mengubah makanan menjadi tenaga.serta membantu pencernaan.
  • B6 membantu mencegah infeksi juga membantu mengubah makanan menjadi tenaga. Sangat baik untuk wanita hamil bagi tumbesaran otak anak secara normal.
  • B9 atau lebih dikenali sebagai asam folat a.k.a folic acid mendorong pertumbuhan sel-sel darah merah dan mengurangkan risiko cacat lahir.
  • B12 berperanan bagi membantu pertumbuhan dan pembentukan sel darah merah.

3. Vitamin C
Vitamin C adalah sejenis antioksida yang sangat penting untuk imune tubuh badan. Ianya membantu badan dalam pembentukan pembuluh darah. Disamping itu Vitamin C juga berperanan dalam menjaga keanjalan kulit dan menghasilkan kolagen. Membantu memberikan wajah yang lebih cerah dan lembut.

Merupakan antioksida semulajadi yang membantu melinduni sel daripada kerosakan. Vitamin C juga memainkan peranan penting dalam memberikan ketahanan badan atau imunisasi. Ini cukup menunjukkan betapa pentingnya kebaikan vitamin C dalam kehidupan seharian kita. Walaupun Vitamin C memberikan banyak kebaikan tetapi hendaklah diambil mengikut dos atau jumlah yang ditetapkan.


4. Vitamin D

Sangat biasa kita dengar, cahaya matahari membekalkan Vitamin D. Ya sumber Vitamin D perrcuma. Penting ke Vitamin D ni untuk kita? Ya, Vitamin D berperanan penting dalam penyerapan kalsium untuk pertumbuhan dan kesihatan tulang dan gigi. Vitamin D dengan diet atau kehidupan seharian mungkin tidak mencukupi jadi disarankan untuk mengambil supplement/makanan tambahan bagi mengekalkan tahap Vitamin D pada kadar optimum.


5. Vitamin E

Vitamin E mempunyai kebaikan bukan sahaja untuk kesihatan malah kecantikan pun tau. Vitamin E adalah sangat diperlukan oleh tubuh badan sebagai antioksiden untuk pembentukan sel-sel dalam badan. 


6. Vitamin K

Terbahagi kepada 2 iaitu K1 dan K2. Keduanya memainkan peranan dalam proses pembekuan darah, mencegah pendarahan berlebihan. Kebiasaanya Vitamin K boleh didapati dari tumbuhan hijau. Vitamin K juga secara tidak langsung membantu menurunkan tekanan darah. dan mengurangkan risiko penyakit strok. 



Sekarang anda sudah tahu, jadi tunggu apa lgi. Pastikan tubuh anda mendapatkan kadar vitamin yang mencukupi demi kelangsungan hidup yang lebih sihat. Shaklee juga ada menyediakan set-set bagi mencukupkan semua keperluan yang diperlukan oleh badan kita. PM Faz untuk saranan vitamin yang diperlukan. 











Continue Reading