PANDANGAN MATA LALAT ATAU MATA LEBAH | Faz Zahrin





Pada suatu petang ,dalam perjalanan kami pulang ke rumah dari membeli barang dapur.

Tiba-tiba faz terfikir nak bertanya pada suami " B... nak tanya la, ermm.. orang lain kan tahu ke erk kita senyum ke tidak pada dia, kalau kita pakai 'mask '?"

Suami selamba menjawab, " Sayang nak pandang mata lalat ke mata lebah??"

Dalam hati faz mengomel " Ishh dia ni, kita tanya dia, dia boleh tanya soalan balik pada kita pula"

Suami : " Sayang faham tak apa yang b maksudkan ?"

Faz : " Apa kaitan pula mata lalat, mata lebah dengan soalan sayang tadi?"

Suami : " Yela cuba fikir kalau lalat suka pada benda yang busuk macam sampah tapi lebah suka pada benda yang wangi macam bunga, jadi... Ikut cara pandang kita la macam mana. Kalau kita nak fikir orang tu senyum, jadi kita akan anggap dia senyum dan benda tu baik untuk kita kan, walaupun kita sendiri tak tahu dia senyum atau tak. "

Dalam hati faz, hebat juga falsafah ence suami saya ni hehe 😁 selalu isteri dia je berfalsafah, sekali suami kepala jurutera ni berfalsafah mendalam juga menusuk ke hati ... Eheks.





Tapi betul apa yang suami faz cakap tu, sebagai peringatan juga pada diri faz, untuk selalu betulkan cara pandang kita pada sesuatu perkara.

Jika kita pandang dengan kebaikan, maka baiklah ia, jika kita pandang dengan keburukkan maka buruklah ia.

Teguran Allah kepada faz melalui ence suami tercinta, itu tanda Allah sayang kita kan ❤️

Faz Zahrin
11.2.2021


Continue Reading

WAKTU TAKBIR HARI RAYA AIDILADHA | Faz Zahrin




Waktunya Takbir Muqayyad bagi Hari Raya Aidiladha bermula pada waktu Subuh Hari Arafah dan berterusan sehingga tamat waktu Asar pada Hari Tasyriq yang ketiga.

Ertinya, apabila masuk waktu Subuh 9 Zulhijjah, disunatkan bagi orang yang tidak pergi menunaikan haji untuk bertakbir setiap kali selesai menunaikan solat fardhu sehinggalah waktu Asar 13 Zulhijjah, menjadikan waktu bertakbir itu 5 hari 4 malam.

Adapun bagi mereka yang menunaikan haji, mereka hanya disunatkan untuk bertakbir bermula gelincirnya matahari, yakni masuk waktu Zuhur Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) sehingga terbitnya fajar sadiq, yakni masuk waktu Subuh pada 13 Zulhijjah.

Namun sekiranya mereka sudah selesai bertahallul yang kedua, maka mereka boleh bertakbir sehingga waktu Asar, sama seperti orang lain.

Sumber: Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan.
Continue Reading

ALLAH IZINKAN KITA BANTU ORANG LAIN | Faz Zahrin



Assalammualaikum semua yang Allah sayang.

Nak tahu sama ada kita seorang yang rendah hati atau tidak, nilailah diri kita sendiri.

Adakah kita ini suka mengutuk dan memperlekehkan orang.

Adakah kita suka melihat kebaikan orang atau keburukannya.

Adakah perlakuan dan perkataan kita mengecilkan hati atau membahagiakan orang?

Jom sama-sama kita didik hati, bila kita membantu orang sebenarnya bukan kita yang bantu, tetapi Allah SWT yang izinkan bantu mereka melalui kita.

Allah SWT yang mengizinkan kita ada rezeki, kudrat, masa dan kesihatan untuk membantu orang yang lain.

Cukuplah kita meletakkan apa sahaja yang berlaku di bumi Allah SWT ini adalah dengan izin dan kekuasaanNya, bukan kerana kehebatan kita. Kerana tiada yang hebat melainkan Allah.

Waallahualam.

Continue Reading

3 TIPS MUDAH HILANGKAN PORI-PORI KELIHATAN PADA WAJAH | Faz Zahrin





Ramai kan wanita yang menghadapi masalah liang pori-pori yang besar, terbuka dan jelas kelihatan pada kulit wajah.

Macam mana ye nak atasi masalah ni, rasa kurang yakin la bila berhadapan dengan kamera?

Betul, faz pun pernah hadapi masalah yang sama. Jadi tak ada masalah, jom kita sama-sama cuba tips mudah yang faz nak kongsikan ni, inshaAllah membantu kurangkan pori-pori yang kelihatan jelas pada wajah kita.

Antara 3 tips mudah adalah;

Pertama, kita kena pastikan kulit kita betul-betul 'well hydrated'. Sebab kulit yang kering tidak cukup kelembapan akan buat pori pada kulit wajah kita sangat jelas kelihatan.

Jadi cara atasinya kalau kita yang kulit jenis kering, pastikan menggunakan toner , essence, serum yang membantu buat kulit kita lembab dan gebu contoh faz menggunakan Perfecting Skin Toner dalam rutin penjagaan kulit wajah. Sangat membantu buat pori pada wajah semakin kurang kelihatan.

Kedua, pastikan kita cari bahan dalam skincare kita yang bantu hilangkan pori pada wajah. Dan antara bahan yang berkesan adalah Niacinamide.

Faz paling suka sebab niacinamide sangat membantu buat muka kita 'glowing' dalam waktu yang sama mencerahkan dan sekatakan tona kulit wajah kita. Dan dalam pencuci muka faz Luminous Gel Oil Cleanser ada niacinamide ni tau.

Ketiga, elakkan menggunakan scrub dengan kerap. Scrub memang sifat dia kasar sebab adanya 'beads' yang boleh melukankan kulit jika kita terlalu kerap menggunakannya pada wajah kita.

Paling bagus menggunakan scrub yang bertindak lembut pada wajah kita. Dan bestnya pencuci muka faz Luminous Gel Oil Cleanser dia 3 dalam 1 tau.

Dia berfungsi sebagai pencuci muka. Kedua, berfungsi sebagai ' 'makeup remover' boleh buat double cleansing terus tau. Ketiga, bertindak sebagai scrub sebab mampu bantu hilangkan 'whitehead dan blackhead' pada wajah.

Alhamdulillah syukur sangat akhirnya faz dah jumpa skincare yang sesuai dan serasi dengan jenis kulit wajah faz yang kering dan super sensitif ni. Bila dah jumpa tak cari lain dah 😁

Jadi korang carilah yang skincare yang membantu selesaikan masalah kulit wajah korang okey 🥰
Continue Reading

APA BEZA YOUTH SKINCARE DENGAN JENAMA YANG LAIN | Faz Zahrin




👍 YOUTH SKINCARE 100% DARI TUMBUHAN

🍃Youth Skincare dihasilkan 100% dari tumbuhan. bermaksud skincare ini langsung tiada bahan dari haiwan.

👍: TIADA BAHAN KIMIA YANG BAHAYA

💜Ada lebih dari 2500 bahan kimia yang bahaya pada kulit, yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dan penyakit termasuk kanser.

💜 Kami pastikan tiada satu pun bahan kimia berbahaya ada dalam Youth Skincare

💜 Ambil masa 8 tahun untuk mengkaji dan menguji formulasi 100% NATURAL untuk menghasilkan SKINCARE YOUTH ini.

👍: KESELAMATAN DIBUKTIKAN MELALUI KAJIAN

🧪Banyak jenama Skincare claim Produk Skincare mereka adalah selamat dan organik. Tapi kami bukan cakap atau claim kosong.

🧪Kami buktikan Produk Skincare Youth ni betul-betul selamat melalui kajian selama 8 tahun.

👍: 100% BERKESAN, DIBUKTIKAN MELALUI KAJIAN

🔎kami buktikan melalui kajian, Bukan sekadar cakap-cakap aje. Kami jalankan kajian SKIN AGE INDEX untuk mengkaji keberkesanan Produk Youth Skincare ni, bukan sekadar tanya fedback tau.

🔎kami bawa sample kajian seramai 100 orang masuk lab untuk test Skin Age Index .

Wow tak heran kan kalau ramai peminat setia Youth Vegan Skincare.
Continue Reading