KISAH MERDEKA PANDEMIK COVID 19| Faz Zahrin





"Mak...nak kibar kat mana bendera ni ?"

Teringat waktu faz kecil dulu, rasa bersemangat sungguh nak sambut hari merdeka.

Mak mesti akan suruh kami adik-beradik kibarkan Jalur Gemilang di setiap penjuru rumah, meriah betul la.

Dan mesti tak sabar nak menyaksikan perbarisan Hari Kebangsaan yang meriah di Dataran Merdeka , walaupun kami hanya dapat menontonnya di televisyen sahaja, tapi perasaan teruja dan seronok tu ada.

Zaman dulu ,kita dapat lihat orang ramai teruja dan beriya-iya mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman dan kenderaan mereka kan.

Tetapi sekarang faz tengok hampir tiada atau kurang bendera dikibarkan mungkin kerana kita hidup dalam zaman pandemik COVID-19 menyebabkan ramai yang lebih sibuk memikirkan mengenai kelangsungan hidup mereka.

Tapi hikmah besar disebalik pandemik COVID-19 melanda negara kita, semakin ramai masyarakat bersatu hati merasa dan meharungi kesusahan bersama dan saling memberi kekuatan tanpa kira agama atau bangsa.

Moga Allah tetap pelihara dan jaga kita semua walau dimana pun kita berada dan dipermudahkan segala urusan kita semua.

Dan moga kita dapat merdeka dari wabak Covid 19 ini.

Faz Zahrin
31 Ogos 2021.


Continue Reading

7 Doa Elak Kemurungan ,Sedih dan Hati Gelisah | Faz Zahrin


Assalammualaikum sahabat yang Allah Rahmati dan sayangi.

Percaya atau tidak! Jika kita banyak sangat berfikir, kita sedang “makan” diri kita sendiri. Kita mamah dan kunyah setiap isi daging dan otak di kepala. Sebab itu kita sakit, kita murung dan kita bersedih.

Boleh jadi kita mudah penat dan sentiasa gelisah. Ini kerana longgarnya kebergantungan kita kepada Allah.

Ada 7 Doa yang kalian boleh guna untuk kita lepasi semua ini. Ingat, letak dalam kepala lepas berdoa terus bangun dan terus buat kerja. Elakkan duduk sendirian dan termenung panjang.

Ini doa-doanya:

🕋 Doa 1.

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث

(Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.)

Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.

– Hadis Riwayat Tirmidzi

🕋 Doa 2.

اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ

(Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaatatil a’daa’.)

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh

– Sahih Bukhari

🕋 Doa 3.

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ

وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ

(Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.)

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

– Sahih Bukhari

🕋 Doa 4.

اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا

(Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla)

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.”

– Sahih Ibnu Hibban

🕋 Doa 5.

لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ

(Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin.)

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

– Surah Al-Anbiya’ Ayat 87

🕋 Doa 6.

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

(Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli)

Maksudnya: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.

– Surah Taha Ayat 25-28

🕋 Doa 7.

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

(Hasbunallah wanikmal wakil)

Maksudnya: Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami

– Surah Al-Imran Ayat 173

****

Amalkan kawan-kawan, kita adalah jiwa dan tubuh yang kawal diri sendiri. Kita kuatkan semuanya sendiri untuk tempuh berbagai lagi ujian di hadapan.

Ujian hebat untuk orang hebat.

Begitulah.


Sama-sama kita kuatkan diri. Bismillah.

Perkongsian ilmu dari Khairul Hakimin Muhammad
Continue Reading

Nabi Yunus Terlockdown Dalam Perut Ikan Nun | Faz Zahrin


Assalammualaikum semua sahabat yang Allah rahmati dan sayangi 🥰

Jom semua amalkan doa nabi yunus ketika kita dalam kesulitan .

Ni doa Nabi Yunus ketika terlockdown di dalam perut ikan nun selama empat puluh hari.

لَّآ اِلٰهَ اِلَّآ اَنْتَ سُبْحٰنَكَ اِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظّٰلِمِيْنَۚ

Maksudnya: "Tidak ada Tuhan selain Engkau, Mahasuci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim".
(Al Anbiya: 87).


Continue Reading

10 TIPS MENDIDIK ANAK MUDAH UCAPKAN MAAF DAN BERTERIMA KASIH | Faz Zahrin


Hasya: " Terima kasih ibu abah belikan hasya buku, hasya sukaaaa "

Ibu: " Alhamdulillah, terima kasih hasya sebab suka, hasya seronok ibu lagi seronok tau. Okey kalau dapat hadiah ke orang bagi sesuatu kita kena cakap apa? Ahamdulillah kan, haa cakap terima kasih Allah bagi hasya buku"

Hasya: " Alhamdulillah terima kasih Allah, sayang Allah."

Nabi Muhamad SAW pernah bersabda yang bermaksud:

“Jika kita tidak tahu berterima kasih terhadap manusia, maka kita juga tidak akan tahu berterima kasih terhadap Allah.”



Didik anak dengan kita sebagai ibu ayah menjadi contoh dan teladan kepada mereka. Apabila kita sendiri sebagai ibu ayah sentiasa mengucapkan terima kasih dan meminta maaf, insyaAllah mudah anak-anak akan ikut dengan sendirinya, tanpa kita perlu bersusah payah.

Tetapi ingat setiap proses mendidik dan membentuk anak-anak perlu kesabaran yang tinggi. Dan mohonlah kesabaran dan kerendahan hati pada Allah SWT. Sebab dalam kita mendidik anak tanpa sedar kita mendidik dan membentuk diri kita sendiri .

Jom faz kongsikan antara tips mudah ibu ayah boleh praktikkan pada anak-anak.

10 TIPS MENDIDIK ANAK MUDAH MENGUCAPKAN MAAF DAN BERTERIMA KASIH

1. Tugas mengenalkan Allah adalah tugas hakiki ibu ayah sejak dari anak dalam perut. Jangan melepaskan tanggungjawab ini kepada guru di sekolah semata.

2 .Proses mengenal kalimah Allah bermula dari anak itu dalam rahim ibu dan juga lahirnya anak kita ke dunia apabila si ayah melaungkan azan atau iqamah ke telinga anak.

3. Ibu ayah perlu bersedia dengan dua perkara sebelum mengenalkan Allah kepada anak iaitu perlunya ada ilmu dan menjadi model terbaik.

4. Gunakan analogi mudah bagi memahamkan konsep ketuhanan kepada anak. Sebab akal anak kecil masih lemah dalam memahami persoalan ghaib ( yang tak nampak oleh pancaindera)

5. Proses pembelajaran anak berusia 3 – 6 tahun masih dalam lingkungan logik deria mereka. Ini antara punca ibu ayah gagal menerangkan ‘siapa itu Allah' kepada anak-anak.

6. Jangan pernah samakan Zat Allah dengan sesuatu yang boleh dilihat, didengar, dan dirasa akan menyebabkan anak keliru.

7. Kenalkan dahulu anak dengan sifat 20 Allah bagi menerangkan lebih jelas bahawa zat Allah berbeza dengan sifat fizikal dan kemampuan manusia.

8 Bercerita kisah-kisah Al-Quran pada anak bagi mereka faham dengan lebih jelas siapa Allah.

9. Ajarkan anak ucapan maaf dan terima kasih seawal umur anak kecil . Ucapan maaf dan terima kasih kepada manusia berkait rapat dengan konsep taubat dan syukur kepada Allah.

10.Sentiasa berdoa dan memohon pada Allah semoga dikurniakan hati yang terang, kefahaman yang tinggi, usaha yang istiqamah dan semangat yang kuat sepanjang proses mengenalkan anak-anak kepada Pencipta.

Ibu ayah boleh amalkan doa dalam surah Ali-Imran ayat 200. Doa moga anak lembut hati dan tidak degil sambil tiup di ubun-ubun kepala anak. 

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اصْبِرُوْا وَصَابِرُوْا وَرَابِطُوْاۗ وَاتَّقُوا اللّٰهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ 

" Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung. "                   

Moga bermanfaat untuk semua sahabat faz yang Allah sayang .

Continue Reading

3 SEBAB UTAMA VITAMIN C PENTING UNTUK KECANTIKAN KULIT




Vitamin C perlu ke kita ambil, dan kenapa vitamin C penting untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik?

Vitamin c adalah sejenis vitamin yang anti-oksida yang melindungi kulit kita.Sebab badan manusia tak boleh nak hasilkan vitamin c sendiri. 

Oleh itu, penting untuk kita cukupkan vitamin c dalam badan dengan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dengan kandungan vitamin c dalam kehidupan seharian kita.

Selain itu, kita juga boleh mengambil vitamin c dengan suplemen kesihatan secara oral dan juga yang telah diluluskan oleh pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

Jadi faz nak kongsikan 3 sebab utama perlunya pengambilan vitamin C dalam membantu untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik.

3 Fungsi utama vitamin c untuk kulit;
  1.  Membantu kulit wajah kelihatan muda daripada umur ( awet muda).
  2. Untuk melindungi kulit daripada cahaya matahari , sinaran uv dan juga toksin.
  3. Untuk kurangkan pigmentasi dan kurangkan parut pada wajah.
Vitamin c yang cukup dapat melindungi kulit daripada kerosakan disebabkan oleh tertedah dengan cahaya matahari dan sinaran ultra violet. 

Sebab bila kulit tertedah dengan sinaran uv yang kuat menyebabkan kulit terbakar(surnburn) jadi vitamin c mampu melindungi kulit dan memulih sel kulit dengan lebih cepat.

Vitamin c juga berfungsi menghasilkan dan merangsang penghasilan kolagen dalam kulit. Bila penghasilan kolagen banyak, kulit akan tampak lebih lembab, segar dan awet muda.

Disamping itu, vitamin c membantu mengurangkan pigmentasi. Dimana dalam kulit kita ada satu sel ' Melanocytes', dan fungsinya adalah untuk keluarkan warna. 

Kadang kalau perasan, kulit kita ada jerawat atau ada trauma , jadi sel 'Melanocytes' akan keluarkan warna yang gelap pada kulit wajah kita. Jadi vitamin c membantu mengurangkan pengeluaran melamin daripada Melanocytes pada wajah. Maksudnya vitamin c membantu mengurangkan pigmentasi pada kulit.

Disamping itu, vitamin c juga membantu masalah kulit kering yang kritikal dan dan juga membantu mereka yang ada masalah ekzema. Kerana kulit mereka ini mempunyai masalah dengan 'Ceramide'.Dimana kulit mereka kurang mengeluarkan 'Ceramide' dan vitamin C membantu meningkatkan  pengeluaran 'Ceramide'.

Eh faz, 'Ceramide' tu apa ke benda pula? Hehe maaf semua, banyak sangat perkataan baru ye.Jangan risau, faz terangkan.

Apa tu ceramide?
Ceramide merupakan lemak yang terhasil secara semula jadi pada lapisan kulit atas. Kulit mengandungi lebih daripada 50 peratus ceramide dan merupakan komponen utama dalam komposisi kulit. Oleh itu, ceramide mempunyai peranan penting kepada kulit wajah dengan mengawal respon kulit daripada ancaman persekitaran.

Ceramide merupakan bahan anti-penuaan yang kuat, ianya lebih kuat berbanding retinol, niacinamide dan peptide. Retinol, niacinamide dan peptide merupakan bahan yang bertindak untuk menyokong sifat kulit supaya menjadi  dinamik.

Penghasilan ceramide akan berkurangan akibat faktor usia serta kerosakan kulit akibat cahaya matahari. Kekurangan ceramide dalam kulit wajah akan melemahkan barrier kulit kita. Jadi sebab itu penting pengambilan vitamin C dalam membantu tingkatkan penghasilan 'Ceramide'.

Haa penting kan vitamin c untuk kecantikan dan kesihatan kulit wajah kita.

Eh semua kesayangan faz, dah ada vitamin c pilihan di hati?



Continue Reading